Advertisements

Semakan Status Bantuan Kuarantin NADMA RM100 Sehari Untuk 14 Hari

Advertisements

Rakyat Malaysia yang berkerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian layak memohon bantuan NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) secara khusus melalui BANTUAN KHAS COVID-19 NADMA.

Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tabung COVID-19 dilancarkan untuk membantu mereka yang:

  • telah dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ATAU
  • perlu menjalani rawatan Covid-19 (warded) di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat penularan COVID-19 di Malaysia.

Berikut adalah info lanjut beserta syarat kelayakan termasuklah cara permohonan Tabung COVID-19 menerusi bantuan NADMA.

Apakah Bantuan Tabung COVID-19 NADMA?

Bantuan NADMA yang dilancarkan melalui Tabung COVID-19 adalah bayaran bantuan RM100 sehari sepanjang tempoh khas untuk rakyat Malaysia yang dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Syarat Kelayakan

Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana;

  1. Menerima Perintah Kuarantin COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Annex14/Annex 17) di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  2. Menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate).
  3. Hanya bagi mereka yang dikuarantin/dirawat sebelum atau pada 31 Mac 2022 sahaja layak memohon.
  4. Kuarantin/rawatan yang bermula pada 1 April 2022 adalah tidak layak.
  5. Tarikh akhir permohonan  perlu sampai ke NADMA: Sebelum atau pada  30 April 2022. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh ini adalah tidak layak dan tidak akan diproses.
bantuan nadma 2021

Pemohon Yang Tidak Layak

  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tidak dikenakan perintah Kuarantin COVID-19 (Annex 14 KKM) / tidak dirawat di wad hospital (warded) kerana COVID-19 
  3. Tidak bekerja di Malaysia dan tiada pekerjaan sebelum dan semasa dikenakan perintah Kuarantin COVID-19 / warded kerana COVID-19
  4. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Kuarantin COVID-19/ warded kerana COVID-19.

Kadar Bantuan NADMA COVID19

Kadar bantuan NADMA adalah RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat COVID-19.

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Selain bantuan NADMA, kerajaan juga memaklumkan bahawa mereka yang dimasukkan ke wad disebabkan virus COVID-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun melalui skim MySalam.

Untuk memohon, baca selanjutnya di sini: MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan

Cara Permohonan Bantuan NADMA

  1. Baca garis panduan dengan teliti; 
    http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_garispanduan.pdf
  2. Sertakan dokumen wajib berikut;
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    • Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
    • Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.
  3. Muat turun dan lengkapkan dokumen-dokumen berikut;


Mohon pastikan Borang Akuan Kehilangan Pendapatan dilengkapkan dengan pengesahan saksi. Bagi pemohon yang menggunakan HSO MySejahtera mohon dapatkan pengesahan PKD/CAC. Borang dan dokumen yang dihantar mestilah jelas, terang dan boleh dibaca. Permohonan tidak dapat diproses sekiranya maklumat tidak jelas. Permohonan berserta dokumen-dokumen lengkap yang dipos/secara online akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM Putrajaya.

  • Hantar permohonan lengkap;
     
    • melalui pos kepada;

      Ketua Pengarah
      Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
      Jabatan Perdana Menteri
      Aras 7, Blok D5, Kompleks D
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62502 PUTRAJAYA
      (u.p. : Sekretariat Bantuan Khas COVID-19)
    • Secara online di: https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

RUJUK:

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A);

http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_a.pdf

  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B);

http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_b.pdf

bantuan nadma
  • Bagi pemohon yang tiada akaun bank sendiri: Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C), muka depan penyata bank waris dan salinan kad pengenalan waris.

http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_c.pdf

bantuan nadma

Semakan Status

Setelah memohon, borang dan dokumen anda akan diproses oleh pihak NADMA.

Anda boleh membuat semakan dari semasa ke semasa untuk mengetahui status permohonan anda di pautan berikut:

https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

Status LULUS akan dimaklumkan seperti berikut:

Tarikh Akhir Permohonan

Tarikh akhir permohonan  perlu sampai ke NADMA: Sebelum atau pada  30 April 2022.

Permohonan yang diterima selepas dari tarikh ini adalah tidak layak dan tidak akan diproses.

Nota:

  • Hanya bagi mereka yang dikuarantin/dirawat sebelum atau pada 31 Mac 2022 sahaja layak memohon.
  • Kuarantin / rawatan yang bermula pada 1 April 2022 adalah tidak layak.
bantuan covid nadma

Baca juga: BKM Fasa 2 : Tarikh Bayaran & Jumlah Yang Akan Diterima

Bila Bayaran Bantuan NADMA Akan Dikreditkan?

Kelulusan permohonan bergantung kepada butiran dokumen dan borang yang anda lengkapkan.

Terkini, salah seorang pemohon berkongsikan bahawa bayaran NADMA telahpun diterima setelah mendapat kelulusan penuh pada bulan Disember 2021.

Jumlah yang diterima untuk bantuan ini adalah jumlah maksimum iaitu RM1400 ( kuarantin 14 hari / RM100 sehari).

Advertisements
bantuan nadma
Sumber: Facebook Alieza Syaziela

Dalam sebuah lagi perkongsian, Suriati Sulaiman turut berkongsi bahawa beliau mendapat kelulusan dalam tempoh 14 hari selepas dokumen lengkap dihantar.

Sumber: Facebook Suriati Sulaiman

Dalam sebuah perkongsian oleh pengguna Facebook, Zati Azman, difahamkan bahawa permohonan beliau mengambil masa lebih kurang 4 bulan untuk mendapat kelulusan, dan 1 bulan untuk mendapat bayaran.

Difahamkan kelulusan ini bergantung kepada pelbagai faktor dan anda mungkin boleh membuat pertanyaan dengan mereka yang telah menerima kelulusan dan bayaran sekiranya tidak mendapat maklumbalas setelah menghantar butiran lengkap.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, hubungi di nombor telefon 03-8870 4800  atau e-mel di [email protected]

Untuk indo lanjut, permohonan dan semakan status, sila rujuk di pautan https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

Leave a Comment