Permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi sesi 2027 dibuka mulai 14 Julai hingga 21 Ogos 2026 untuk pengambilan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Permohonan MTD 2026 boleh dilakukan melalui laman sesawang PKSK KPM seperti berikut:
- Tingkatan 4: spskt4.moe.gov.my
- Tingkatan 1: spskt1.moe.gov.my
Tahun sebelum ini, Maktab Tentera Diraja (MTD) hanya membuka pengambilan untuk pelajat Tingkatan 4 sahaja, namun bagi pengambilan sesi 2027, permohonan untuk kemasukan pelajar Tingkatan 1 turut dibuka.
Sila rujuk cara permohonan Maktab Tentera Diraja (MTD) Sesi 2027 untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, syarat kelayakan am dan syarat khusus di bawah.
Pengenalan Maktab Tentera Diraja
Maktab Tentera Diraja (MTD) mempunyai keunikan tersendiri kerana MTD merupakan satu-satunya sekolah berasrama penuh di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.
MTD komited dalam mematuhi reka bentuk dan susunan pembelajarannya berasaskan displin serta pembudayaan cara hidup ala ketenteraan.
Pengutamaan aspek kecemerlangan dalam setiap program dan pemerkasaan semangat kerjasama serta ketinggian nilai setia kawan menjadikan MTD sebagai HOME OF FUTURE LEADERS yang melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan negara.

Bila Permohonan MTD 2027 dibuka?
Permohonan Maktab Tentera Diraja (MTD) Sesi 2027 dibuka bermula 14 Julai 2026 hingga 21 Ogos 2026.
Permohonan bagi sesi 2027 kali ini dibuka untuk kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Cara Mohon Maktab Tentera Diraja (MTD) 2027
Permohonan Maktab Tentera Diraja MTD 2027 boleh dilakukan melalui laman sesawang PKSK KPM seperti berikut:
- Tingkatan 1: spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan 4: spskt4.moe.gov.my
Permohonan dibuka mulai 14 Julai hingga 21 Ogos 2026 untuk pengambilan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Syarat Kelayakan Maktab Tentera Diraja (MTD) 2027
Berikut ialah syarat kelayakan untuk kemasukan Maktab Tentera Diraja (MTD) 2027 untuk tingkatan 1 dan tingakatan 4:
SYARAT KEMASUKAN TINGKATAN 1 MTD
SYARAT AM:
- Calon perlu memilih Maktab Tentera Diraja sebagai pilihan pertama.
- Mencapai aras toleransi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), Kementerian Pendidikan (KPM).
SYARAT KHUSUS:
- Pemohon mestilah lelaki dan warganegara Malaysia.
- Ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia.
- Lulus Ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja.
- Berat minimum – 38.0 kg.
- Tinggi minimum – 142.5 cm.
- Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) antara 18 hingga 24.9.
- Ukuran dada – 66 cm (biasa) dan 71.1 cm (tarik nafas).
- Kesihatan – sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah kesihatan seperti di bawah:
MASALAH KESIHATAN (TIDAK LAYAK)
a. Angin pasang (inguinal hernia).
b. Asma atau lelah (asthma).
c. Buasir (haemorrhoids).
d. Fizikal bahu tidak sama (uneven shoulder).
e. Jangkitan kulat pada kulit (tinea).
f. Kekurangan enzim Glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD-Deficiency).
g. Rabun jauh (myopia) 6/12.
h. Rabun warna (colour blindness).
i. Tapak kaki rata (flat footed).
j. Temu janji rawatan susulan yang berpanjangan.
k. Terdapat kerak telinga (impacted earwax).
l. Tidak dibenarkan memakai pendakap gigi (braces).
m. Tulang belakang bengkok (scoliosis).
n. Urat bersimpul (varicose veins).
o. Sebarang masalah kesihatan baru atau lama yang akan menyebabkan gangguan serta menjejaskan kelancaran sepanjang menjalani latihan ketenteraan di MTD.
p. Bukan pemegang kad OKU.

