Logo Kerajaan Malaysia: Bentuk & Ciri-Cirinya

Logo Kerajaan Malaysia atau dipanggil sebagai Jata Negara merupakan lambang rasmi Kerajaan Malaysia.

Logo ini merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu dan diwartakan pada 27 Mei 1952.

Pewartaan logo ini dibuat melalui Warta Kerajaan P.U. (B) 563: Statut-Statut Lambang Negara Malaysia bertarikh 20 September 1990.

Ciri-Ciri Logo Kerajaan Malaysia

Antara ciri-ciri logo ini adalah seperti berikut:

  • Bintang pecah 14: Menandakan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
  • Anak Bulan dan Bintang: Sebagai lambang agama Islam yang diangkat sebagai agama bagi Persekutuan.
  • Dua Ekor Harimau: Menyokong perisai melambangkan keberanian, kegagahan dan kekuatan.
  • Lima Bilah Keris: Melambangkan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
  • Pokok Melaka: Melambangkan negeri Melaka.
  • Pokok Pinang dan Jambatan Pulau Pinang: Melambangkan negeri Pulau Pinang.
  • Jata Sabah: Melambangkan Sabah.
  • Jata Sarawak: melambangkan Sarawak.
  • Cogan “BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU”: Ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan.
  • Warna kuning pada awan-awan: Adalah warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.
  • Bunga Raya di tengah-tengah: Merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia.
  • Warna Merah, Hitam, Putih dan Kuning:
    – Hitam dan putih melambangkan warna bendera negeri Pahang.
    – Merah dan kuning melambangkan warna bendera negeri Selangor.
    – Hitam, putih dan kuning melambangkan warna bendera negeri Perak
    – Merah, hitam dan kuning melambangkan warna bendera Negeri Sembilan.
    – Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Pemakaian Logo Kerajaan Malaysia

Lambang Kerajaan Malaysia (Jata Negara) adalah hak Kerajaan Persekutuan.

Lambang ini hanya boleh digunakan oleh kementerian, jabatan dan pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan atas urusan rasmi.

Ini bermakna, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan atau Pertubuhan-pertubuhan Kebangsaan tidak boleh menggunakan Lambang
Kerajaan Persekutuan.

Perkara ini dinyatakan secara jelas melalui Surat Pekeliling Am Jabatan
Perdana Menteri Bilangan 1 Tahun 2005: Pemakaian Lambang Kerajaan Persekutuan.

Contoh Penggunaan

Contoh penggunaan logo ini sebagai lambang rasmi kementerian/jabatan adalah seperti berikut:

Sumber: https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/dmdocuments/lambang_kebesaran_negara/files/downloads/lambang_kebesaran_negara.pdf

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!