Koleksi Poster Hari Merdeka Yang Kreatif & Menarik

Setiap kali datangnya bulan Kemerdekaan, di peringkat sekolah pastinya akan dianjurkan pertandingan merekabentuk Poster Hari Merdeka.

Seperti namanya, poster ini adalah karya seni yang bertemakan hari kemerdekaan negara kita jadi para peserta bebas berkarya menghasilkan poster mengikut kreativiti masing-masing.

Melalui poster ini juga, para peserta dapat menterjemahkan maksud kemerdekaan negara kita mengikut perseptif masing-masing.

Penghasilan Poster Hari Merdeka ini juga dapat menarik minat golongan muda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah kemerdekaan negara kita pada tahun 1957, secara tidak langsung memupuk nilai patriotisma dalam diri masing-masing.

Hari Kemerdekaan ke 66

Pada tahun ini, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka buat kali yang ke 66.

Tema sambutan tahun ini ialah Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

Orang ramai dijemput hadir ke Dataran Putrajaya seawal pagi pada tarikh 31 Ogos untuk menyaksikan perarakan sambutan Hari merdeka peringkat kebangsaan.

Elemen-elemen penting Poster Hari Merdeka

Apabila menghasilkan sesuatu karya, para peserta biasanya bebas untuk menghasilkan poster masing-masing menggunakan medium dan teknik yang mereka gemari.

Walau bagaimanapun, memandangkan poster ini bertemakan hari kemerdekaan, sebagai cadangan maka elemen-elemen berikut boleh dimasukkan dalam poster yang dihasilkan:

  • Jalur gemilang
  • Gambaran masyarakat berbilang kaum
  • Bangunan-bangunan kebanggaan Malaysia
  • Bunga kebangsaan
  • Pencapaian-pencapaian terkini negara
  • Sejarah Malaysia
  • Unsur perpanduan dan keharmonian negara

Artikel menarik: Idea Baju Merdeka Kreatif & Comel Untuk Kanak-Kanak

Poster Mewarna Merdeka

Sekiranya anda mencari poster lukisan untuk diwarna untuk anak-anak atau para pelajar, anda boleh memuat turun poster-poster bertemakan Hari Merdeka di bawah ini dan mencetaknya.

lukisan mewarna kemerdekaan
lukisan mewarna kemerdekaan
poster mewarna merdeka
lukisan sambutan kemerdekaan
mewarna hari merdeka

Kredit kepada FRs Fun Time with Mom&Dad kerana menghasilkan poster-poster mewarna yang cukup menarik dan mesra kanak-kanak ini – rujuk halaman FB mereka untuk lebih poster menarik.

Poster Grafik Merdeka

Berikut merupakan beberapa koleksi poster grafik Hari Merdeka untuk inspirasi anda menghasilkan poster anda sendiri.

grafik hari merdeka
Malaysia Madani
Sambutan hari merdeka
sejarah merdeka
poster kreatif hari merdeka
sejarah hari merdeka
poster kemerdekaan malaysia

Penghasilan pertandingan poster-poster sempena Hari Merdeka ini diharap dapat diteruskan setiap tahun bagi menyemai semangat patriotisma dan cintakan tanah air dalam kalangan muda-muda yang dilihat semakin terhakis pada masa kini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!