Cara Kira CGPA UiTM (Result Pointer)

Bagi pelajar UiTM, anda perlulah tahu mengira CGPA anda bagi memudahkan anda mengetahui prestasi semasa akademik anda untuk subjek-subjek yang sedang diambil.

Kebiasaannya, kita akan memanggil CGPA ini sebagai pointer jadi jangan hairan dan peliklah sekiranya anda yang bertanyakan “berapakah pointer anda?”.

Mengetahui cara mengira CGPA UiTM anda penting kerana banyak syarikat akan melihat jumlah CGPA anda sebelum memanggil anda untuk menghadiri temuduga kerja di syarikat mereka.

Jangan risau, hendak mengira CGPA bukanlah satu perkara yang sukar malah kini sudah ada kalkulator dalam talian yang memudahkan kerja-kerja pengiraan ini.

Namun, anda perlulah mengetahui terlebih dahulu bagaimana CGPA dikira bagi memudahkan anda merancangan strategi dan menetapkan target markah berapakah yang anda perlu dapat untuk mencapai CGPA yang diingini.

Perbezaan Antara GPA Dan CGPA

Pertama sekali, anda haruslah tahu perbezaan antara kedua terma ini – GPA dan CGPA.

GPA merupakan akronimm atau singkatan bagi Gred Point Average.

CGPA pula merupakan akronim atau singkatan bagi Cumulative Gred Point Average.

Secara ringkasnya, GPA adalah pointer anda untuk sesuatu semester itu sahaja.

Sementara itu, CGPA pula adalah “cumulative” iaitu kumulatif/pertambahan point GPA untuk setiap semester sehingga semester terkini.

Contoh mudah:

  1. Sem 1: GPA anda adalah 4.0
  2. Sem 2: GPA anda adalah 3.0. Maka, CGPA anda ketika Sem 2 adalah 3.5 kerana mengambil kira GPA Sem 1 dan 2. Namun, kiraan ini hanya betul sekiranya jumlah mata kredit bagi subjek yang diambil kedua-dua semester adalah sama.

Gred & Markah CGPA UiTM

Setiap markah yang diperolehi dalam setiap subjek akan diberikan gred dan pointer.

Sesetengah universiti menggunakan gred dan pointer yang berlainan dan berikut merupakan gred dan pointer CGPA yang digunakan oleh pihak UiTM.

CGPA UiTM

Kredit: https://fka.uitm.edu.my/images/postgraduate/forms_coursework/Academic_Rules_and_Regulations_for_Postgraduate_(Coursework).pdf

Contoh Pengiraan GPA

Andaikah di bawah ini adalah keputusan ujian Sem 1 anda:

SubjekKreditGredMata NilaiJumlah Mata Nilai
Subjek 13B3.09.00
Subjek 23B3.09.00
Subjek 33A-3.7011.10
Subjek 42A-3.707.40
Subjek 52B-2.705.40
Subjek 62B-2.705.40
Subjek 72B+3.306.60

Pengiraan GPA bagi Sem 1:

GPA = (Hasil tambah Jumlah Mata Nilai) / (Hasil tambah Jumlah Kredit)

GPA = (9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60) / (3+3+3+2+2+2+2)

GPA: 3.17 (Sem 1)

Nota: Simbol sempang “/” adalah bermaksud operasi “bahagi” dalam matematik.

Contoh Pengiraan CGPA UiTM

Setelah anda faham caraan kiraan GPA UiTM, maka lebih mudah anda memahami cara kiraan CGPA pula.

CGPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester / Hasil tambah semua kredit bagi semua semester

Lihat penerangan oleh Pn Sha- Perunding Pendidikan seperti di bawah:

Kredit: Kredit/Sumber : http://sgkkclo.blogspot.com/…/cara-nak-kira-gpa-dan…

Dalam pengiraan GPA dan CGPA ni yang penting ada beberapa perkara yang perlu anda tahu iaitu

1. Gred dan Mata Nilai Gred
2. Jam kredit/unit kredit/pemberat matapelajaran/subjek ( Boleh dirujuk pada pelan pengajian program masing2 – bahagian akademik IPT anda)
3. Jumlah Mata Nilai = Mata Nilai Gred x Unit Kredit
4.GPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata/(bahagi) NilaiHasil tambah semua kredit
5.CGPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester /(bahagi) Hasil tambah semua kredit bagi semua semester

Berikut adalah contoh gred dan mata nilai gred .

Gred Mata Nilai Gred
——– ———————–
A+ 4.00
A 4.00
A- 3.70
B+ 3.30
B 3.00 
B- 2.70
C+ 2.30
C 2.00
C- 1.70
D+ 1.30
D 1.00
E 0.70
F 0.00

Gambar adalah contoh Jam /Unit Kredit . Biasanya nilainya ialah 1.00 -12.00 

****

Berikut adalah Contoh Kiraan GPA

Keputusan Semester 1

Sub Kredit Gred M.Nilai Jum.MNilai  
Gred
—– ——— —— ———- ——————
Prog. For.. 3 B 3.00 9.00 
Statics. 3 B 3.00 9.00 
Thermo dyn. 3 A -3.70 11.10 
Laboratory 2 A -3.70 7.40 
Calculus. 2 B- 2.70 5.40 
English For 2 B- 2.70 5.40 
Islamic And 2 B+ 3.30 6.60 

Pengiraan GPA Bagi Semester 1 :-
GPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai /Hasil tambah semua kredit

GPA=9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60 /3+3+3+2+2+2+2

GPA = 53.90/17
GPA sem 1 = 3.17  

Keputusan Semester 2

Sub Kredit Gred M.Nilai Jum.MNilai  
Gred
—– ——— —— ———- ——————
Dynamics 3 B 3.00 9.00 
EngineeringD. 3 B+ 3.30 9.90 
Material Sc. 3 C- 1.70 5.10 
Engineer.Mat. 3 B- 2.70 8.10 
Islamic And. 2 B- 2.70 5.40 
Swimming I. 1 A 4.00 4.00 

Pengiraan GPA Bagi Semester 2 :-

GPA=9.00+9.90+5.10+8.10+5.40+4.00 /(3+3+3+3+2+1)

GPA. =41.50/15
GPA sem 2. =2.77  

Sekarang anda dah tahu macam mana nak kira GPA. Sekarang kita tengok pulak cara nak kira CGPA.

Pengiraan CGPA Bagi Semester 1:-
Untuk semester pertama, nilai CGPA dan GPA adalah sama kerana purata diperoleh dengan mengira keputusan satu semester sahaja iaitu semester 1. Oleh itu CGPA = GPA untuk semester pertama sahaja.

CGPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester/ Hasil tambah semua kredit bagi semua semester

CGPA. =53.90/17
CGPA sem 1 =3.17  

Pengiraan CGPA Bagi Semester 2 :-
Pada semester kedua, nilai CGPA diperoleh dengan mendapatkan purata bagi keputusan kedua-dua semester iaitu semester 1 dan 2.

CGPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester/ Hasil tambah semua kredit bagi semua semester

CGPA =53.90+41.50/(17+15)
CGPA =95.40/ 32
CGPA sem 2. =2.98

****
Kalau nak kira CGPA sem 3 sama je guna formula diatas yang penting tengok JUM mata gred sem semasa dan sem berikutnya serta jumlah kredit

Contoh JUM mata Gred sem 3 = 60.00
Jum kredit sem 3 = 15
CGPA sem 3. = 53.90 + 41.50 + 60.00 / (17 + 15 + 15)
CGPA sem 3. =155.40/(47) = 3.306 (Bundarkan kpd 2 titik perpuluh)
CGPA sem 3. = 3.31

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!