PeKa B40 ialah Skim Peduli Kesihatan percuma yang ditawarkan oleh kerajaan menerusi ProtectHealth Corporation, khas untuk golongan berpendapatan rendah (B40). Terdapat 4 manfaat yang boleh didapati melalui program ini seperti Saringan Kesihatan (Manfaat 1) Bantuan Alat Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3), dan Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4). Semak kelayakan boleh dilakukan secara online di laman web rasmi https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan. Maklumat lanjut mengenai manfaat, syarat kelayakan dan senarai klinik yang terlibat boleh didapati melalui laman rasmi PeKa B40 di https://protecthealth.com.my/peka-b40/.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.
Apa itu PeKa B40
PeKa B40 atau Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 ialah inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan, khususnya bagi penyakit tidak berjangkit (NCD). Skim ini diberikan kepada warganegara Malaysia dalam kumpulan B40.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan mereka yang berumur 40 tahun ke atas secara automatik layak menerima manfaat PeKa B40. Tiada pendaftaran khas diperlukan, penerima layak terus menikmati kemudahan yang disediakan.

Manfaat Skim PeKa B40
Manfaat 1 : Saringan Kesihatan Percuma (Medical Check Up)
Penerima perlu menjalani Saringan Kesihatan (Manfaat 1) untuk layak mendapatkan manfaat Bantuan Alat Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3), dan Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4).
Saringan kesihatan boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.
Saringan kesihatan merangkumi:
- pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
- saringan kesihatan mental
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
- ujian darah dan ujian air kencing
Spesimen darah dan air kencing akan diambil dan dihantar ke makmal untuk ujian sel darah, ujian kawalan gula darah, ujian paras kolesterol, ujian fungsi buah pinggang dan ujian air kencing.
Penerima manfaat tidak perlu berpuasa untuk menjalani ujian-ujian tersebut.

Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini.
Untuk membuat saringan kesihatan, semak kelayakan di: https://protecthealth.com.my/peka-b40/ Jika layak cuma perlu bawa kad pengenalan sahaja ke klinik berdaftar dengan PeKa B40. Selain itu:
- Tiada pendaftaran lebih awal diperlukan
- Tiada bayaran dikenakan
- Tidak perlu berpuasa
Mudah je kan? Boleh semak senarai klinik berdaftar di: https://bms.pekab40.com.my/provider

Manfaat 2: Bantuan Alatan Perubatan (Sehingga RM20,000)
Manfaat ini melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM.
Had maksimum sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan. Manfaat 2 ini merangkumi alat-alat perubatan di dalam kategori berikut:
- Stent untuk jantung
- Alat sendi tiruan
- Alat bantuan pendengaran
- Perentak jantung
- Prostesis dan implan untuk tulang belakang
- Prostesis dan ortosis tulang anggota
- Kanta mata intraokular
- Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
- Bantuan sokongan nutrisi
- Kerusi roda
Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.
Manfaat ini hanya terpakai apabila penerima PeKa B40 dirawat di hospital KKM sahaja, di mana permohonan perlu dilakukan oleh pakar-pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.

Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Bernilai RM1,000)
Manfaat 3 ini adalah bertujuan untuk mendorong pesakit kanser, lebih-lebih lagi mereka yang di peringkat awal rawatan dan tahap permulaan penyakit, untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM.
RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM.
Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.
Insentif dipecahkan kepada dua (2) kali:
- RM300 dibayar setelah penerima memulakan rawatan kanser
- RM700 dibayar setelah melengkapkan rawatan kanser.
Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.
Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 perlu dilakukan oleh doktor atau pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.
Manfaat 4 : Insentif Tambang Pengangkutan (Sehingga RM 1,000)
Manfaat ini bertujuan untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan.
Penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini.
Had maksimum bantuan yang boleh diterima:
- RM500 untuk Semenanjung Malaysia
- RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan
Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.
Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 4 perlu dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau pegawai perubatan yang merawat.
Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.
Cara Semak Kelayakan PeKa B40

Anda boleh semak kelayakan PeKa B40 dengan memasukkan Nombor MyKad ke dalam pautan ini: https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Syarat Kelayakan
- Tiada permohonan diperlukan
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan yang berdaftar
- Berumur 40 tahun dan ke atas.
- Jumlah manfaat kelayakan bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
- Isi Rumah Berkeluarga : RM250
- Warga Emas (tanpa pasangan) : RM125
- Bujang : RM75
Nota: Had manfaat ini akan dikekalkan sehingga 31 Disember 2023. Setiap isi rumah berkeluarga, warga emas tanpa pasangan atau individu bujang boleh menerima rawatan lengkap mengikut had setiap lawatan sehingga menggunakan sepenuhnya jumlah kumulatif seperti yang dinyatakan. Had peruntukan manfaat ini mungkin boleh berubah pada tahun-tahun akan datang bergantung kepada polisi atau program Kerajaan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang kami.
Cara Mohon PeKa B40
Berikut adalah cara untuk memohon PeKa B40:
- Buat semakan kelayakan di pautan ini: https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan
- Jika anda memenuhi syarat kelayakan, sila hadir ke Klinik PeKa B40 yang berdekatan. Klinik boleh dikenalpasti melalui pelekat logo PeKa B40 yang dipamerkan. Pastikan anda membawa MyKad untuk proses pengesahan. Klik di sini untuk melihat senarai penuh klinik yang mengambil bahagian menerusi laman rasmi PeKa B40.
- Pemeriksaan kesihatan akan dijalankan semasa kunjungan pertama ke klinik.
- Pada lawatan kedua, doktor akan memaklumkan keputusan makmal dan menetapkan tindakan lanjut seperti rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.
Semakan baki had manfaat:
- i. Mesej / SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan selepas rawatan yang dilakukan.
- ii. Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan.
- iii. Boleh menghubungi talian di +603-8687 2525
Muat Turun Aplikasi Skim Perubatan Madani
Untuk lebih mudah membuat semakan kelayakan, semakan baki, dan carian klinik anda boleh muat turun aplikasi Skim Perubatan Madani ke dalam telefon masing-masing melalui pautan ini:
- Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.protecthealth.spmadani&hl=ms
- Apple Store: https://apps.apple.com/no/app/skimperubatanmadani/id6469766597

Tempah Temujanji Melalui Aplikasi MySejahtera
Sekarang anda boleh membuat tempahan temujanji saringan kesihatan PeKa B40 secara langsung di Klinik Kesihatan melalui aplikasi MySejahtera.
Langkah ini mudah, cepat dan menjimatkan masa. Ambil tindakan awal dengan menjalani saringan kesihatan PERCUMA hari ini demi kesihatan yang lebih baik pada masa hadapan.

Jenis Saringan
Jenis saringan yang boleh dilakukan di Klinik PeKa B40 adalah:
- Pengurusan Tekanan Darah
- Indeks Jisim Tubuh (BMI)
- Saringan Kesihatan Mental
- Pemeriksaan Klinikal Payudara (CBE)
- Pemeriksaan Klinikal Prostat
- Ujian Darah (Full Blood Count)
- Kolestrol Dalam Darah (Random Lipid Profile)
- Glukos Dalam Darah (HbA1c)
- Ujian Fungsi Buah Pinggang
- Ujian Air Kencing
Senarai Klinik PeKa B40
Sila rujuk senarai klinik di bawah skim ini melalui senarai di pautan ini : https://bms.pekab40.com.my/provider
Maklumat Lanjut
PeKa B40 dikendalikan oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia, ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari website PeKa B40 di https://protecthealth.com.my/peka-b40/ atau hubungi +603-8687 2525.
Sila hubungi saluran berikut untuk maklumat lanjut tentang skim ini:
TALIAN UTAMA
+603-8687 2525
8:30 pagi – 5:30 petang (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 4:00 petang (Sabtu & Ahad)
- EMEL : [email protected]
- ALAMAT : F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300, Century Square, Jalan Usahawan, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
- LAMAN WEB : https://protecthealth.com.my/peka-b40/
- MEDIA SOSIAL : ProtectHealth Corporation
Soalan Lazim
UMUM
Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) ialah inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD).
PeKa B40 ditawarkan kepada warganegara Malaysia dalam kelompok 40% isi rumah berpendapatan terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan mereka yang berumur 40 tahun ke atas layak secara automatik untuk PeKa B40. Tiada pendaftaran khas diperlukan untuk menyertai PeKa B40.
PeKa B40 bertujuan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan, meringankan kos sara hidup, dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Inisiatif ini memberi penekanan khusus kepada penyakit tidak berjangkit (NCD) serta menumpukan kepada usaha memperkukuh kerjasama antara sektor awam dan swasta, terutamanya di peringkat penjagaan kesihatan primer.
– Saringan Kesihatan
– Bantuan Kesihatan
– Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
– Insentif Pengangkutan
Ditawarkan kepada warganegara Malaysia dalam kelompok 40% isi rumah berpendapatan terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
– Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan berdaftar mereka.
– Berumur 40 tahun ke atas.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan mereka yang berumur 40 tahun ke atas boleh menyemak status kelayakan di sini dengan memasukkan nombor MyKad bersama gabungan maklumat lain.
Tidak. Tiada sebarang caj akan dikenakan. Semua manfaat PeKa B40 diberikan secara percuma.
– PeKa B40 dimulakan sebagai projek perintis dan dilaksanakan secara berperingkat.
– Lebih ramai ahli kumpulan B40 menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) berbanding kumpulan lain (M40 & T20).
– Golongan berumur 40 tahun ke atas juga menanggung beban NCD yang lebih tinggi. – – – – Penyakit dalam kalangan kumpulan ini juga lebih berisiko untuk tidak dikesan atau tidak dikawal dengan baik.
– Program ini juga akan diperluaskan kepada kumpulan lain, tertakluk kepada keberkesanan program dan peruntukan kewangan Kerajaan.
– Pesakit mestilah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) (atau pasangan mereka) dan berumur 40 tahun ke atas.
– Telah menjalani Saringan Kesihatan (Manfaat 1); dan
– Semua permohonan mestilah dibuat melalui hospital KKM sahaja.
SARINGAN KESIHATAN PERCUMA
– Hanya bawa MyKad anda.
– Tiada pendaftaran awal diperlukan.
– Tiada caj dikenakan.
– Tidak perlu berpuasa.
– Tidak. Saringan hanya boleh dilakukan sekali sahaja bagi penerima yang layak, selagi dana masih mencukupi.
– Selepas menjalani saringan semasa lawatan pertama di klinik, maklumat penerima akan direkodkan dan sampel darah serta air kencing akan dihantar ke makmal swasta untuk ujian yang diperlukan.
– Sekiranya penerima PeKa B40 hadir ke klinik lain untuk saringan berulang, proses tersebut tidak akan diteruskan.
– Di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40 dan mempunyai pelekat PeKa B40 yang dipamerkan di pintu hadapan klinik.
– Senarai klinik PeKa B40 boleh diperoleh di sini.
– Kebanyakan perkhidmatan di klinik kerajaan disediakan oleh doktor yang bertugas.
Pemeriksaan perubatan:
– Pengambilan sejarah perubatan, termasuk penyakit individu dan keluarga serta faktor risiko
– Saringan kesihatan mental
– Pemeriksaan fizikal
– Pemeriksaan payudara klinikal untuk penerima wanita, dan pemeriksaan prostat klinikal untuk penerima lelaki yang berisiko
Ujian makmal:
– Ujian darah
– Ujian kawalan gula dalam darah
– Ujian paras kolesterol
– Ujian air kencing
– Ujian fungsi buah pinggang
Penerima manfaat tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk semua Saringan Kesihatan yang dinyatakan di atas.
– Penerima yang telah menjalani Saringan Kesihatan mungkin telah diberikan tarikh untuk lawatan kedua mereka. Jika belum, doktor atau klinik akan menghubungi penerima melalui telefon, sistem pesanan ringkas (SMS) atau WhatsApp untuk menetapkan janji temu bagi lawatan kedua.
– Sekiranya rawatan atau pemeriksaan lanjut diperlukan, doktor swasta akan merujuk penerima ke klinik kerajaan yang berkaitan atau berdekatan (Klinik Kesihatan) atau hospital KKM. Surat rujukan PeKa B40 akan dikeluarkan oleh klinik swasta untuk dibawa ke fasiliti KKM.
BANTUAN ALATAN PERUBATAN
– Permohonan Bantuan Alat Kesihatan mesti dibuat melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan di hospital Kementerian Kesihatan sahaja.
– Pegawai Perubatan atau pakar yang merawat penerima PeKa B40 akan membuat rujukan kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan untuk proses permohonan.
– Pegawai Perubatan atau pakar juga akan menentukan jenis alat kesihatan yang diperlukan.
Terdapat 10 kategori Bantuan Alat Kesihatan yang ditawarkan berdasarkan pengesahan oleh pakar di Hospital KKM:
1. Alat sendi tiruan
2. Alat bantu pendengaran
3. Alat perentak jantung
4. Prostesis dan implan untuk tulang belakang
5. Prostesis dan ortosis untuk tulang anggota badan
6. Lensa intraokular
7. Alat terapi pernafasan dan pekat oksigen
8. Bantuan sokongan pemakanan
9. Kerusi roda
Jumlah maksimum Bantuan Alat Kesihatan yang boleh dibiayai oleh PeKa B40 ialah RM20,000. Ia juga tertakluk kepada julat harga peralatan dalam setiap kategori.
Selagi PeKa B40 dilaksanakan oleh Kerajaan, penerima boleh memohon pelbagai jenis alat kesihatan yang tersenarai, asalkan masih terdapat baki daripada peruntukan RM20,000 tersebut. Sebagai contoh, penerima yang telah menerima lensa intraokular masih boleh memohon alat perentak jantung pada waktu yang berbeza.
Hanya penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan mereka yang berdaftar serta berumur 40 tahun ke atas sahaja yang layak untuk PeKa B40. Setiap individu layak menerima bantuan kewangan maksimum sebanyak RM20,000. Jumlah ini tidak boleh digunakan oleh ahli keluarga yang lain.
INSENTIF MELENGKAPKAN RAWATAN KANSER
Jumlah insentif yang diberikan ialah RM1,000, bertujuan untuk menggalakkan pesakit melengkapkan rawatan pemulihan di Hospital KKM seperti yang disarankan oleh doktor yang merawat.
Manfaat 3 ini tidak merangkumi rawatan tradisional atau alternatif.
Ia akan diberikan dalam dua (2) peringkat:
Peringkat pertama – RM300, apabila permohonan diterima daripada Hospital KKM mengikut prosedur yang betul dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima sama seperti kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Peringkat kedua – RM700, selepas penerima melengkapkan pelan rawatan seperti yang disarankan oleh doktor yang merawat. Jumlah ini juga akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima.
Jika penerima PeKa B40 menghidap kanser dan masih menjalani rawatan, doktor atau pakar yang merawat akan membuat permohonan bagi pihak penerima tersebut.
– Insentif ini dibangunkan untuk menggalakkan pesakit kanser melengkapkan rawatan mereka. Syarat untuk menerima insentif kedua ialah pesakit mesti mematuhi pelan rawatan yang ditetapkan oleh doktor dan melengkapkannya tanpa sebarang keciciran.
– Insentif ini akan diberikan tertakluk kepada pengesahan oleh doktor atau pakar yang merawat berdasarkan kepakaran mereka dalam menentukan tahap penyempurnaan rawatan.
– Insentif ini hanya akan diberikan kepada penerima yang masih hidup dan tidak boleh dituntut oleh ahli keluarga.
Ya. Penerima PeKa B40 yang sedang menjalani rawatan kanser layak untuk menerima manfaat ini. Walau bagaimanapun, saringan kesihatan masih diwajibkan dan/atau keputusannya perlu dimuat naik ke dalam pangkalan data PeKa B40. Jika saringan kesihatan belum dilakukan, doktor atau pakar dari hospital akan memberi kaunseling kepada pesakit mengenai cara untuk menjalani saringan tersebut.
INSENTIF TAMBANG PENGANGKUTAN
Insentif kos pengangkutan akan meliputi perjalanan pergi dan balik bagi rawatan kanser (Manfaat 3) serta rawatan yang melibatkan penggunaan/pemasangan alat perubatan (Manfaat 2) di Hospital KKM mengikut tarikh janji temu yang telah ditetapkan.
Nilai insentif bergantung kepada jarak antara tempat tinggal pesakit dengan hospital.
Ia akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bagi setiap perjalanan pergi dan balik ke hospital, tertakluk kepada had maksimum RM500 bagi Semenanjung Malaysia dan RM1,000 bagi Sabah/Sarawak/Labuan.
– Bagi penerima Manfaat 2, iaitu Bantuan Alat Kesihatan, permohonan boleh dibuat melalui Pegawai Kerja Sosial Perubatan.
– Bagi penerima Manfaat 3, iaitu Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser, permohonan boleh dibuat melalui doktor yang merawat di hospital KKM.
Insentif ini disediakan untuk menggalakkan pesakit hadir ke hospital bagi menerima dan melengkapkan rawatan mereka. Jika pesakit tidak menghadiri sesi rawatan, insentif tidak akan diberikan.
Ya, insentif ini dikira dan diberikan sebagai bantuan kewangan bagi perjalanan pergi dan balik ke hospital, mengikut kadar dan syarat yang telah ditetapkan dalam PeKa B40.
– Setelah permohonan untuk Insentif Kos Pengangkutan dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau Pegawai Perubatan yang merawat, sistem akan mengira jumlah bayaran berdasarkan jarak yang telah ditetapkan.
– Pembayaran akan dibuat terus ke dalam akaun pesakit sebelum rawatan susulan yang seterusnya.