Senarai Contoh Kesalahan Bahasa

Kadang-kala, secara tidak sedar kita sering kali melakukan kesalahan bahasa di dalam bertutur atau di dalam penulisan.

Untuk memastikan kesalahan bahasa tidak berlaku dan berulang, adalah digalakkan untuk merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai badan berautoriti dalam menyemak penggunaan perkataan dan bahasa yang digunakan.

DBP merupakan jabatan kerajaan yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.

Matlamat penubuhan DBP yang tercatat dalam Akta DBP ialah:

  • Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.
  • Untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan.
  • Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain.
  • Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
  • Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
  • Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Contoh Kesalahan Bahasa

Antara contoh kesalahan bahasa yang sering dilakukan oleh orang ramai adalah seperti berikut:

1) Mi Goreng

Mie Goreng atau Mee Goreng adalah ejaan yang salah.

Mi Goreng adalah ejaan yang betul.

2) Mentua

Mertua adalah perkataan yang salah

Mentua adalah ejaan yang betul.

3) Martabak

Murtabak adalah perkataan yang salah.

Martabak adalah perkataan yang betul.

4) Calon/Ingkar

Perkataan Calun dan Engkar adalah perkataan yang salah.

Perkataan yang betul adalah Calon dan Ingkar.

5) Nasi Himpit/Sate/Kerepek/Bergedel

Perkataan yang salah adalah Nasi Impit, Satay, Keripik, dan Bergedil.

Perkataan yang betul adalah Nasi Himpit, Sate, Kerepek, dan Bergedel.

kesalahan bahasa

6) Kuetiau Goreng

Perkataan yang salah adalah Kuetiaw Goreng atau Koay Teow Goreng.

Perkataan yang betul adalah Kuetiau Goreng.

kesalahan bahasa

7) Beserta/Gembleng/Kalendar/Logik/Berbahaya

Perkataan yang salah adalah Beserta, Gembeleng/Gembeling, Kelendar, Lojik, dan Merbahaya.

Perkataan yang betul adalah Beserta, Gembleng, Kalendar, Logik, dan Berbahaya.

8) Atur Cara/Cap/Juita/Siar Kaki

Perkataan yang salah ialah Atlit, Atur Cara, Cop (Tera/Cetak), Juwita, dan Siarkaki.

Perkataan yang betul ialah Atlet, Atur Cara, Cap, Juita, dan Siar Kaki.

kesalahan bahasa

9) Ambil Alih/Baucar/Cahaya Mata/Cendekiawan/Prihatin

Perkataan yang salah ialah Ambilalih, Baucer, Cahayamata, Cendikiawan, dan Perihatin.

Perkataan yang betul ialah Ambil Alih, Baucar, Cahaya Mata, Cendekiawan, dan Prihatin.

kesalahan bahasa

10) E-Mel/Kolesterol/Legenda/Mengetengahkan/Teleperbankan

Perkataan yang salah ialah emel/email, kolestrol, lagenda, mengenengahkan, dan tele-perbankan.

Perkataan yang betul ialah E-Mel, Kolesterol, Legenda, Mengetengahkan, dan Teleperbankan

Semakan Perkataan Atas Talian

Semakan perkataan atas talian boleh dibuat melalui pautan https://prpm.dbp.gov.my.

Hanya perlu taip sahaja perkataan dan klik butang “Cari.”

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!