Permohonan Bantuan Khairat Kematian RM1000 Disebabkan COVID19

Kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan bantuan khairat kematian berjumlah RM 1,000 kepada rakyat Selangor yang meninggal dunia disebabkan Covid19, selaras dengan inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0.

Di sini dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk maklumat bersama.

Apakah Khairat Kematian COVID19 Kita Selangor?

Inisiatif ini merupakan sumbangan khairat kematian yang diberikan kepada keluarga pesakit COVID19 yang meninggal dunia pada tahun 2021 bagi membantu meringankan beban mereka.

Bantuan ini diumumkan melalui Pakej Selangor Kita 2.0 oleh Menteri Besar Selangor.

Baca juga: SISM40 : Skim Internet Selangor M40 – Pakej Keluarga, Bujang & Asas

Syarat Permohonan Khairat Kematian COVID19 Kita Selangor 2.0

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon (waris terdekat) dan juga yang meninggal dunia (si mati) merupakan anak kelahiran Negeri Selangor dan menetap di Negeri Selangor ATAU bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun
  3. Disahkan meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 oleh hospital/klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian
  4. Meninggal dunia di negeri Selangor
  5. Meninggal dunia pada tahun 2021 dan ke atas sahaja
  6. Terhad hanya kepada 1 permohonan bagi 1 keluarga sahaja
  7. Bantuan ini terhad kepada 1,500 orang penerima sahaja
Bantuan khairat kematian covid19

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diperuntukkan ialah RM1000 bagi setiap waris / keluarga terdekat.

Kerajaan Negeri mengutamakan waris terdekat seperti berikut:

  • Sekiranya berkahwin : suami atau isteri si mati
  • Sekiranya belum berkahwin : ibu atau bapa si mati atau adik beradik sekiranya ibu/bapa uzur
  • Ibu/bapa tunggal : ibu atau bapa si mati atau anak berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai akaun bank.

Tarikh Permohonan / Bantuan Khairat Kematian COVID19 RM1000

Permohonan bagi bantuan ini akan dibuka bermula 12 Julai 2021 sehingga 12 Ogos 2021 atau sehingga habis peruntukan inisiatif ini.

Cara Permohonan

Permohonan bantuan khairat kematian ini boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.selangorprihatin.com.

Waris hendaklah memastikan segala keterangan dan dokumen yang dikemukakan adalah benar, sahih dan tepat.

Pihak Kerajaan Negeri berhak membatalkan permohonan sekiranya didapati maklumat dan dokumen yang dikemukakan adalah tidak benar atau melanggar
syarat permohonan.

Kaedah Pembayaran

Penyaluran bantuan RM1,000 akan dikreditkan terus ke akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranya maklumat permohonan yang diterima adalah lengkap.

Baca juga: Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Hari, Maksimum 14 Hari

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini boleh disalurkan menerusi talian hotline 24 jam, 1-800-22-6600.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!