Peminat Bola Sepak Wajib Simpan! Ini Jadual Piala Dunia 2026 Waktu Malaysia

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Peminat Bola Sepak yang sanggup berjaga malam semata-mata nak tengok bola, Jadual Piala Dunia 2026 Waktu Malaysia ini wajib untuk anda simpan!

Jadual Piala Dunia 2026 Waktu Malaysia yang kami kongsikan di sini memudahkan peminat menyemak tarikh dan masa perlawanan tanpa perlu membuat kiraan perbezaan waktu sendiri.

Simpan siap-siap kerana kejohanan kali ini dijangka menjadi antara yang terbesar dalam sejarah Piala Dunia.

Baca juga: Piala Dunia 2026 [LIVE] RTM Klik, Jadual Perlawanan

Apa Yang Menarik Tentang Piala Dunia 2026?

Piala Dunia 2026 dianggap sebagai antara edisi paling bersejarah sejak kejohanan ini diperkenalkan pada tahun 1930. Ini kerana buat pertama kalinya dalam sejarah, sebanyak 48 pasukan akan bertanding berbanding 32 pasukan yang digunakan dalam edisi-edisi sebelum ini.

Penambahan jumlah peserta ini membuka lebih banyak peluang kepada negara dari Asia, Afrika, Amerika Utara dan Oceania untuk layak ke pentas bola sepak paling berprestij di dunia.

Selain itu, Piala Dunia 2026 juga mencipta sejarah apabila dianjurkan secara bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Walaupun kejohanan sebelum ini pernah dihoskan oleh dua negara, ini merupakan kali pertama tiga negara menjadi tuan rumah bersama dalam satu edisi Piala Dunia.

Dengan keluasan geografi yang sangat besar serta kemudahan stadium bertaraf dunia, peminat boleh menjangkakan pengalaman kejohanan yang lebih meriah dan berskala besar.

Bilakah Piala Dunia 2026 Akan Bermula dan Berakhir?

Mengikut jadual rasmi FIFA, Piala Dunia 2026 akan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026. Namun, disebabkan Malaysia berada antara 12 hingga 15 jam lebih awal berbanding bandar-bandar tuan rumah di Amerika Utara, tarikh siaran langsung di Malaysia adalah sedikit berbeza.

Bagi peminat di Malaysia, kejohanan ini dijangka bermula pada 12 Jun 2026 (MYT), manakala perlawanan akhir dijangka berlangsung pada 20 Julai 2026 (MYT).

Oleh itu, kebanyakan perlawanan yang dimainkan pada waktu petang atau malam di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico akan disiarkan pada keesokan harinya mengikut Waktu Malaysia (MYT).

jadual piala dunia 2026

Jadual Piala Dunia 2026 Mengikut Waktu Malaysia

Semua waktu perlawanan dalam jadual ini telah ditukar kepada Waktu Malaysia (MYT, UTC+8) bagi memudahkan rujukan peminat tempatan.

Oleh kerana Piala Dunia 2026 berlangsung di beberapa bandar di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, perbezaan masa bergantung kepada zon waktu lokasi perlawanan.

Berikut ialah perbezaan masa antara Malaysia dan zon waktu yang digunakan oleh bandar tuan rumah:

Zon Waktu Tuan RumahPerbezaan Dengan Malaysia
Eastern Time (EDT, UTC-4)Malaysia 12 jam lebih awal
Central Time (CDT, UTC-5)Malaysia 13 jam lebih awal
Mountain Time (MDT, UTC-6)Malaysia 14 jam lebih awal
Pacific Time (PDT, UTC-7)Malaysia 15 jam lebih awal

Disebabkan Malaysia berada beberapa jam lebih awal daripada negara tuan rumah, banyak perlawanan akan jatuh pada tarikh berikutnya mengikut waktu Malaysia. Sebagai contoh:

  • 11 Jun 2026, 8:00 malam EDT → 12 Jun 2026, 8:00 pagi MYT
  • 11 Jun 2026, 8:00 malam PDT → 12 Jun 2026, 11:00 pagi MYT

Oleh itu, peminat disarankan untuk merujuk tarikh dan masa yang telah ditukar kepada Waktu Malaysia (MYT) bagi mengelakkan kekeliruan, terutama bagi perlawanan yang berlangsung pada waktu malam di Amerika Utara kerana kebanyakannya akan disiarkan pada keesokan hari di Malaysia.

Jadual Peringkat Kumpulan Piala Dunia 2026

Peringkat kumpulan merupakan fasa pertama yang akan menentukan pasukan mana layak ke pusingan kalah mati.

Berikut ialah jadual peringkat kumpulan Piala Dunia 2026 mengikut Waktu Malaysia (MYT) untuk memudahkan peminat mengikuti setiap perlawanan.

jadual piala dunia 2026

12 Jun (Jumaat)

WaktuKumpulan PerlawananLokasi
3:00 PagiAMexico vs South AfricaMexico City Stadium
10:00 PagiASouth Korea vs Czech RepublicEstadio Guadalajara, Zapopan

13 Jun (Sabtu)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
3:00 PagiBCanada vs Bosnia and HerzegovinaToronto Stadium
9:00 PagiDUnited States vs ParaguayLos Angeles Stadium

14 Jun (Ahad)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
3:00 PagiBQatar vs SwitzerlandSan Francisco Bay Area Stadium
6:00 PagiCBrazil vs MoroccoNew York New Jersey Stadium
9:00 PagiCHaiti vs ScotlandBoston Stadium
12:00 PagiDAustralia vs TurkeyBC Place Vancouver

15 Jun (Isnin)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
1:00 PagiEGermany vs CuraçaoHouston Stadium
4:00 PagiFNetherlands vs JapanDallas Stadium
7:00 PagiEIvory Coast (Côte d’Ivoire) vs EcuadorPhiladelphia Stadium
10:00 PagiFSweden vs TunisiaEstadio Monterrey, Guadalupe

16 Jun (Selasa)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
12:00 PagiHSpain vs Cape VerdeAtlanta Stadium
3:00 PagiGBelgium vs EgyptSeattle Stadium
6:00 PagiHSaudi Arabia vs UruguayMiami Stadium
9:00 PagiGIran vs New ZealandLos Angeles Stadium

17 Jun (Rabu)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
3:00 PagiIFrance vs SenegalNew York New Jersey Stadium
6:00 PagiIIraq vs NorwayBoston Stadium
9:00 PagiJArgentina vs AlgeriaKansas City Stadium
12:00 PagiJAustria vs JordanSan Francisco Bay Area Stadium

18 Jun (Khamis)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
1:00 PagiKPortugal vs Democratic Republic of the CongoHouston Stadium
4:00 PagiLEngland vs CroatiaDallas Stadium
7:00 PagiLGhana vs PanamaToronto Stadium
10:00 PagiKUzbekistan vs ColombiaMexico City Stadium

19 Jun (Jumaat)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
12:00 PagiACzech Republic vs South AfricaAtlanta Stadium
3:00 PagiBSwitzerland vs Bosnia and HerzegovinaLos Angeles Stadium
6:00 PagiBCanada vs QatarBC Place Vancouver
9:00 PagiAMexico vs South KoreaEstadio Guadalajara

20 Jun (Sabtu)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
3:00 PagiDUnited States vs AustraliaSeattle Stadium
6:00 PagiCScotland vs MoroccoBoston Stadium
8:30 PagiCBrazil vs HaitiPhiladelphia Stadium
11:00 PagiDTurkey vs ParaguaySan Francisco Bay Area Stadium

21 Jun (Ahad)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
1:00 PagiFNetherlands vs SwedenHouston Stadium
4:00 PagiEGermany vs Ivory CoastToronto Stadium
8:00 PagiEEcuador vs CuraçaoKansas City Stadium
12:00 PagiFTunisia vs JapanEstadio Monterrey

22 Jun (Isnin)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
12:00 PagiHSpain vs Saudi ArabiaAtlanta Stadium
3:00 PagiGBelgium vs IranLos Angeles Stadium
6:00 PagiHUruguay vs Cape VerdeMiami Stadium
9:00 PagiGNew Zealand vs EgyptBC Place Vancouver

23 Jun (Selasa)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
1:00 PagiJArgentina vs AustriaDallas Stadium
5:00 PagiIFrance vs IraqPhiladelphia Stadium
8:00 PagiINorway vs SenegalNew York New Jersey Stadium
11:00 PagiJJordan vs AlgeriaSan Francisco Bay Area Stadium

