Pembukaan Lebuh Raya SUKE : Tol Percuma Selama Sebulan

Lebuh raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) secara rasminya telah dibuka kepada semua pengguna jalan raya pada 16 September 2022.

Sempena pengumuman pembukaan ini SUKE Fasa 1 ini, pengguna lebuh raya boleh menggunakan lebuh raya ini secara percuma selama 1 bulan.

Apabila siap sepenuhnya kelak, SUKE akan menghubungkan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (KL-Seremban), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE), Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Timur Lembah Klang (EKVE).

SUKE adalah lebuh raya 100 peratus berlampu dengan dilengkapi 3,377 lampu jalan LED, selain dilengkapi 40 kamera litar tertutup (CCTV), 22 telefon kecemasan dan 22 sistem pengesanan kemalangan kenderaan (VIDS) dipasang pada tiang bersepadu.

Pembukaan Lebuh Raya SUKE Fasa 1

Lebuhraya SUKE ialah laluan alternatif terbaik bagi mengelak kesesakan di MRR2!

Pembukaan ini hanya melibatkan FASA 1 lebuh raya ini:

  1. Meliputi jajaran sepanjang 16.6km dari persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke persimpangan Bukit Antarabangsa.
  2. Melibatkan 11 persimpangan dan 2 plaza tol – Tol Bukit Teratai dan Tol Ampang.
  3. 3 laluan itu berkelebaran 3.5m, dengan tambahan 3m lorong kecemasan, pada kedua-dua arah
  4. Dijangka mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang MRR2 sebanyak 30 peratus, Jalan Ampang (36 peratus) dan Jalan Loke Yew (12 peratus).

Sementara itu, baki laluan yang belu siap dijangka disiapkan pad suku pertama tahun 2023.

Laluan Lebuh Raya SUKE Fasa 1

Pembukaan Fasa 1 SUKE melibatkan jajaran 16.6km bermula dari Persimpangan Cheras-Kajang ke Persimpangan Bukit Antarabangsa.

Rujuk maklumat lanjut melalui infografik di bawah:

lebuh raya suke

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai progres projek ini, sila layari laman web rasmi SUKE di alamat http://www.mysuke.com.my/

Pemberian tol percuma

Seiring dengan pengumum pembukaan SUKE Fasa 1 ini, Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof mengumumkan laluan ini boleh dilayari secara percuma selama sebulan.

Pemberian ini secara tidak langsung memberi peluang kepada semua pengguna jalan raya merasai sendiri laluan di lebuh raya ini dan membantu mereka merancang perjalanan di masa hadapan.

Keunikan SUKE

Pembinaan SUKE yang bermula pada Ogos 2016 membabitkan kos RM5.7 bilion, mempunyai struktur jejambat lebuh raya tertinggi (jejambat bertingkat galang kekotak bersegmen (SBG)) pada ketinggian 56.4m merentasi MRT Laluan Sungai Besi-Kajang (SBK) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE).

Menariknya, ia mempunyai tanjakan ‘helikoidal’ pertama di Malaysia di persimpangan Cheras-Kajang dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Baca juga: Harga Tol PLUS & Cara Semakan Setiap Laluan Di Malaysia

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!