SYARAT KEMASUKAN TINGKATAN 4 MTD
SYARAT AM:
- Calon perlu memilih Maktab Tentera Diraja sebagai pilihan pertama.
- Mencapai aras toleransi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), Kementerian Pendidikan (KPM).
**Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja.
SYARAT KHUSUS:
- Warganegara Malaysia – Lelaki Sahaja.
- Kesihatan – Sihat tubuh badan.
- Tinggi minimum: 152 cm
- Berat minimum: 40.5 kg
- Indeks Jisim Badan (Body Mass Index): antara 18 hingga 24.9
- Ukuran Dada minimum: 74 cm (biasa) dan 79 cm (tarik nafas)
KESIHATAN – SIHAT TUBUH BADAN DAN TIDAK MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN SEPERTI DI BAWAH:
a. Angin pasang (inguinal hernia).
b. Asma atau lelah (asthma).
c. Buasir (haemorrhoids).
d. Fizikal bahu tidak sama (uneven shoulder).
e. Jangkitan kulat pada kulit (tinea).
f. Kekurangan enzim Glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD-Deficiency).
g. Rabun jauh (myopia) 6/12.
h. Rabun warna (colour blindness).
i. Tapak kaki rata (flat footed).
j. Temu janji rawatan susulan yang berpanjangan.
k. Terdapat kerak telinga (impacted earwax).
l. Tidak dibenarkan memakai pendakap gigi (braces).
m. Tulang belakang bengkok (scoliosis).
n. Urat bersimpul (varicose veins).
o. Bukan Pemegang Kad OKU.
p. Sebarang masalah kesihatan baru atau lama yang akan menyebabkan gangguan serta menjejaskan kelancaran sepanjang menjalani latihan ketenteraan di MTD.
NOTA: Walaupun telah lulus semua syarat khusus, jika terdapat kecederaan sebelum melapor diri di MTD yang boleh menghalang calon melaksanakan aktiviti dan latihan ketenteraan, calon akan dikeluarkan.

Apa Kelebihan Masuk RMC?
Putera-putera MTD akan menikmati pelbagai kemudahan secara PERCUMA meliputi:
- Penginapan dan sajian (6 kali sehari).
- Elaun Putera sebanyak RM 100.00 sebulan.
- Rawatan kesihatan.
- Pakaian seragam tentera dan keperluan pemakaian di MTD.
- Kelas akademik, makmal, perpustakaan dan dewan makan (Wisma Putera) yang berhawa dingin.
- Buku teks dan keperluan pembelajaran.
- Kemudahan komputer dan internet di setiap kelas akademik.
- Program eksplorasi akademik, ekspedisi mencabar, kepimpinan dan jati diri.
- Perkhemahan dan eksesais tahunan ala ketenteraan.
- Latihan ketenteraan seperti menembak, kawad kaki, membaca peta dan ilmu medan perang.
- Waran perjalanan udara tahunan (pergi dan balik) bagi putera-putera dari Sabah, Sarawak dan WP Labuan.
Lokasi
Maktab Tentera Diraja (MTD), Kem Perdana Sg Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tarikh-tarikh Penting!
- Permohonan dibuka: 14 Julai hingga 21 Ogos 2026
- Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1: 12 – 22 Oktober 2026Â
- Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 : 21 September – 1 Oktober 2026
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Maktab Diraja Malaysia.
- Facebook: Maktab Tentera Diraja
- Instagram: @maktab_tentera_diraja
- Talian Telefon: 011-55265474
- Alamat: Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
Soalan Lazim Permohonan Maktab Tentera Diraja (MTD) 2027
Permohonan Maktab Tentera Diraja MTD 2027 boleh dilakukan melalui laman sesawang PKSK KPM seperti berikut:
> Tingkatan 4: spskt4.moe.gov.my
> Tingkatan 1: spskt1.moe.gov.my
Permohonan Maktab Tentera Diraja (MTD) 2027 dibuka dari 14 Julai sehingga 21 Ogos 2026.
Tidak boleh. Kriteria penapisan menetapkan calon wajib meletakkan Maktab Tentera Diraja sebagai Pilihan Pertama di dalam sistem borang permohonan KPM.
Tidak. Pengambilan Putera MTD kekal eksklusif untuk remaja lelaki yang sedang berada di Tingkatan 3 sahaja untuk kemasukan ke Tingkatan 4 dan pelajar tahun 6 untuk kemasukan Tingkatan 1 (terbaru).
Tidak layak. Calon mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa bantuan cermin mata atau kanta lekap, serta tidak mengalami rabun warna. Penggunaan pendakap gigi (braces) juga dilarang sama sekali sepanjang tempoh pengajian.
Calon akan gagal jika mempunyai sejarah atau sedang mengalami:
– Asma (lelah), angin pasang (hernia), buasir, atau urat bersimpul (varicose veins).
– Masalah tulang belakang bengkok (scoliosis)
– Kedudukan fizikal bahu tidak sama tinggi
– Masalah tapak kaki rata (flat footed)
– Kekurangan enzim G6PD
– Mempunyai janji temu rawatan hospital susulan yang berpanjangan
Tidak wajib. Walaupun graduan MTD mendapat keutamaan tertinggi untuk kemasukan ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai Pegawai Kadet, mereka bebas untuk memohon biasiswa lain dan melanjutkan pengajian dalam bidang awam (seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang) di IPTA atau universiti luar negara.