24 Jun (Rabu)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
1:00 PagiKPortugal vs UzbekistanHouston Stadium
4:00 PagiLEngland vs GhanaBoston Stadium
7:00 PagiLPanama vs CroatiaToronto Stadium
10:00 PagiKColombia vs Congo DREstadio Guadalajara

25 Jun (Khamis)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
3:00 PagiBSwitzerland vs CanadaBC Place Vancouver
3:00 PagiBBosnia and Herzegovina vs QatarSeattle Stadium
6:00 PagiCMorocco vs HaitiAtlanta Stadium
6:00 PagiCScotland vs BrazilMiami Stadium
9:00 PagiASouth Africa vs South KoreaEstadio Monterrey
9:00 PagiACzech Republic vs MexicoMexico City Stadium

26 Jun (Jumaat)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
4:00 PagiECuraçao vs Ivory CoastPhiladelphia Stadium
4:00 PagiEEcuador vs GermanyNew York New Jersey Stadium
7:00 PagiFTunisia vs NetherlandsKansas City Stadium
7:00 PagiFJapan vs SwedenDallas Stadium
10:00 PagiDTurkey vs United StatesLos Angeles Stadium
10:00 PagiDParaguay vs AustraliaSan Francisco Bay Area Stadium

27 Jun (Sabtu)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
3:00 PagiINorway vs FranceBoston Stadium
3:00 PagiISenegal vs IraqToronto Stadium
8:00 PagiHCape Verde vs Saudi ArabiaHouston Stadium
8:00 PagiHUruguay vs SpainEstadio Guadalajara
11:00 PagiGNew Zealand vs BelgiumBC Place Vancouver
11:00 PagiGEgypt vs IranSeattle Stadium

28 Jun (Ahad)

WaktuKumpulanPerlawananLokasi
5:00 PagiLPanama vs EnglandNew York New Jersey Stadium
5:00 PagiLCroatia vs GhanaPhiladelphia Stadium
7:30 PagiKColombia vs PortugalMiami Stadium
7:30 PagiKDemocratic Republic of the Congo vs UzbekistanAtlanta Stadium
10:00 PagiJAlgeria vs AustriaKansas City Stadium
10:00 PagiJJordan vs ArgentinaDallas Stadium

Jadual Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2026

TarikhPerlawanan
29 Jun – 4 Julai 2026Pusingan 32
5 Julai – 8 Julai 2026Pusingan 16
10 Julai – 12 Julai 2026Suku Akhir
15 Julai – 16 Julai 2026Separuh Akhir
19 Julai 2026Tempat Ketiga
20 Julai 2026Final

Perlawanan Tumpuan Yang Dijangka Mendapat Perhatian Ramai

Walaupun jadual penuh Piala Dunia 2026 bergantung kepada keputusan undian kumpulan, beberapa perlawanan yang melibatkan pasukan-pasukan pilihan dijangka menjadi tumpuan utama peminat bola sepak.

Pasukan seperti Argentina, Brazil, Perancis, England, Portugal, Sepanyol dan Jerman sentiasa menarik perhatian kerana dibarisi pemain bertaraf dunia serta mempunyai rekod cemerlang di pentas antarabangsa.

Menurut FOX Sports, antara 9 perlawanan yang akan menjadi tumpuan ramai adalah:

TarikhWaktuPerlawananSebab Menarik?
12 Jun3.00 PagiMexico vs. South AfricaPerlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 dan Mexico pasti mahu memulakan kempen tuan rumah dengan kemenangan.
14 Jun6.00 PagiBrazil vs. Morocco Pertembungan antara gergasi dunia Brazil dan Maghribi yang mencipta sejarah mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022.
15 Jun1.00 PagiGermany vs. CuraçaoAksi unik yang menemukan juara dunia empat kali dengan Curaçao, antara negara terkecil yang layak ke Piala Dunia.
17 Jun3.00 PagiFrance vs. SenegalUlangan kejutan Piala Dunia 2002 apabila Senegal menewaskan Perancis 1-0 dalam perlawanan pembukaan.
18 Jun4.00 PagiEngland vs. Croatia Perlawanan balas dendam buat England selepas disingkirkan Croatia pada separuh akhir Piala Dunia 2018.
23 Jun1.00 PagiArgentina vs. AustriaSebagai juara bertahan, setiap perlawanan Argentina menjadi perhatian, termasuk aksi menentang Austria.
27 Jun3.00 PagiNorway vs. France Tumpuan terarah kepada pertemuan dua bintang besar dunia, Kylian Mbappé dan Erling Haaland.
27 Jun8:00 PagiSpain vs. UruguayPertembungan dua pasukan bersejarah yang dijangka menjadi antara aksi paling sengit peringkat kumpulan.
28 Jun7:30 PagiColombia vs. Portugal Perlawanan menarik yang mungkin menyaksikan Cristiano Ronaldo beraksi dalam salah satu Piala Dunia terakhirnya.

