Kuota BUDI95 Dikurangkan Kepada 200L Sebulan

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

TERKINI : Kuota BUDI95 dikurangkan kepada 200L sebulan akibat konflik geopolitik bermula 1 April 2026. Penerima BUDI95 akan menerima kelayakan sebanyak 200L RON95 sebulan berbanding 300L sebulan pada harga bersubsidi. Pemandu e-hailing kekal menikmatri had siling 800L sebulan. Rakyat Malaysia boleh membuat semakan baki kuota RON95 dan juga sejarah transaksi secara online pada bila-bila masa saja di laman web rasmi BUDI 95 iaitu https://www.budi95.gov.my/.

Penyelarasan ini akan berkuatkuasa bermula 1 April 2026. PM menegaskan bahawa 90% rakyat tidak akan terkesan. Manakala pemandu e-hailing kekal menikmati had siling 800L sebulan.

Data Kerajaan turut menunjukkan bahawa purata penggunaan petrol oleh pemandu kenderaan persendirian adalah hanya sekitar 80 liter sebulan. Namun, Kerajaan menetapkan siling kelayakan yang lebih tinggi bagi mengambil kira julat dan taburan penggunaan mengikut individu.

Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi, terdapat beberapa pelaksanaan yang turut ditetapkan bagi pengisian diesel secara sementara di Sabah dan Sarawak bagi mengekang ketirisan dan penyeludupan:

  1. Kenderaan ringan pengangkutan darat awam barangan dan persendirian: maksimum 50 liter setiap pembelian
  2. Kenderaan pengangkutan darat awam dan barangan tidak melebihi 3 tan : maksimum 100 liter setiap pembelian
  3. Kenderaan melebihi 3 tan: maksimum 150 liter setiap pembelian

Usaha-usaha lain seperti waktu kerja anjal dan penetapan Bekerja Dari Rumah (BDR) masih dalam perbincangan diperingkat kerajaan.

Kenapa Ada Had Kuota BUDI95 Untuk Rakyat Malaysia?

Penetapan kuota ini adalah penting untuk mengelakkan subsidi disalahguna oleh pihak yang tidak sepatutnya. Selama puluhan tahun, subsidi tanpa had telah menjadi sasaran penyeludupan ke negara jiran di mana harga minyak jauh lebih mahal. Begitu juga penggunaan berskala besar oleh syarikat komersial yang menikmati subsidi murah untuk keuntungan perniagaan. Dengan mekanisme baharu, subsidi akan benar-benar sampai kepada rakyat Malaysia, dan tidak lagi bocor keluar dari sistem.

Sekiranya diperlukan, penyesuaian akan dibuat termasuk pertimbangan menambah kelayakan untuk kumpulan tertentu.

Semakan Baki Kuota RON95 & Sejarah Transaksi BUDI95

Tahu tak, anda boleh buat semakan baki kuota RON95 secara online pada bila-bila masa saja di laman web rasmi BUDI 95 iaitu https://www.budimadani.gov.my/.

Selain itu, laman web ini juga membolehkan anda membuat semakan sejarah transaksi.

Untuk membuat semakan baki kuota RON95 anda, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman web https://www.budimadani.gov.my/.
  2. Klik pada butang ‘Semak Kelayakan Individu’
  3. Isikan maklumat no kad pengenalan anda
  4. Baki kuota BUDI95 anda akan dipaparkan.

Untuk membuat semakan sejarah transaksi pula, anda perlu login menggunakan MyDigital ID. Langkah-langkahnya mudah saja :

  1. Layari laman web https://www.budimadani.gov.my/.
  2. Klik pada butang ‘Semak Sejarah Transaksi’ (lihat paparan gambar di bawah)
  3. Kod QR MyDigital ID akan dipaparkan. Anda perlu scan kod QR tersebut menggunakan aplikasi MyDigital ID. (Kalau belum download, sila download dulu di SINI)
  4. Sejarah transaksi BUDI95 anda akan dipaparkan.
semakan kuota budi95 ron95
semakan kuota budi95 ron95
Ini contoh kod QR yang perlu anda scan dengan menggunakan aplikasi MyDigital ID.

Lepas dah scan, anda akan dapat tengok sejarah pembelian RON95 anda pada bulan tersebut.

semakan kuota budi95 ron95

Jadi, apa tunggu lagi. Jangan lupa download MyDigital ID. Sebab sekarang ni kalau nak guna MyJPJ, MyBayarSaman, semua dah guna MyDigital ID juga. Kalau dah tahu nak check, mudahlah anda nak buat pembelian petrol RON95 setiap bulan atau merancang perjalanan anda.

Apa Akan Jadi Kalau Kita Beli RON95 Melebihi Kuota?

Anda boleh membeli kuantiti melebihi kuota yang diperuntukkan iaitu 200L buat masa ini. Sekiranya baki anda telah habis digunakan, baki jumlah pembelian akan ditetapkan pada harga pam (iaitu harga minyak tanpa subsidi kerajaan).

Bilakah Kuota BUDI95 Akan Diperbaharui?

Jumlah kelayakan 200L RON95 bersubsidi tersebut akan diperbaharui secara automatik pada setiap awal bulan, iaitu 1haribulan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk soalan lazim FAQ melalui portal rasmi BUDI MADANI atau menghubungi talian bantuan di 1-300-88-9595 atau melalui Whatsapp di 03-2631 4595 untuk maklumat lanjut.

Siapakah individu yang layak untuk menerima BUDI95?

Semua warganegara Malaysia dengan lesen memandu aktif layak, iaitu:
a.    mempunyai lesen memandu aktif bagi jenis lesen seperti berikut:
Lesen Memandu Kompeten (CDL) (Kelas kenderaan A, A1, B, B1, B2, C, D dan DA); atau
Lesen Memandu Percubaan (PDL) (Kelas kenderaan A, A1, B, B1, B2, C, D dan DA); atau
Lesen Belajar Memandu (LDL) (Kelas kenderaan A, B, B1, B2 dan C);

DAN
b.    pemegang Kad Pengenalan warganegara Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai jenis lesen memandu dan kelas kenderaan, sila layari portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di https://www.jpj.gov.my/pusat-media-3/informasi-perkhidmatan-jpj/

Bolehkah jumlah BUDI95 ahli keluarga saya (contoh: anak) dipindahkan kepada saya jika perlu?

Jumlah BUDI95 yang diberikan adalah khusus untuk penggunaan individu yang layak dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain bagi mengelakkan ketirisan.

Bagaimanakah cara untuk menyemak kelayakan BUDI95?

Anda boleh melayari laman portal rasmi www.budimadani.gov.my atau https://www.budi95.gov.my

Anda boleh menghubungi talian pusat khidmat BUDI MADANI melalui e-mel [email protected] atau nombor telefon 1300-88-9595 bagi semakan kelayakan.

Anda juga boleh menghubungi talian WhatsApp +603-2631 4595 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Selain itu, anda boleh menggunakan aplikasi TNG e-Wallet ataupun aplikasi syarikat minyak dan lakukan proses e-KYC dalam aplikasi berkenaan untuk semakan BUDI95.

Apakah rasional di sebalik penetapan kelayakan bulanan sebanyak 300 liter dan bagaimana ianya ditentukan?

Penerima BUDI95 akan menerima kelayakan sebanyak 300 liter RON95 sebulan pada harga bersubsidi. Jumlah ini ditetapkan berdasarkan data Kerajaan yang menunjukkan ia mencukupi bagi lebih 99% pengguna kenderaan persendirian.
Data Kerajaan turut menunjukkan bahawa purata penggunaan petrol oleh pemandu kenderaan persendirian adalah hanya sekitar 80 liter sebulan. Namun, Kerajaan menetapkan siling kelayakan yang lebih tinggi bagi mengambil kira julat dan taburan penggunaan mengikut individu.
Penetapan kelayakan ini juga penting untuk mengelakkan subsidi disalahguna oleh pihak yang tidak sepatutnya. Selama puluhan tahun, subsidi tanpa had telah menjadi sasaran penyeludupan ke negara jiran di mana harga minyak jauh lebih mahal. Begitu juga penggunaan berskala besar oleh syarikat komersial yang menikmati subsidi murah untuk keuntungan perniagaan. Dengan mekanisme baharu, subsidi akan benar-benar sampai kepada rakyat Malaysia, dan tidak lagi bocor keluar dari sistem.
Sekiranya diperlukan, penyesuaian akan dibuat termasuk pertimbangan menambah kelayakan untuk kumpulan tertentu.
NOTA: Kuota telah dihadkan kepada 200L sementara krisis geopolitik di Timur Tengah buat masa ini.

Apakah harga RON95 tanpa subsidi setelah program ini berkuatkuasa?

Harga pam RON95 tanpa subsidi akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dengan merujuk kepada Mekanisme Harga Automatik (APM). Melalui formula APM, harga pam RON95 akan mengambil kira pergerakan harga pasaran dan pada masa yang sama Kerajaan akan mengelakkan kesan turun naik harga pam yang berlebihan (excessive volatility).
Sila rujuk notis Kementerian Kewangan Malaysia di artikel Harga Petrol RON95 / RON97 & Diesel  untuk harga terkini.

Bolehkah saya menggunakan kuota BUDI95 untuk kegunaan kereta orang lain?

Ya, anda boleh membeli BUDI95 untuk kegunaan mana-mana kereta berpendaftaran tempatan sekiranya anda layak dan mempunyai baki yang mencukupi.

Mengapa harga RON95 di pam lain daripada harga RON95 yang dicetak di resit?

Harga yang dipaparkan di pam merupakan harga tanpa subsidi yang ditetapkan oleh mekanisme apungan harga (APM) manakala harga di resit (RM1.99/liter) merupakan harga BUDI95 (dengan subsidi Kerajaan). Harga di pam adalah harga untuk dibayar jika tiada subsidi BUDI95.

Bolehkah saya isi penuh dan bayar kemudian?

Tidak. Sistem pembelian petrol BUDI95 menetapkan pembayaran dahulu sebelum anda boleh mengisi minyak agar harga minyak dibeli dan nilai baki BUDI95 yang digunakan jelas.

Jika kuantiti yang dibeli melebihi kapasiti kenderaan saya, adakah saya akan mendapat kembali lebihan jumlah baki BUDI95 yang ditempah?

Ya, apabila anda membeli lebih dari jumlah yang diisi, baki amaun yang dibayar akan dipulangkan melalui cara pembayaran asal dan baki yang tidak digunakan akan dikembalikan kepada baki bulanan anda.

Adakah Kerajaan menetapkan sebarang had kuota BUDI95 pengisian minyak RON95 secara harian bagi rakyat di bawah BUDI95?

Tiada sekatan dikenakan terhadap pengisian minyak lebih daripada sekali sehari. Namun begitu, Kerajaan akan terus memantau corak penggunaan dengan teliti untuk mengelakkan penyalahgunaan.

Adakah terdapat had pembelian BUDI95 dalam satu transaksi?

Setiap pengguna yang layak akan mempunyai jumlah BUDI95 secara bulanan. Pengisian yang dibenarkan adalah ke tangki asal kenderaan sahaja, berdasarkan Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) kecuali untuk kes kecemasan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut