SISM40 : Skim Internet Selangor M40 – Pakej Keluarga, Bujang & Asas

Golongan M40 di negeri Selangor boleh memohon Skim Internet Selangor (SISM40) yang ditawarkan kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) mulai 1 Julai 2021.

Inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka negara iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui perkhidmatan unifi yang mana kerajaan negeri memperuntukkan subsidi Internet khusus kepada M40.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, skim berkenaan melengkapi inisiatif kerajaan negeri yang diperkenalkan sebelum ini.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang pakej internet yang ditawarkan melalui program ini.

Apakah SISM40 ?

SISM40 atau Skim Internet Selangor M40 merupakan pakej insentif internet di bawah Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) Pakej ini menawarkan rebat penjimatan sebanyak RM120 hingga RM360 setahun.

Pakej ini terbuka bagi pendaftaran baharu pelan jalur lebar unifi Home sahaja.

Baca juga: Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40: RM300 Peranti, RM180 Data

Syarat Permohonan SISM40

Permohonan Skim Internet Selangor M40 adalah terbuka untuk:

  • Semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya lima (5) tahun ke atas
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Tidak disenarai HITAM oleh mana-mana penyedia perkhidmatan telekomunikasi
  • Pakej ini adalah untuk langganan baharu sahaja dan TIDAK SAH untuk pelanggan jalur lebar unifi Home sedia ada (dalam kontrak)
  • Satu (1) isi rumah layak memohon satu (1) pakej sahaja
  • Bagaimanapun, pelanggan unifi Lite (streamyx) sedia ada boleh memohon pakej ini
  • Khusus untuk kumpulan M40 (Pendapatan isi rumah RM4,851 – RM10,970)

Pakej Yang Ditawarkan

Terdapat lapan (8) pakej tawaran SISM40 melalui Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas.

Rujuk perincian setiap pakej seperti berikut:

i) PAKEJ KELUARGA

sism40

PAKEJ BUJANG

sism40

PAKEJ ASAS

Cara Permohonan / Pendaftaran SISM40

Pendaftaran boleh dibuat melalui :

  • Laman sesawang SISM40 https://www.sism40.com.my/
  • Di semua 56 buah Pejabat DUN Selangor
  • Talian bantuan di 03-5030 4595/4596
    (9.00pg – 5.00ptg : Isnin – Jumaat) kecuali pada cuti umum.

Tempoh / Tarikh Permohonan

  • SISM40 ini terbuka untuk permohonan selama (1) tahun bermula dari 1 Julai 2021 sehingga 30 Jun 2022.
  • Peringkat permulaan tempoh permohonan bermula dari 1 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021.

Bayaran Pendahuluan

  • Terdapat caj bayaran pendahulan untuk perkhidmatan jalur lebar unifi Home sebanyak RM100.
  • Bayaran pendahuluan perlu dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan. Pelanggan akan dimaklumkan mengenai pembayaran yang telah dibuat melalui SMS dan akan dipaparkan dalam bil mereka yang berikutnya.
  • Sementara itu, bayaran pendahuluan untuk pelan mudah alih perlu dibuat semasa pendaftaran (untuk nombor baharu) dan tiada caj bagi pengekalan nombor sedia ada (Mobile Number Portalibity – MNP).
sism40

Semakan Kelulusan

  • Sekiranya permohonan anda diluluskan, anda akan diberitahu melalui e-mel dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Pelanggan akan dimaklumkan melalui alamat emel yang diberikan semasa pendaftaran.
  • Semakan juga boleh dibuat di laman sesawang SISM40 https://www.sism40.com.my

Kontrak

  • Dengan memilih salah satu daripada tawaran ini, anda akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan.
  • Sekiranya anda memilih untuk menamatkan langganan pelan jalur lebar sebelum tempoh kontrak selama 24 bulan berakhir, bayaran penalti sebagai tambahan kepada baki bulan akan dikenakan.
  • Namun, tiada sebarang kontrak dikenakan bagi pelan mudah alih.

Baca juga: Cara Daftar Netflix Malaysia, Harga Pelan Langganan & Pembatalan Akaun

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila dapatkan maklumat lanjut berkenaan syarat kelayakan dan proses pendaftaran melalui laman sesawang https://www.sism40.com.my/ atau di talian bantuan 03-5030 4595/4596 (Isnin –Jumaat 9.00 pagi – 5.00 petang) kecuali pada cuti umum.

ATAU

  1. Sembang Langsung di https://unifi.com.my/chat/index.html atau melalui aplikasi myunifi
  2. Komuniti di https://community.unifi.com.my/
  3. Facebook di https://www.facebook.com/weareunifi/
  4. Twitter di @helpmeunifi
  5. Cawangan TMpoint yang terdekat

Rujuk soalan lazim di bawah:

Apa itu SISM40?

SISM40 atau Skim Internet Selangor M40 merupakan pakej insentif internet di bawah Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM).
Pakej ini menawarkan rebat penjimatan sebanyak RM120 hingga RM360 setahun.
Pakej ini terbuka bagi pendaftaran baharu pelan jalur lebar unifi Home sahaja.

Bolehkah saya mendaftar lebih daripada satu akaun?

Ya Boleh. Pelanggan boleh memohon lebih dari satu (1) akaun bagi pemasangan di alamat kediaman yang berbeza.

Bolehkah saya melanggan perkhidmatan nilai tambah (VAS)?

Anda boleh melanggan perkhidmatan nilai tambah (VAS) untuk pelan sedia ada.
Pendaftaran boleh dilakukan melalui unifi.com.my atau aplikasi myunifi. Anda juga boleh membuat permohonan di TMpoint berdekatan.
Perkhidmatan VAS seperti penggalak Wi-Fi (Mesh Wifi) atau unifi Plus Box tidak termasuk di dalam tawaran promosi satu (1) bulan langganan percuma ini.

Bolehkah saya memindahkan pelan unifi saya kepada orang lain?

Tidak. Sebarang pertukaran atau pemindahan hak milik tidak dibenarkan sepanjang tempoh kontrak di bawah SISM40.

Sekiranya anda ingin meneruskan pindah milik, harga bagi talian mudah alih akan bertukar kepada harga komersial sekiranya anda tidak mempunyai akaun jalur lebar unifi Home yang aktif.

Bagaimana jika saya berpindah ke negeri lain setelah melanggan SISM40?

Pelanggan yang berpindah keluar dari negeri Selangor tidak layak untuk terus menikmati pakej tawaran dibawah SISM40.
Permohonan pindahan boleh dilakukan dimana-mana cawangan TMpoint berhampiran.
Anda tidak akan menikmati diskaun dibawah SISM40 dan pelan akan dipindahkan kepada pakej unifi semasa yang setara.
Kontrak juga akan diperbaharui kepada 24 bulan dengan pakej komersial semasa.

Bagaimanakah cara membuat bayaran untuk pakej ini?

Pembayaran boleh di buat di saluran digital unifi.com.my atau melalui aplikasi myunifi.
Pelanggan juga boleh membuat pembayaran di kiosk yang terdapat di TMpoint berdekatan.

Bagaimanakah cara jika saya ingin menamatkan langganan saya?

Langkah 1
Anda perlu memberi notis 30 hari sebelum penamatan dilakukan melalui saluran seperti berikut:
Live Chat melalui unifi.com.my atau myunifi app
Email ke [email protected]
TMpoint di seluruh Malaysia

Langkah 2
Pihak TM akan memberikan jumlah kasar baki bil semasa anda. Wakil TM akan berhubung dengan anda dalam tempoh (7) hari untuk pengesahan permohonan penamatan. Setelah bayaran baki bil telah dijelaskan, pihak TM akan meneruskan permohonan penamatan pada hari ke-31 daripada tarikh notis permohonan.

Langkah 3
Anda akan merima maklumat status penamatan melalui SMS. Kemudian, and perlu memulangkan kembali Broadband Termination Unit (BTU) di TMpoint berdekatan dalam tempoh (7) hari bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang caj kelewatan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!