Liga Super 2025-2026: Jadual Perlawanan [LIVE] Liga Malaysia

Liga Super 2025
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Liga Super Malaysia ialah liga bola sepak profesional tertinggi di Malaysia yang dianjurkan oleh Malaysian Football League (MFL). Ia merupakan liga utama dalam sistem liga bola sepak Malaysia, diikuti oleh Liga M2, M3 dan seterusnya.

Musim baharu Liga Super @ Liga M bakal membuka tirainya bermula Jumaat ini dengan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Perlawanan Sumbangsih) antara JDT dan Selangor pada 8 Ogos 2025.

Jadual perlawanan terkini boleh dimuat turun melalui laman rasmi Malaysian Football League di pautan https://www.malaysianfootballleague.com/.

Siaran langsung LIVE streaming Liga Super 2025/2026 ini boleh ditonton melalui Astro Arena Bola (803, 804) & Astro GO. Manakala sedutan menarik atau ‘Key Moments’ seperti Gol, Saves, drama di penghujung permainan dan pelbagai aksi menarik semasa perlawanan sedang berlangsung boleh disaksikan secara percuma melalui aplikasi baharu MFL.

Musim kali ini dijangka lebih membara dengan kemasukan beberapa pasukan baharu serta pemain import yang berbakat.

liga malaysia liga super 2025 2026

Saingan untuk merangkul kejuaraan tidak akan mudah dengan aksi sengit dijangka berlaku di setiap perlawanan.

Namun begitu, cabaran daripada pasukan-pasukan lain juga tidak boleh dipandang sepi memandangkan banyak pasukan telah berbelanja besar bagi menguatkan pasukan masing-masing.

Ayuh kami kongsikan lebih lanjut tentang Liga Malaysia dan jadual perlawanan yang dikemaskini oleh MFL bagi musim 2025/2026.

Baca juga: Piala Sumbangsih – Sejarah & Jadual Perlawanan 2025

Senarai Pasukan Dalam Liga Super 2025-2026

liga super 2025

Liga M 2025-2026 menyaksikan 13 pasukan antara berlawanan sesama sendiri sebanyak 2 pusingan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan senarai penuh semua pasukan yang bertanding bagi musim ini:

  1. Johor Darul Ta’zim FC (JDT)
  2. Selangor FC
  3. Penang FC
  4. Kuching City FC
  5. Sabah FC
  6. Terengganu FC
  7. Negeri Sembilan FC
  8. Kelantan Darul Naim FC
  9. Kuala Lumpur City FC
  10. PDRM FC
  11. DPMM FC
  12. Melaka FC
  13. Imigresen FC

Kedudukan Terkini

Keputusan Terkini

Jadual Perlawanan Rasmi Liga Malaysia 2025-2026

Perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2025 iaitu Piala Sumbangsih dijadualkan akan berlangsung pada 8 Ogos 2025, menemukan juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Takzim dan Naib Juara Liga Super 2024, Selangor FA.

Seperti termaktub dalam undang undang Liga Malaysia, hak penganjuran Piala Sumbangsih kekal diberikan kepada juara Liga Super, dan ini bermakna JDT akan menjadi tuan rumah untuk tahun ke-10 berturut turut.

  • Tarikh : 8 Ogos 2025 (Jumaat)
  • Masa : 9.00 malam
  • Lokasi Perlawanan : Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor 

MFL turut mengeluarkan kalendar penuh saingan Liga M 2025-2026, yang memperincikan jadual untuk kejohanan melalui pautan seperti berikut: https://www.malaysianfootballleague.com/Content/Post/Watch/3776?fbclid=IwY2xjawMA515leHRuA2FlbQIxMQABHtii4Knk2FEPX9Q2sZAHruiC8FbCS8BwAqrNg76LR_2xtO7bzbI9iUxHMmNz_aem_OVbcoS-WQaHsT9bzh-M2yw

jadual perlawanan liga super M 2025 2026
jadual perlawanan liga super M 2025 2026
jadual perlawanan liga super M 2025 2026
jadual perlawanan liga super M 2025 2026
jadual perlawanan liga super M 2025 2026

LIVE Streaming / Siaran Langsung Liga Super 2025-2026

Siaran langsung LIVE streaming ini boleh ditonton melalui Astro Arena Bola (803, 804) & Astro GO.

Selain itu, peminat bola sepak juga kini boleh menyaksikan ‘key moments’ Liga M melalui platform baharu MFL secara percuma.

Buat pertama kalinya, MFL bawakan sedutan eksklusif siaran langsung hanya untuk anda!

‘Search’ Malaysian Football League atau muat turun aplikasi baharu MFL secara percuma sekarang!

https://apps.apple.com/my/app/malaysian-football-league/id6503286209
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.emerce.mfl

Kini anda boleh menonton ‘Key Moments’ seperti Gol, Saves, drama di penghujung permainan dan pelbagai aksi menarik semasa perlawanan sedang berlangsung!

Apakah bola rasmi Liga Super 2025-2026?

Bola rasmi Liga Malaysia ialah PUMA Orbita MFL 1 yang kini memasuki musim keempat penggunaannya.liga super 2025

Bilakah perlawanan Liga Super 2025-2026 akan bermula?

Musim baharu Liga Super / Liga Malaysia 2025-2026 bakal membuka tirainya bermula pada 8 Ogos 2025 ini dengan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Perlawanan Sumbangsih) antara JDT dan Selangor.

Bagaimana nak tahu keputusan terkini Liga M?

Anda boleh melayari laman web MFL (https://www.malaysianfootballleague.com/) atau mengikuti Facebook Malaysian Football League (MFL) untuk update terkini :
https://www.facebook.com/malaysianfootballleague

Dimanakah saya boleh menonton siaran langsung / live streaming Liga Super @ Liga Malaysia 2025/2026?

Siaran langsung LIVE streaming Liga M 2025/2026 ini boleh ditonton melalui Astro Arena Bola (803, 804) & Astro GO

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut