Little Étoile Jenama Bayi Makin Dikenali di Malaysia

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sebelum sesuatu produk digunakan pada anak, sebenarnya seorang ibu dah fikir macam-macam dalam kepala.

Selamat ke?
Lembut ke pada kulit anak?
Betul-betul bagus ke?
Boleh percaya ke jenama ni?

Dari Bahan Semula Jadi ke Makmal

Sekarang ni lagi susah nak buat pilihan sebab terlalu banyak produk di pasaran. Semua claim produk mereka paling natural, paling bagus dan paling selamat. Tambah pula dengan review, trend TikTok dan media sosial yang sentiasa berubah.

Dalam masa sama, anak-anak pula membesar dalam dunia yang makin digital dan serba pantas.

Sebab tu penjagaan hari ini bukan sekadar pilih produk terbaik, tapi juga tentang masa depan anak.

“Bagaimana nak bantu anak jadi lebih yakin, kreatif dan bersedia untuk dunia masa depan?”

Ramai ibu di Malaysia sekarang lebih yakin bila tahu sesuatu produk dibuat dengan teliti, diuji dengan betul dan disokong oleh kajian sains sebenar.

Dan keyakinan itu sebenarnya bermula jauh sebelum produk masuk rak kedai.

Ia bermula daripada bahan semula jadi.
Kemudian dikaji di makmal.
Dan akhirnya sampai kepada keluarga melalui jenama yang dibina dengan tujuan yang jelas.

Di sinilah bermulanya Little Étoile — jenama di bawah kumpulan penjagaan kesihatan dan biosains Australia, Max Biocare.

Program STEM Kreatif, Buka Dunia Baru untuk Anak-Anak

Anak-anak sekarang memang mudah dapat maklumat. Semua di hujung jari.

Tapi banyak maklumat tak semestinya buat mereka lebih kreatif. Dan screen time juga tak sama macam pengalaman sebenar.

Melalui Max Biocare’s STEM Prototype Programme: Nature – Lab – Market, kanak-kanak diberi peluang belajar di luar skrin. Mereka dapat masuk ke dunia sebenar sains, alam semula jadi dan inovasi.

STEM Prototype Programme yang dikendalikan oleh Max Biocare

Mereka boleh jumpa saintis sebenar, penternak lebah, pakar nutrisi dan penyelidik. Mereka belajar macam mana sesuatu idea boleh berkembang daripada alam semula jadi sehinggalah jadi produk sebenar di pasaran.

Sepanjang program ni, mereka belajar bertanya soalan, cuba idea baru, bekerjasama dalam kumpulan dan berkongsi idea dengan yakin.

Mereka bukan sekadar memerhati sains berlaku, bahkan anak-anak ini sendiri jadi sebahagian daripada proses itu.

Mereka jadi Junior Scientists dan Junior Founders.

Konsepnya mudah:
Think like a scientist – Act like a founder!

Anak-anak belajar untuk:
Discover • Create • Test • Pitch

Secara tak langsung, mereka juga belajar tentang keyakinan diri, kerja berpasukan, sifat ingin tahu, penjagaan alam sekitar dan keberanian untuk percaya bahawa:

“Idea saya juga penting.”

Sebab penjagaan sebenar bukan sekadar bantu anak hari ini, tetapi ia juga bantu buka peluang untuk masa depan mereka.

Kenapa Program Ini Menarik untuk Ibu Bapa?

– Ibu bapa sekarang nak bukti, bukan sekadar ‘overclaim’

Dalam pasaran yang penuh dengan macam-macam claim, ibu bapa nak tahu siapa sebenarnya di belakang sesuatu jenama.

Melalui program STEM Prototype Programme: Nature – Lab – Market ini, keluarga boleh nampak sendiri dunia di sebalik Max Biocare dan Little Étoile — bukan sekadar iklan atau kata-kata marketing.

Sains jadi lebih mudah difahami

Daripada hanya dengar sesuatu produk “science-backed”, ibu bapa dan anak-anak boleh lihat sendiri makmal, proses kajian, tumbuhan, lebah dan pembelajaran hands-on yang digunakan.

Untuk anak-anak, sains jadi lebih seronok.
Untuk ibu bapa pula, ia beri rasa lebih yakin.

– Penjagaan bukan sekadar produk atas rak

Program ini tunjuk bahawa penjagaan sebenar bukan hanya pada produk akhir, tapi juga pada cara jenama itu berfikir, buat kajian dan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat.

Dalam jangka pendek, program ini bantu anak-anak belajar STEM secara praktikal sambil membina keyakinan diri dan semangat kerja berpasukan.

Dalam jangka panjang pula, Max Biocare berharap dapat menyumbang lebih banyak kepada pendidikan STEM melalui pengalaman dan kepakaran mereka.

– Momen kecil yang beri impak besar

Seorang anak belajar sesuatu yang baru.
Seorang ibu nampak anaknya lebih yakin.
Sains, alam semula jadi dan imaginasi bergabung dalam satu pengalaman.

Dalam dunia sekarang, momen macam ni memang sangat bermakna untuk ibu bapa.

Little Étoile Semakin Dikenali di Malaysia

Apa yang bermula sebagai jenama berasaskan sains dan penjagaan berkualiti kini semakin mendapat perhatian keluarga di luar Australia.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Little Étoile berkembang ke Malaysia, Singapura, Vietnam dan beberapa negara lain.

Dan Malaysia kini menjadi antara pasaran paling aktif untuk jenama ini.

Kini Boleh Didapati di 150+ Kedai Seluruh Malaysia

Menjelang 2026, Little Étoile sudah berada di lebih 150 rangkaian peruncit di seluruh negara.

Antara kedai yang menjual produk Little Étoile termasuk AEON Wellness, Manjaku, Mothercare, Health Lane, Very Important Baby, dan Parkson.

Jenama ini juga semakin mudah didapati di pelbagai negeri seperti Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Pahang dan Sarawak.

Selain kedai fizikal, produk Little Étoile juga boleh dibeli melalui Shopee, Lazada dan Garden of Wellness Shop.

Jadi lebih mudah untuk ibu bapa di Malaysia dapatkan produk penjagaan bayi dan nutrisi premium yang dibangunkan di Australia.

Bagi yang ingin mencari lokasi terdekat, boleh lihat rangkaian kedai Little Étoile di sini.

Perkembangan ini bukan sekadar tentang jualan yang makin besar. Ia menunjukkan semakin ramai keluarga di Malaysia mula percaya dan menggunakan Little Étoile dalam rutin harian mereka.

Fokus Membina Ekosistem Penjagaan yang Lengkap

Little Étoile bukan sekadar fokus untuk tambah rangkaian jualan, tetapi juga mahu bina ekosistem penjagaan yang lebih lengkap untuk keluarga.

Selain produk penjagaan bayi, jenama ini turut mengembangkan kategori lain seperti susu formula, barang penjagaan bayi dan makanan bayi.

Pada tahun 2025, Little Étoile juga memperkenalkan rangkaian penjagaan khas untuk ibu. Ini menunjukkan bahawa penjagaan bukan hanya untuk bayi, tetapi ibu juga penting.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut