Urut Zakar dan Kesannya Pada Kesihatan Seksual Lelaki

Kaum lelaki akan mencuba pelbagai alternatif untuk mencapai kepuasan seksual untuk diri serta pasangan termasuklah urut zakar.

Terdapat satu kaedah urutan zakar yang cukup popular dalam kalangan kaum Adam iaitu teknik Jelqing.

Teknik ini dikatakan dapat membantu untuk melatih menampung darah serta mengekalkan ereksi zakar.

Apakah teknik Jelqing dan sejauh manakah keberkesanannya? Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

urut zakar

Apa Itu Teknik Jelqing?

Teknik Jelqing ialah sebuah kaedah urut zakar yang melibatkan urutan serta regangan zakar (mirip pergerakan melancap) bermula di bahagian tengah zakar (ketika tegang).

Tujuan urutan teknik Jelqing ini adalah bagi menggalakkan penghantaran darah yang kaya dengan nutrien kepada bahagian zakar, membantu proses pemulihan otot zakar (yang secara teorinya akan menjadikan saiz zakar lebih besar) serta menggalakkan darah mudah berkumpul untuk ereksi yang lebih panjang dan besar.

Menerusi daya yang sederhana atau sedikit kuat, urutan ini akan mengakibatkan kekoyakan tisu pada skala mikro pada tisu dalaman zakar (micro-tear).

Keberkesanan teknik Jelqing ini dikatakan terletak kepada teknik pegangan atau genggaman zakar yang tepat.

Berbanding melancap, teknik ini menggunakan kedua-dua belah tangan dengan pergerakan yang perlahan.

Cara genggamannya pula adalah dengan membuat bentuk ‘OK’ dan genggam zakar anda dalam lubang tersebut.

urut zakar

Cara Urut Zakar Menggunakan Teknik Jelqing

Teknik Jelqing terbahagi kepada tiga iaitu Warm-up Routine, Urutan dan Cool Down Routine

Warm-Up Routine

  1. Mandi menggunakan air panas atau suam.
  2. Dapatkan zakar dalam keadaan separa tegang (belum mencapai ereksi penuh).
  3. Seterusnya, balutkan zakar menggunakan tuala suam dalam tempoh 15 minit.

Urutan Zakar

Setelah selesai rutin persediaan, anda kini bersedia untuk memasuki rutin urut zakar tanpa menggunakan minyak.

  1. Pertama, sapukan cecair pelincir berasaskan air. Sesetengah mengesyorkan penggunaan gel aloe vera untuk Jelqing.
  2. Buat simbol ‘OK’ menggunakan jari telunjuk dan ibu jari (bahagian tangan kanan).
  3. Genggam zakar pada bahagian yang paling dekat dengan perut/tulang pelvis anda (bahagian tunjang zakar).
  4. Sambil mengekalkan kekuatan genggaman, gerakkan genggaman tersebut perlahan-lahan ke bahagian depan / hujung zakar atau bahagian pembahagi (sekiranya anda berkhatan).
  5. Pergerakan ini perlu dilakukan dalam tempo yang perlahan, ambil masa sekitar 3 saat dari dasar zakar ke bahagian hujung.
  6. Sekiranya anda rasa tidak selesa apabila sampai ke bahagian kepala zakar, elakkan atau jangan genggam terlalu kuat di bahagian tersebut.
  7. Seterusnya, lakukan kitaran yang sama (bermula daripada langkah 2 hingga 6)
  8. Teruskan berganti tangan sehingga mencapai sekitar 50 kitaran. Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada pasangan anda untuk lakukannya secara bergilir-gilir.
  9. Bagi cubaan kali pertama, anda boleh mulakan dahulu dengan 20 kitaran agar zakar anda mampu bersedia dengan tekanan daripada genggaman.
  10. Anda juga boleh perlahan-lahan tingkatkan bilangan kitaran pada sesi-sesi berikutnya apabila sudah selesa dan mampu menahan teknik urutan zakar ini.
  11. Setelah anda selesai membuat urutan mengikut kitaran lengkap, kini anda boleh memasuki fasa terakhir iaitu cool-down routine.

Cood-Down Routine

  •  Rendamkan tuala dalam air suam dan gunakannya untuk balutkan zakar anda.
  • Berehat dan biarkan balutan pada zakar untuk tempoh sekitar 5 hingga 10 minit.

Tips Lakukan Teknik Jelqing

Seperti regangan tubuh lain, urutan di bahagian sulit ini juga perlu dilakukan secara berhati-hati.

Antara tips yang anda boleh ikuti adalah :

  • Duduk atau baring ketika melakukannya
  • Jangan lakukan urutan ini lebih daripada dua kali sehari. Ini bagi mengelakkan kecederaan yang tak diingini.
  • Berbincang dengan doktor terlebih dahulu sekiranya anda ingin amalkan urutan ini pada tempoh yang lama.

Anda juga dinasihatkan untuk berhenti buat urutan zakar sekiranya mengalami simptom-simptom seperti berikut :

  • Rasa sakit atau tidak selesa
  • Kegatalan
  • Kulit berubah warna akibat lebam
  • Tompok merah muncul di bahagian hujung
  • Rasa kebas

Adakah Urut Zakar Berkesan?

Segelintir yang pernah mencuba mengatakan ia berkesan bukan sahaja untuk meningkatkan saiz dan ukuran zakar, bahkan mampu meningkatkan keupayaan zakar untuk tahan lebih lama zakar ketika melakukan seks.

Anda boleh cuba urut zakar, namun jangan pula anda harapkan kesan serta merta. Tambahan pula, tiada bukti saintifik yang mengatakan teknik jelqing ini berkesan untuk semua lelaki.

Untuk merawat masalah seksual dengan selamat, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat  daripada doktor di klinik atau hospital.

Sumber : Hellodoktor, Healthline

Baca Juga : Urut Batin : Maksud, Manfaat & Risiko Untuk Lelaki

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!