mySalam 2026 (mysalam.com.my) – Semak Kelayakan & Tuntutan

MySalam merupakan platform rasmi untuk semakan kelayakan dan tuntutan skim perlindungan kesihatan takaful secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah di Malaysia. Semakan kelayakan dan tuntutan boleh dibuat secara online melalui pautan rasmi mysalam.com.my.

Skim ini menyediakan bantuan kewangan kepada individu yang layak apabila didiagnosis dengan penyakit kritikal atau perlu menjalani rawatan di hospital.

Artikel ini akan membimbing anda langkah demi langkah mengenai cara semakan kelayakan dan proses tuntutan mySalam 2026.

Apa itu mySalam 2026?

mySalam 2026 ialah skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang disediakan oleh kerajaan kepada individu layak dalam kumpulan B40.

Skim ini memberi perlindungan kewangan apabila berlaku penyakit kritikal atau keperluan rawatan di hospital.

Dilancarkan pada Januari 2019, ia pada mulanya khusus untuk penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) dalam kumpulan B40. Kini, menerusi Belanjawan 2026, skim ini diperluas untuk turut meliputi penyakit jarang jumpa dan Rheumatoid Arthritis.

mySalam dikendalikan oleh Tabung Amanah MySalam di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan diuruskan oleh Great Eastern Takaful Berhad.

Pada asalnya dijadual berakhir pada 2023, skim ini diteruskan sehingga tahun 2026 berikutan sambutan positif rakyat Malaysia.

Tujuan mySalam

Tujuan mySalam adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang menghidap penyakit kritikal dengan memberi perlindungan kewangan, supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa tanpa terbeban dengan kos rawatan.

Ia adalah inisiatif kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat miskin yang memerlukan bantuan ketika sakit.

Manfaat Hospitaliti

Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun.

NOTA:

  • Pastikan anda membawa dokumen wajib yang diperlukan untuk tuntutan manfaat ini. Rujuk gambar di atas untuk mengetahui dokumen yang diperlukan.
  • Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini.

Manfaat Penyakit Kritikal

Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, ahli mySalam tersebut boleh menuntut manfaat bernilai RM 8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.

Kelayakan untuk menjadi ahli mySalam ini adalah sepenuhnya berdasarkan kelayakan dalam Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun.

Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam secara automatik.

Kriteria umur adalah seperti kategori berikut:

  • Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
  • Kategori Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
  • Kategori OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.

NOTA: Pastikan anda membawa dokumen wajib yang diperlukan untuk tuntutan manfaat ini. Rujuk gambar di atas untuk mengetahui dokumen yang diperlukan.

Pengumuman Penting

Sila ambil maklum bahawa borang tuntutan Penyakit Kritikal (CI-01 hingga CI-12) telah dikemas kini dan diperbaharui. Oleh itu, sila ambil perhatian tarikh penting yang berikut:

Sehingga 31 Ogos 2026 – Borang penyakit tuntutan kritikal lama dan baharu akan diterima.
Berkuat kuasa 1 September 2026 – Hanya borang tuntutan penyakit kritikal baharu akan diterima.

Bagi memastikan kelancaran proses tuntutan, penerima mySalam digalakkan untuk menggunakan borang baharu yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi mySalam.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan mySalam di talian 1 300 88 8938 atau emel ke [email protected] atau kunjungi kios mySalam di Hospital Kerajaan terdekat.

@ecentral.my

Replying to @deejaa96 Sebelum nak mohon bantuan mySalam 2025, pastikan anda anda sediakan dokumen sokongan diperlukan mySalam ini dulu. Butiran dokumen mestilah lengkap untuk elak permohonan ditolak. #mysalam #bantuanmysalam #bantuanmysalamrm700 #mysalam2025 #mysalamb40 #mysalamclaim #claimmysalam #bantuanrakyat

♬ original sound – eCentral – eCentral

Cara Semak mySalam 2026

Anda boleh buat semakan mySalam 2026 bermula dari 8 Februari 2026 di portal mySalam: https://www.mysalam.com.my/.

Masukkan No. Kad pengenalan anda pada ruangan ini:

mySalam

Sila rujuk video di bawah untuk membuat semakan status anda:

@mysalamofficial

Nak tahu kalau anda dilindungi oleh mySalam? Cuma perlukan beberapa saat untuk semak secara online. Mudah je, tak perlu daftar pun! mySalam PerlindunganTakaful KitaPeduli ChampionofB40

♬ original sound – mysalamofficial – mysalamofficial

Cara Tetapkan Semula Kata Laluan MySalam

Langkah 1: Klik pada ‘Lupa Kata Laluan’

mySalam

Langkah 2: Masukkan nombor kad pengenalan

mySalam

Langkah 3: Sahkan nombor telefon yang digunakan. Sekiranya nombor telefon yang dipaparkan adalah tepat dan digunakan oleh Pengguna, tekan ‘Ya, hantar SMS’. Kata laluan sementara akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon pengguna. Pengguna boleh log masuk ke portal menggunakan kata laluan sementara yang diterima, tanpa meneruskan Langkah 4.

Sekiranya nombor telefon yang terpapar adalah tidak tepat atau tidak lagi digunakan oleh Pengguna, tekan ‘Tidak, bukan nombor telefon saya’.

mySalam

Langkah 4: Isi maklumat yang diperlukan. Maklumat adalah berdasarkan kepada maklumat yang dikemas kini daripada data LHDN/maklumat terkini seperti yang dikemas kini oleh Pengguna. Ruangan yang perlu diisi adalah Poskod, Negeri, & Jantina. Pengguna perlu mengisi karakter Captcha yang dipaparkan, sebelum menekan butang ‘Hantar’.

mySalam

Langkah 5: Sistem akan mengarahkan Pengguna untuk menetapkan kata laluan baharu. Pengguna boleh log masuk ke portal menggunakan kata laluan sementara yang ditetapkan.

mySalam

Langkah 6: Setelah log masuk, pengguna akan diminta untuk melengkapkan maklumat berikut. Setelah menekan ‘Hantar’, maklumat akan disimpan. Maklumat yang disimpan adalah sensitif huruf besar/kecil, jarak, simbol & tidak boleh diubah setelah disetkan.

  • No Telefon Bimbit
  • Kata Laluan Baru
  • Taip Semula Kata Laluan Baru
  • Apakah kenderaan pertama anda?
  • Negeri manakah anda membesar?
  • Apakah makanan kegemaran anda?
  • Apakah nama ibu anda sebelum berkahwin?
mySalam

Langkah 7: Setelah klik pada butang ‘Hantar’, Pengguna akan dibawa ke laman utama.

Sekiranya tiada permintaan susulan untuk set semula kata laluan, proses berakhir disini. Namun sekiranya Pengguna terlupa kata laluan yang telah disetkan pada Langkah 6, teruskan dengan Langkah 8.

Langkah 8: Sekiranya Pengguna lupa kata laluan, ulang Langkah 1 hingga 3.

Langkah 9: Pengguna akan diminta untuk melengkapkan soalan yang telah disetkan/dijawab pada Langkah 6.

Nota: Sekiranya terdapat salah satu jawapan yang tidak tepat (sebagai contoh, jawapan sebenar bagi soalan “Negeri manakah anda membesar?” adalah “Perlis” namun jawapan yang dilengkapkan adalah “perlis”, pengesahan tidak akan berjaya dan Pengguna menerima catatan seperti di bawah. Pengguna boleh cuba untuk menjawab soalan pengesahan sekali lagi, atau hubungi pusat khidmat pelanggan kami di 1-300-88-8938 untuk bantuan set semula kata laluan.

Langkah 10: Sekiranya soalan rahsia berjaya dijawab dengan tepat, sistem akan meminta pengguna untuk setkan kata laluan sementara yang baru. Pengguna boleh log masuk menggunakan kata laluan sementara baru tersebut.

Langkah 11: Pengguna akan diminta untuk melengkapkan maklumat berikut. Setelah menekan butang ‘Hantar’, maklumat akan disimpan.

  • No Telefon Bimbit
  • Kata Laluan Baru

Langkah 12: Taip semula kata laluan baharu dan pengguna akan dibawa ke laman utama portal.

mySalam

50 Penyakit Kritikal mySalam

Skim perlindungan takaful nasional mySalam kini meliputi 50 jenis penyakit kritikal, berbanding 45 jenis sebelumnya. 