    Mengapa Waktu Perlawanan Piala Dunia 2026 Penting Untuk Peminat Malaysia?

    Piala Dunia 2026 berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico yang mempunyai perbezaan zon waktu yang besar berbanding Malaysia.

    Akibatnya, banyak perlawanan dijangka berlangsung pada lewat malam atau awal pagi mengikut Waktu Malaysia (MYT).

    Oleh itu, peminat perlu merujuk jadual yang telah ditukar kepada waktu Malaysia bagi mengelakkan kekeliruan dan tidak terlepas perlawanan penting.

    Jadual ini juga membantu peminat merancang waktu menonton, terutama bagi mereka yang bekerja atau belajar.

    Cara Menonton Piala Dunia 2026 Di Malaysia

    Memetik sebuah posting yang ditulis oleh Gobind Singh Deo, Pengguna MyDigital ID boleh tonton siaran langsung Piala Dunia 2026 secara percuma melalui aplikasi MyGov.

    Sumber: Gobind Singh Deo,

    Selain itu, anda juga boleh menonto siaran langsung FIFA World Cup 2026 melalui gabungan saluran TV berbayar, TV percuma dan platform penstriman rasmi.

    • RTM (TV1/TV2/TV Okey​)
    • MyTV
    • RTM Klik (sebahagian besar aksi sama ada secara langsung atau siaran tertunda mengikut jadual ditetapkan).
    • Unifi TV (semua 104 perlawanan)

    Tips Untuk Tidak Terlepas Perlawanan Penting Piala Dunia 2026

    Dengan kebanyakan perlawanan berlangsung pada lewat malam atau awal pagi mengikut Waktu Malaysia (MYT), peminat disarankan untuk membuat persediaan lebih awal.

    Antara cara yang boleh dilakukan ialah menyimpan jadual perlawanan, menetapkan peringatan pada telefon, atau menggunakan aplikasi bola sepak yang menawarkan notifikasi masa nyata.

    Selain itu, anda juga boleh menandakan perlawanan pilihan dalam kalendar supaya lebih mudah merancang waktu menonton sepanjang Piala Dunia 2026 berlangsung.

    Soalan Lazim Mengenai Jadual Piala Dunia 2026

    Bilakah Piala Dunia 2026 akan berlangsung?

    Piala Dunia 2026 dijadualkan berlangsung dari 12 Jun hingga 20 Julai 2026 (tarikh Malaysia) di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

    Adakah waktu dalam jadual ini telah ditukar kepada waktu Malaysia?

    Ya, semua waktu yang dipaparkan dalam artikel ini telah diselaraskan mengikut Waktu Malaysia (MYT) bagi memudahkan rujukan peminat tempatan.

    Berapa banyak pasukan yang bertanding dalam Piala Dunia 2026?

    Sebanyak 48 pasukan akan mengambil bahagian, menjadikannya edisi Piala Dunia terbesar dalam sejarah FIFA.

    Mengapa tarikh perlawanan boleh berbeza dengan jadual rasmi FIFA?

    Perbezaan zon waktu antara Malaysia dan negara tuan rumah menyebabkan sesetengah perlawanan berlangsung pada hari berikutnya mengikut waktu Malaysia.

    Di manakah Piala Dunia 2026 dianjurkan?

    Kejohanan ini dianjurkan secara bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

    Bilakah perlawanan akhir Piala Dunia 2026?

    Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada 20 Julai 2026 (tarikh Malaysia) di MetLife Stadium, New Jersey, Amerika Syarikat.

    Di mana saya boleh mendapatkan jadual terkini Piala Dunia 2026?

    Anda boleh merujuk laman web rasmi FIFA atau menyimpan artikel ini untuk mendapatkan jadual Piala Dunia 2026 yang telah ditukar kepada Waktu Malaysia (MYT).

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut