Khasiat Habbatus Sauda dan Cara Makan Yang Betul

Tahukah anda, khasiat habbatus sauda memberi sumbangan yang sangat besar kepada kesihatan manusia?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat habbatus sauda yang perlu anda tahu dan cara memakannya yang betul.

Baca juga:

Apa itu habbatus sauda?

Habbatus sauda atau juga dikenali sebagai Nigella Sativa, jintan hitam dan black cumin adalah salah satu dari makanan sunnah yang sangat dalam kalangan masyarakat beragama Islam.

Mengikut sejarah, habbatus sauda sudah sangat meluas digunakan dalam perubatan tradisional dan komplementari selama berabad-abad lamanya.

Dalil tentang khasiat habbatus sauda

Disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah R.A,

إِنَّ هَذِهِ الحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا مِنَ السَّامِ، قُلْتُ: وَمَا السَّامُ؟ قَالَ: المَوْتُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Habbatussauda’ adalah penawar bagi segala penyakit, melainkan al-Saam. Aku bertanya: Apakah al-Saam itu? Baginda SAW menjawab: Kematian”. – (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 5687)

Cara makan yang betul

Kitab Fathul Bari oleh Ibn Hajar al-Asqalani, iaitu huraian kepada Sahih Bukhari menyebutkan beberapa kegunaan habbatus sauda sebagai penawar.

Antaranya ialah apabila ia dihancurkan menjadi serbuk dan dibalut dengan kain, kemudian dihidu aromanya, boleh membantu orang yang mengalami selsema akibat cuaca sejuk.

Selain itu, turut disebutkan bahawa sekiranya habbatus sauda dimasak bersama-sama cuka, kemudian digunakan untuk berkumur, ia dapat membantu melegakan sakit gigi.

Khasiat habbatus sauda pada kesihatan

Khasiat Habbatus Sauda

1. Anti-radang

Biji habbatus sauda mengandungi bahan yang dapat mengurangkan keradangan dalam tubuh, yang mana ia membantu mengatasi masalah seperti arthritis dan penyakit radang usus.

2. Menyokong kesihatan otak

Habbatus sauda mempunyai potensi untuk meningkatkan fungsi otak dan melindungi daripada penyakit neurologikal.

3. Memulihkan sistem pencernaan

Habbatus sauda dapat membantu mengurangkan masalah pencernaan seperti kembung, loya, dan sembelit, serta membantu menggalakkan sistem pencernaan yang sihat.

4. Mengurangkan risiko diabetes

Penyelidikan awal menunjukkan bahawa habbatus sauda boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah, menjadikannya berguna dalam mengurangkan risiko diabetes jenis 2.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa minyak habbatus sauda memberi manfaat untuk menstabilkan paras gula dalam darah.

Dalam kata lain, habbatus sauda boleh membantu meningkatkan pelbagai penanda kawalan gula darah, termasuk paras insulin dan paras gula dalam darah semasa berpuasa dan selepas makan.

5. Mengurangkan tahap kolestrol

Habbatus sauda boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol LDL (kolesterol jahat) dalam darah, serta membantu menjaga kesihatan kardiovaskular.

Kaum wanita yang menggabungkan suplemen habbatus sauda dengan diet rendah kalori mampu untuk menurunkan tahap kolesterol mereka dengan lebih banyak daripada wanita yang tidak mengambil suplemen tersebut.

6. Tinggi dengan antioksidan

Habbatus sauda mengandungi antioksidan yang kuat, seperti thymoquinone, yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Ini secara tidak langsung boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung.

7. Melegakan selesema dan hidung tersumbat

Ia juga seringkali dijadikan sebagai bahan rawatan alami untuk membantu melegakan selesema dan hidung tersumbat. 

Caranya mudah sahaja, anda perlu hancurkannya sehingga menjadi serbuk dan kemudian, balut serbuk habbatus sauda tersebut dengan kain bersih. Dengan menghidu aromanya, ia boleh membantu melegakan selsema akibat cuaca sejuk dan hidung tersumbat. 

8. Melegakan sakit gigi

Sakit gigi adalah merupakan salah satu sakit yang tidak tertahan peritnya. Oleh itu, sekiranya anda tiba-tiba sakit gigi dan tidak mempunyai ubat berkaitan, anda boleh cuba gunakan habbatus sauda sebagai bahan rawatan. 

Anda hanya perlu masak ia bersama-sama cuka, kemudian gunakan untuk berkumur-kumur. Lakukan berkali-kali sehingga sakit gigi anda berkurangan. 

9. Anti-penuaan 

habbatussauda mengandungi vitamin B dan zat besi yang boleh membantu melambatkan proses penuaan. Ia juga dipercaya dapat mencegah pembentukan pigmen dan kedutan. 

10. Mengurangkan sindrom PMS dan migrain 

Sekiranya anda sering mengalami sakit kepala serta sindrom-sindrom PMS yang teruk, anda boleh cuba amalkan habbatusauda. Hal ini kerana beberapa kandungan dalamnya mampu melegakan kesakitan anda. 

11. Meningkatkan kesihatan mental

Minyak habbatus sauda juga dapat membantu mengurangi stres dan rasa cemas. Ia juga berpotensi untuk membantu dalam mengurangkan gejala-depresi.

Tips sebelum membeli

Khasiat Habbatus Sauda

Hari ini untuk dapatkan habbatus sauda tidak sukar kerana banyak dijual di pasaran. Namun yang menjadi masalahnya adalah bagaimanakah cara untuk menentukan sama ada produk tersebut asli atau tidak.

Dr. Rizal Abu Bakar berkongsi, menurutnya untuk membeli habbatus sauda anda perlu periksa kandungan Thymoquinone(TQ) yang terdapat di dalamnya terlebih dahulu.

Thymoquinone adalah sejanis komponen dalam habbatus sauda yang tinggi antioksidan, bersifat anti kanser, antibakteria, antimutagenik dan anti-radang. 

Sebaik-baik habbatus sauda adalah yang mengandungi lebih dari 30mg Thymoquinone atau sekurang kurangnya 3% daripadanya.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa banyak manfaat yang boleh kita perolehi dari habbatus sauda ini dengan kajian saintifik, perubatan dan pendapat para ulama.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat habbatus sauda dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan Berpanjangan. Taqwa.my
  2. Khasiat Habbatus Sauda, Mampu Menyembuhkan Pelbagai Penyakit? My Sihat
  3. Black Seed Oil: Health and Beauty Benefits. Healthline
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!