Penyakit KritikalKategori Penyakit KritikalTahun berkuat kuasa
AIDS Dengan Gejala PenuhCI-07: Keadaan Berkaitan HIV1 Januari 2019
Anemia Aplastik Kronik – mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum TulangCI-08: Lain-lain Jenis Penyakit Kritikal1 Januari 2019
Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri KoronariCI-02: Keadaan Berkaitan Jantung1 Januari 2019
Buta – Kekal dan Tidak boleh PulihCI-04: Mata, Telinga dan Pertuturan1 Januari 2019
Distrofi OtotCI-03: Otak, Saraf dan Otot1 Januari 2019
ElefantiasisCI-03: Otak, Saraf dan Otot1 Januari 2020
Ensefalitis – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan HarianCI-03: Otak, Saraf dan Otot1 Januari 2019
Hepatitis Viral FulminanCI-05: Keadaan Berkaitan Hati1 Januari 2019
Hilang Keupayaan BertuturCI-04: Mata, Telinga dan Pertuturan1 Januari 2019
Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – keterukan tertentuCI-02: Keadaan Berkaitan Jantung1 Januari 2019
Jangkitan HIV Melalui Transfusi DarahCI-07: Keadaan Berkaitan HIV1 Januari 2019
Jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui PekerjaanCI-07: Keadaan Berkaitan HIV1 Januari 2020
Kanser – keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awalCI-01: Kanser1 Januari 2019
Kardiomiopati – keterukan tertentuCI-02: Keadaan Berkaitan Jantung1 Januari 2019
Kegagalan Buah Pinggang – memerlukan dialisis atau transplan buah pinggangCI-06: Keadaan Berkaitan Buah Pinggang1 Januari 2019
Kegagalan Hati Tahap AkhirCI-05: Keadaan Berkaitan Hati1 Januari 2019
Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)CI-03: Otak, Saraf dan Otot1 Januari 2019
Kelecuran Tahap Ketiga – keterukan tertentuCI-08: Lain-lain Jenis Penyakit Kritikal1 Januari 2019
Kelumpuhan AnggotaCI-03: Otak, Saraf dan Otot1 Januari 2019
Keradangan Pankreas Berulang dan KronikCI-05: Keadaan Berkaitan Hati1 Januari 2020
Koma – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal yang berterusanCI-03: Otak, Saraf dan Otot1 Januari 2019
Lupus Eritematosus Sistemik dengan Komplikasi Buah Pinggang yang TerukCI-06: Keadaan Berkaitan Buah Pinggang1 Januari 2019
Meningitis Bakteria – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan HarianCI-03: Otak, Saraf dan Otot1 Januari 2019
Pekak – Kekal dan tidak boleh pulihCI-04: Mata, Telinga dan Pertuturan1 Januari 2019
Pembedahan AortaCI-02: Keadaan Berkaitan Jantung1 Januari 2019
Pembedahan Injap JantungCI-02: Keadaan Berkaitan Jantung1 Januari 2019
Pembedahan OtakCI-03: Otak, Saraf dan Otot1 Januari 2019
Pembedahan Pintasan Arteri KoronariCI-02: Keadaan Berkaitan Jantung1 Januari 2019
Penyakit Alzheimer / Demensia TerukCI-03: Otak, Saraf dan Otot1 Januari 2019
Penyakit Arteri Koronari SeriusCI-02: Keadaan Berkaitan Jantung1 Januari 2019
Penyakit Creutzfeldt-Jakob (CJD) (Penyakit Lembu Gila) – memerlukan bantuan berterusanCI-03: Otak, Saraf dan Otot1 Januari 2020
Penyakit Darah
Talasemia Major (Anemia Cooley)
CI-10: Tulang, Sendi, Darah dan Tisu Penghubung1 Januari 2025 Baharu!
Penyakit Jarang JumpaCI-12: Penyakit Jarang Jumpa1 Januari 2025 Baharu!
Penyakit Kulit Kronik

Psoriasis Kronik
Pemphigus Vulgaris
Sindrom Steven-Johnson (SJS) atau Necrolysis Epidermal Toksik (TEN)
CI-08: Lain-lain Jenis Penyakit Kritikal1 Januari 2025 Baharu!
Penyakit Mental

Gangguan Kemurungan Utama(MDD)
Skizofrenia
Gangguan Bipolar
CI-11: Penyakit Mental1 Januari 2025 Baharu!
Penyakit Neuron Motor – defisit neurologi kekal dengan symptom klinikal berterusanCI-03: Otak, Saraf dan Otot1 Januari 2019
Penyakit Parkinson – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan HarianCI-03: Otak, Saraf dan Otot1 Januari 2019
Penyakit Paru-paru Tahap AkhirCI-08: Lain-lain Jenis Penyakit Kritikal1 Januari 2019
Penyakit Rheumatoid

Rheumatoid Arthritis (RA) peringkat akhir atau Arthritis Rheumatoid Teruk dengan kecacatan dan ketidakupayaan yang besar

Gout Tophaceous Kronik dengan komplikasi

Ankylosing Spondylitis yang teruk dengan komplikasi

Gangguan Tisu Penghubung Campuran (MCTD)
CI-10: Tulang, Sendi, Darah dan Tisu Penghubung1 Januari 2025 Baharu!
Penyakit Sistik MedularCI-06: Keadaan Berkaitan Buah Pinggang1 Januari 2020
Penyakit TerminalCI-09: Penyakit Terminal1 Januari 2020
PoliomielitisCI-03: Otak, Saraf dan Otot1 Januari 2020
Serangan Jantung – Keterukan TertentuCI-02: Keadaan Berkaitan Jantung1 Januari 2019
Sindrom ApallikCI-03: Otak, Saraf dan Otot1 Januari 2020
Skleroderma ProgresifCI-08: Lain-lain Jenis Penyakit Kritikal1 Januari 2020
Sklerosis MultipelCI-03: Otak, Saraf dan Otot1 Januari 2019
Strok/Angin Ahmar – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom-simptom klinikal berterusanCI-03: Otak, Saraf dan Otot1 Januari 2019
Transplan Organ Utama/Sumsum TulangCI-08: Lain-lain Jenis Penyakit Kritikal1 Januari 2019
Trauma Kepala Major (teruk) – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan HarianCI-03: Otak, Saraf dan Otot1 Januari 2019
Tumor Otak Benign – keterukan tertentuCI-03: Otak, Saraf dan Otot1 Januari 2019

Penyakit yang Dilindungi

Berikut ialah 5 penyakit baru yang dilindungi:

  1. Penyakit jarang jumpa (Rare Disease)
  2. Gangguan Mental (Mental Disorder)
  3. Gangguan Darah (Blood Disorder)
  4. Penyakit Kulit Kronik (Chronic Skin Disease)
  5. Gangguan Rhematoid (Rhematoid Disorder)
MySalam

Senarai Hospital mySalam

Anda juga boleh mendapat bantuan di kiosk-kiosk mySalam terdekat :

Nama HospitalAlamatKetersediaan Kiosk
Hospital Al-Sultan Abdullah UiTMBandar Puncak Alam, Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan, Puncak Alam, 42300, SelangorTIDAK
Hospital Alor GajahPejabat Hospital, Hospital Alor Gajah, Alor Gajah, 78000, MelakaYA
Hospital AmpangJalan Mewah Utara, Ampang, 68000, SelangorYA
Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur3, Jalan 4/27a, Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur, 53300, Kuala LumpurTIDAK
Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota KinabaluJalan Universiti, Kota Kinabalu, 89200, SabahTIDAK
Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, MelakaKem Terendak, Terendak, 76200, MelakaYA
Hospital Angkatan Tentera, LumutPengkalan TLDM, Lumut, 32200, PerakTIDAK
Hospital BachokJalan Gunong Jelawat Kg Bator, Jelawat, Bachok, 16090, KelantanTIDAK
Hospital Bahagia Ulu KintaTanjong Rambutan, Ulu Kinta, 31250, PerakTIDAK
Hospital Balik PulauBalik Pulau, Balik Pulau, 11000, Pulau PinangYA
Hospital BalingJala Hospital, Baling, 09100, KedahYA
Hospital BantingJalan Sultan Alam Shah, Banting, 42700, SelangorYA
Hospital Batu GajahJalan Changkat, Batu Gajah, 31000, PerakYA
Hospital BauBatu 1 ½, Jalan Bau-Lundu, Bau, 94000, SarawakYA
Hospital BeaufortPeti Surat 40, Beaufort, 89807, SabahYA
Hospital BeluranKarung Berkunci No : 02, Beluran, 90109, SabahYA
Hospital BentongHospital Bentong, Bentong, 28000, PahangYA
Hospital Bera Taman Kerayong Jaya, Teriang, 28200, PahangTIDAK
Hospital BesutJalan Pasir Akar, Jerteh, Besut, 22000, TerengganuYA
Hospital BetongJalan Betong, Betong, 95707, SarawakYA
Hospital BintuluJalan Nyabau, Bintulu, 97000, SarawakYA
Hospital Bukit MertajamJalan Kulim, Bukit Mertajam, 14000, Pulau PinangYA
Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan MalaysiaJalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000, Kuala LumpurYA
Hospital Changkat MelintangLambor Kanan, Parit, Bota, 32900, PerakYA
Hospital CyberjayaPersiaran Sepang, Cyber 11, Cyberjaya, 63000, SelangorTIDAK
Hospital DalatJalan Oya-Dalat, Dalat, 96300, SarawakTIDAK
Hospital DaroJalan Itol, Daro, 96200, SarawakYA
Hospital Duchess Of KentKM 3.2, Jalan Utara, Sandakan, 90000, SabahYA
Hospital DungunHospital Dungun, Dungun, 23000, TerengganuYA
Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, KluangKM 5, Jln Kota Tinggi, Kluang, 86000, JohorYA
Hospital GerikJalan Intan, Grik, 33000, PerakYA
Hospital Gua MusangBandar Baru, Gua Musang, 18300, KelantanYA
Hospital Hulu TerengganuBatu 23, Jalan Kuala Berang, Kuala Berang, 21700, TerengganuYA
Hospital JasinHospital Utama, Jasin, 77000, MelakaYA
Hospital JelebuTaman Bukit Petaling, Kuala Klawang, 71600, Negeri SembilanYA
Hospital JeliBandar Jeli, Jeli, 17600, KelantanYA
Hospital JempolHospital Jempol, Bandar Seri Jempol, 72120, Negeri SembilanYA
Hospital JengkaBandar Jengka, Maran, 26400, PahangYA
Hospital JerantutTaman Jaya, Jerantut, 27000, PahangYA
Hospital JitraJalan Changlun, Jitra, 06000, KedahYA
Hospital KajangJalan Semenyih, Kajang, 43000, SelangorYA
Hospital KamparJalan Hospital, Kampar, 31500, PerakTIDAK
Hospital KanowitJalan Kanowit/ Durin, Kanowit, 96700, SarawakYA
Hospital KapitJalan Memora, Kapit, 96800, SarawakYA
Hospital KemamanJalan Da’ Omar, Cukai, Kemaman, 24000, TerengganuYA
Hospital KeningauPeti Surat 11, Keningau, 89007, SabahYA
Hospital Kepala BatasJalan Bertam, Kepala Batas, 13200, Pulau PinangYA
Hospital KinabatanganW.D.T 200, Kinabatangan, 90020, SabahYA
Hospital Kota BeludPeti Surat 159, Kota Belud, 89158, SabahYA
Hospital Kota MaruduPeti Surat 255, Kota Marudu, 89108, SabahYA
Hospital Kota TinggiJalan Tun Habah, Kota Tinggi, 81900, JohorYA
Hospital Kuala KangsarJalan Sultan Idris Shah 1, Kuala Kangsar, 33000, PerakYA
Hospital Kuala KraiJalan Kota Bharu, Kuala Krai, 18000, KelantanYA
Hospital Kuala Kubu BharuJalan Hospital, Kuala Kubu Bharu, 44000, SelangorYA
Hospital Kuala LipisHospital Kuala Lipis, Kuala Lipis, 27200, PahangYA
Hospital Kuala LumpurJalan Pahang, Kuala Lumpur, 50586, Kuala LumpurYA
Hospital Kuala NerangKuala Nerang, Kuala Nerang, 06300, KedahYA
Hospital Kuala PenyuW.D.T. 35, Kuala Penyu, 89740, SabahYA
Hospital KudatPeti Surat 22, Kudat, 89057, SabahYA
Hospital KulimJalan Mahang, Kulim, 09000, KedahYA
Hospital KunakW.D.T. 150, Kunak, 91209, SabahYA
Hospital LabuanPeti Surat 81006 Labuan, Labuan, 87020, LabuanTIDAK
Hospital Lahad DatuPeti Surat 60065, Lahad Datu, 91110, SabahYA
Hospital LangkawiBukit Tekuh, Jalan Padang Maksirat, Langkawi, 07000, KedahYA
Hospital LawasJalan Hospital, Lawas, 98850, SarawakYA
Hospital LimbangJalan Pandaruan, Limbang, 98700, SarawakYA
Hospital LunduJalan Sekambal, Lundu, 94500, SarawakYA
Hospital MachangJalan Pasir Puteh, Machang, 18500, KelantanYA
Hospital MarudiJalan Pungor, Marudi, 98050, SarawakYA
Hospital MelakaJalan Mufti Haji Khalil, Melaka, 75400, MelakaYA
Hospital MersingJalan Ismail, Mersing, 86800, JohorYA
Hospital Mesra Bukit PadangPeti Surat 11342, Kota Kinabalu, 88815, SabahTIDAK
Hospital MiriJalan Cahaya, Miri, 98000, SarawakYA
Hospital Muadzam ShahMuadzam Shah, Rompin, 26700, PahangYA
Hospital MukahJalan Haji Mohamed Pauzi, Mukah, 96400, SarawakYA
Hospital Orang AsliKM 24, Jalan Pahang Lama, Gombak, 53100, SelangorYA
Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM Jalan Yaacob Latif, , Cheras, Kuala Lumpur, 56000, Kuala LumpurTIDAK
Hospital Pakar Sultanah FatimahJalan Salleh, Muar, 84000, JohorYA
Hospital PaparPeti Surat No. 6, Papar, 89607, SabahYA
Hospital Parit BuntarJalan Sempadan, Parit Buntar, 34200, PerakYA
Hospital Pasir MasJalan Meranti, Pasir Mas, 17000, KelantanYA
Hospital PekanJalan Batu Balik, Kampung Mengkasar, Pekan, 26600, PahangYA
Hospital PendangKampung Manggol Pauh, Pendang, 06700, KedahTIDAK
Hospital Pengajar Universiti Putra MalaysiaPersiaran Mardi – Upm, Serdang, 43400, SelangorYA
Hospital Permai Johor BahruJalan Persiaran Kempas Baru, Johor Bahru, 81200, JohorTIDAK
Hospital PitasPeti Surat 88, Pitas, 89100, SabahYA
Hospital PontianJalan Alsagoff, Pontian, 82000, JohorYA
Hospital Port DicksonKM 11, Jalan Pantai, Port Dickson, 71050, Negeri SembilanYA
Hospital Pulau PinangJalan Residensi, Pulau Pinang, 10990, Pulau PinangYA
Hospital PutrajayaPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 7, Putrajaya, 62250, PutrajayaYA
Hospital Queen ElizabethKarung Berkunci N0.2029, Kota Kinabalu, 88586, SabahYA
Hospital Queen Elizabeth IILorong Bersatu, Jalan Damai Luyang, Kota Kinabalu, 88300, SabahYA
Hospital Raja Perempuan Zainab IIJalan Hospital, Kota Bharu, 15000, KelantanYA
Hospital Raja Permaisuri BainunJalan Hospital, Ipoh, 30400, PerakYA
Hospital Rajah Charles Brooke MemorialBt 13, Jalan Puncak Borneo, Kota Padawan, Kuching, 93250, SarawakTIDAK
Hospital RanauPeti Surat 65, Ranau, 89300, SabahYA
Hospital RaubJalan Tengku Abd Samad, Raub, 27600, PahangYA
Hospital Rehabilitasi CherasJalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur, 56000, Kuala LumpurTIDAK
Hospital RembauKampung Masjid Tanah, Pedas, 71300, Negeri SembilanYA
Hospital RompinJalan Kg Kolam Kuala Rompin, Rompin, 26800, PahangYA
Hospital SaratokKM 1, Jalan Saratok, Saratok, 95400, SarawakYA
Hospital SarikeiJalan Rentap, Sarikei, 96100, SarawakYA
Hospital Seberang JayaJln Tun Hussein Onn, Perai, 13700, Pulau PinangYA
Hospital SegamatKM 6 Jalan Genuang, Segamat, 85000, JohorYA
Hospital SelamaJalan Taiping, Selama, 34100, PerakYA
Hospital SelayangLebuhraya Selayang-Kepong, Batu Caves, 68100, SelangorYA
Hospital SempornaPeti Surat 80, Semporna, 91307, SabahYA
Hospital SentosaBatu 7, Jalan Penenrisen, Kuching, 93250, SarawakTIDAK
Hospital Seri IskandarJalan Hospital Seri Iskandar, Bandar Seri Iskandar, Seri Iskandar, 32610, PerakYA
Hospital Seri ManjungSeri Manjung, Seri Manjung, 32040, PerakYA
Hospital SerianBandar Serian, Serian, 94700, SarawakYA
Hospital SetiuBandar Permaisuri, Setiu, 22100, TerengganuYA
Hospital Shah AlamPersiaran Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam, 40000, SelangorYA
Hospital SibuBatu 5 ½, Jalan Ulu Oya, Sibu, 96000, SarawakYA
Hospital SikPekan Sik, Sik, 08220, KedahYA
Hospital SimunjanJalan Gunung Ngeli, Simunjan, 94800, SarawakYA
Hospital SipitangPeti Surat 250, Sipitang, 89857, SabahYA
Hospital Slim RiverHospital Slim River, Slim River, 35800, PerakYA
Hospital Sri AmanJalan Hospital, Sri Aman, 95007, SarawakYA
Hospital Sultan Abdul HalimJalan Lencongan Timur Bandar Amanjaya, Sungai Petani, 08000, KedahYA
Hospital Sultan Hj Ahmad ShahJalan Maran, Temerloh, 28000, PahangYA
Hospital Sultan Idris Shah Serdang Hospital SerdangJalan Puchong, Kajang, 43000, SelangorYA
Hospital Sultan IsmailJalan Persiaran Mutiara Emas Utama, Taman Miount Austin, Johor Bahru, 81100, JohorYA
Hospital Sultan Ismail PetraKM 6, Jalan Kuala Krai – Gua Musang,, Kuala Krai, 18000, KelantanTIDAK
Hospital Sultan Zainal AbidinJalan Gong Badak, Kampung Gong Badak, Kuala Terengganu, 21300, TerengganuTIDAK
Hospital Sultanah AminahJalan Persiaran Abu Bakar Sultan, Johor Bahru, 80100, JohorYA
Hospital Sultanah BahiyahKM 6, Jln Langgar, Alor Setar, 05460, KedahYA
Hospital Sultanah Hajjah KalsomTanah Rata, Cameron Highlands, 39000, PahangYA
Hospital Sultanah Nora IsmailJalan Korma, Batu Pahat, 83000, JohorYA
Hospital Sultanah Nur ZahirahJalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 20400, TerengganuYA
Hospital Sungai BakapSungai Jawi, Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi, 14200, Pulau PinangYA
Hospital Sungai BulohJalan Hospital, Sungai Buluh, 47000, SelangorYA
Hospital Sungai SiputJalan Felda Lasah, Sungai Siput, 31100, PerakYA
Hospital TaipingJalan Taming Sari, Taiping, 34000, PerakYA
Hospital TambunanPeti Surat 10, Tambunan, 89657, SabahYA
Hospital TampinJalan Haji Ahmad Zainuddin, Tampin, 73009, Negeri SembilanYA
Hospital Tanah MerahJalan Hospital, Tanah Merah, 17500, KelantanYA
Hospital TangkakJalan Hospital, Tangkak, 84900, JohorYA
Hospital Tanjung KarangJalan Besar, Tanjung Karang, 45500, SelangorYA
Hospital TapahJalan Temoh, Tapah, 35000, PerakYA
Hospital TawauPeti Surat 80, Tawau, 91007, SabahYA
Hospital Teluk IntanJalan Changkat Jong, Teluk Intan, 36000, PerakYA
Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun IbrahimHospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya, Kulai, 81000, JohorYA
Hospital Tengku Ampuan AfzanJalan Air Putih, Kuantan, 25100, PahangYA
Hospital Tengku Ampuan JemaahJalan Hospital, Sabak Bernam, 45200, SelangorYA
Hospital Tengku Ampuan RahimahJalan Langat, Klang, 41200, SelangorYA
Hospital Tengku AnisJalan Pasir Puteh, Pasir Puteh, 16800, KelantanYA
Hospital Tengku Permaisuri NorashikinJalan Semenyih, Bandar Kajang, Kajang, 43000, SelangorTIDAK
Hospital TenomPeti surat 97, Tenom, 89907, SabahYA
Hospital Tentera Darat, GemasGemas, Negeri Sembilan, Gemas, 73400, Negeri SembilanTIDAK
Hospital Tuanku Ampuan NajihahKM 3, Jalan Melang, Kuala Pilah, 72000, Negeri SembilanYA
Hospital Tuanku FauziahJalan Kolam, Kangar, 01000, PerlisYA
Hospital Tuanku Ja’afar SerembanJalan Rasah, Seremban, 70300, Negeri SembilanYA
Hospital TuaranPeti surat 996, Tuaran, 89207, SabahYA
Hospital TumpatJalan Kelaburan, Tumpat, 62000, KelantanYA
Hospital Tunku AzizahJalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur, 50300, Kuala LumpurYA
Hospital Umum KuchingJalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching, 93586, SarawakYA
Hospital Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaJalan Sultan Hj Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, 25200, PahangYA
Hospital Universiti Sains MalaysiaJalan Raja Perempuan Zainab 2, Kampus Kesihatan, Kota Bharu, 16150, KelantanTIDAK
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak SabahKarung Berkunci 187, Kota Kinabalu, 88996, SabahYA
Hospital YanBatu 25 , Jalan Yan, Yan, 06900, KedahYA
Institut Kanser NegaraNo 4, Jalan P7, Presint 7 , Putrajaya, 62250, PutrajayaYA
Institut Perubatan & Pergigian Termaju Universiti Sains MalaysiaPusat Perubatan USM Bertam, Universiti Sains Malaysia, Kepala Batas, 13200, Pulau PinangTIDAK
Institut Perubatan RespiratoriJalan Pahang, Kuala Lumpur, 53000, Kuala LumpurTIDAK
Pusat Jantung SarawakJalan Expressway Kota Samarahan, Samarahan, 94300, SarawakYA
Pusat Kawalan Kusta NegaraJalan Hospital, Sungai Buloh, 47000, SelangorTIDAK
Pusat Pakar Perubatan UiTM PPUiTMJalan Hospital, Sungai Buloh, 47000, SelangorTIDAK
Pusat Perubatan Universiti MalayaLembah Pantai, Kuala Lumpur, 59100, Kuala LumpurYA

Cara Buat Tuntutan

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Anda boleh rujuk kepada 7 langkah berikut untuk claim mySalam:

  1. Layari portal MySalam di pautan rasmi https://www.mysalam.com.my/ dan log masuk guna nombor IC
  2. Tekan Muat Turun Borang dari menu utama
  3. Masukkan Info Perubatan dan muat naik dokumen sokongan
  4. Tekan menu utama dan cari pilihan Tuntutan
  5. Tekan Penyerahan Tuntutan
  6. Pilih antara Tuntutan Hospitalisasi atau Tuntutan Penyakit Kritikal
  7. Muat naik dokumen, Semak & Hantar

1. Tuntutan Penyakit Kritikal

  1. Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  2. Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  3. Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  4. Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  5. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  6.  Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

2. Tuntutan Hospitalisasi

  1.  Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  2. Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Salinan Nota Discaj
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  4. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Claim MySalam

Tahukah anda apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan?

Dokumen Wajib bagi Penyakit Kritikal :

  1. Salinan IC (depan dan belakang)
  2. Borang penyakit kritikal yang diisi oleh doktor
    • Nama & IC pesakit
    • Butiran penyakit
    • Cop rasmi & tandatangan doktor

Dokumen Wajib bagi Hospitalisasi :

  1. Salinan IC (depan dan belakang)
  2. Surat discaj dengan:
    • Nama & IC pesakit
    • Diagnosis
    • Tarikh masuk & keluar wad
    • Cop rasmi & tandatangan doktor

Tarikh Akhir Tuntutan

Berita gembira! Tarikh tutup tuntutan mySalam bagi kelayakan 2026 dilanjutkan ke 31 Disember 2026. Kemukakan tuntutan tahun 2026 dengan segera.

Kebiasaannya penerima mySalam yang layak bagi tahun 2026 dan seterusnya akan berpeluang untuk menghantar tuntutan kepada mySalam sehingga 30 Jun, pada tahun berikutnya.

Di bawah merupakan contoh untuk menggambarkan tarikh tutup bagi penyerahan tuntutan.

Tahun202420252026
Tempoh kelayakan1 Januari 2024 – 31 Disember 20241 Januari 2025 – 31 Disember 20251 Januari 2026 – 31 Disember 2026
Tempoh Penyerahan Tuntutan1 Januari 2024 – 31 Disember 2025 (*tarikh telah dilanjutkan)1 Januari 2025 – 30 Jun 20261 Januari 2026 – 30 Jun 2027

Contoh

Encik A adalah penerima mySalam bagi tahun 2026. Beliau menerima notifikasi yang memaklumkan kelayakan beliau pada 1 Disember 2026. Beliau layak untuk menuntut jumlah tuntutan sebanyak RM8,000 dibawah Manfaat Penyakit Kritikal atau sehingga RM700 bagi Manfaat Hospitalisasi bagi tahun 2024.

Encik A perlu menyerahkan tuntutan ini kepada mySalam selewat-lewatnya pada 30 Jun 2027.

Sebarang tuntutan bagi perlindungan pada tahun 2026 yang diterima selepas 30 Jun 2027 tidak akan diterima dan diproses.

Berapa Lamakah Tuntutan Diproses?

Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.

Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.

Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my.

Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.

Contoh permohonan yang lulus adalah seperti berikut:

MySalam

Jumlah bayaran yang diterima bergantung kepada pengesahan dan jenis tuntutan anda.

Wang akan dikreditkan ke akaun yang anda isikan dalam borang permohonan. Anda akan menerima notifikasi SMS seperti berikut:

Kenapa Claim mySalam Kene Reject?

mysalam
mysalam

Muat Turun Aplikasi mySalam

Untuk lebih mudah, anda boleh muat turun aplikasi mySalam ke dalam telefon anda menerusi pautan ini:

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan mySalam 2026, anda boleh hubungi Pusat Panggilan MySalam yang beroperasi 24 jam di talian 1 300 888 938.

MySalam

Soalan Lazim

1. Apa itu mySalam?

mySalam merupakan sebuah skim perlindungan takaful percuma daripada kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada mereka yang layak.

2. Apakah manfaat yang diperolehi melalui skim ini?

3. Siapakah pengendali skim mySalam

Skim ini dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad, yang merupakan sebuah pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Pengendali-pengendali takaful lain mungkin akan dilantik untuk mengendali skim ini pada masa hadapan.

4. Adakah skim mySalam patuh shariah?

Ya, mySalam adalah skim patuh shariah. Skim mySalam merupakan sebuah produk yang diuruskan berdasarkan prinsip-prinsip shariah.

5. Berapakah yang perlu saya bayar untuk menerima perlindungan mySalam?

Perlindungan mySalam disediakan secara percuma.

6. Adakah saya akan dimaklumkan sekiranya saya layak menerima mySalam?

Individu yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui kiriman SMS. SMS akan dihantar kepada penerima pada penggal pertama setiap tahun, atau setelah kemas kini data penerima Bantuan Khas Kerajaan selesai.

Untuk bantuan lanjut, anda boleh e-mel kami menerusi emel [email protected], atau hubungi talian mySalam di 1-300-88-8938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

7. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan perunding mySalam?

Perunding-perunding mySalam bersedia untuk menjawab pertanyaan dan membantu anda untuk mengemukakan tuntutan. Mereka kini berada di kios di hospital-hospital panel mySalam di seluruh Malaysia. Sila rujuk senarai hospital panel di sini.

Untuk bantuan lanjut, anda boleh e-mel kami menerusi emel [email protected], atau hubungi pusat panggilan mySalam di talian 1-300-88-8938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

8. Bagaimana cara untuk saya memberi maklum balas atau membuat aduan mengenai tuntutan atau kualiti perkhidmatan daripada mySalam?

Di mySalam, kami berbangga menjadi sebahagian daripada agenda nasional bagi memastikan perlindungan Takaful untuk rakyat Malaysia yang layak.

Sekiranya anda mempunyai aduan atau maklum balas untuk dikongsi dengan kami, kami ingin mendengar daripada anda. Kami menjemput anda untuk menelefon, menulis atau menghantar e-mel kepada kami pihak MySalam menerusi emel [email protected], atau hubungi pusat panggilan mySalam di talian 1-300-88-8938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

9. Adakah penerima STR (kategori bujang) layak untuk menerima Skim mySalam?

Ya. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi kategori bujang yang berumur antara 21 hingga 65 tahun adalah layak untuk menikmati perlindungan yang ditawarkan oleh Skim mySalam.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda yang bujang masih belum membuat permohonan bagi STR, kami menggalakkan anda untuk mendaftar sebagai penerima STR di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat, bagi menikmati manfaat yang ditawarkan oleh Skim mySalam.

10. Bagaimana saya akan menerima bayaran tuntutan saya?

Kalau tuntutan sudah berjaya, penerima akan terims SMS dan boleh semak status di portal mySalam. Pembayaran akan terus masuk ke akaun yang berdaftar di portal mySalam.

11. Berapa lama masa yang diambil untuk pembayaran tuntutan dikreditkan ke dalam akaun selepas diluluskan?

Proses tuntutan biasanya siap dalam 10 hari bekerja dengan syarat dokumen yang dihantar lengkap. Selepas diluluskan, pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun dalam tempoh 2-3 hari bekerja.

12. Bolehkah saya menerima bayaran tuntutan mySalam jika nama saya tersenarai dalam rekod insolvensi?

Pastikan akaun bank diaktifkan semula dengan kebenaran Jabatan Insolvensi Malaysia. Sila kemaskini makluman akaun setelah bank akaun diaktifkan. Bayaran hanya akan dibuat kepada penerima mySalam.

Baca juga: