Kerap Kencing Adakah Normal atau Simptom Penyakit Kronik?

Masalah kerap kencing boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak hanya di kalangan warga emas.

Namun, kajian mendapati masalah ini sangat kerap berlaku pada mereka yang berusia 35 tahun ke atas dan golongan wanita.

Pergerakan seperti terbatuk, bersin, melompat atau mengangkat barang berat biasanya menyebabkan seseorang itu makin mudah terkencing sehingga sukar dikawal lalu “terkucil” sebelum sempat sampai ke bilik air.

Justeru atikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan punca masalah kerap kencing dan cara mengatasinya yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Apa itu kerap kencing?

kerap kencing
Healthwire

Umumnya, kekerapan membuang air kecil yang normal bagi orang dewasa adalah antara 4 hingga 6 kali sehari.

Manakala untuk kanak-kanak pula, sebanyak 8 hingga 14 kali setiap hari. Bagi mereka yang kerap kencing setiap 2 jam tanpa sebarang sebab (cuaca yang sejuk, minum air banyak) mereka mungkin sedang mengalami masalah kesihatan tertentu.

Gejala kerap kencing

The Iowa Clinic

Gejala utama kerap kencing adalah perlu membuang air kecil lebih kerap tanpa peningkatan pengeluaran air kencing.

Pada ketika ini, kekerapan kencing boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang secara negatif.

Selain itu, bergantung pada punca asasnya, mereka yang kerap kencing juga mungkin akan mengalami:

  • Perubahan warna atau bau air kencing
  • Ketidakselesaan dan rasa sakit di bahagian punggung
  • Rasa terbakar ketika kencing
  • Sakir perut
  • Terdapat darah dalam air kencing
  • Kerap membuang air kecil pada waktu malam

Punca kerap kencing

Antara penyebab atau punca seseorang selalu kencing termasuklah disebabkan oleh beberapa keadaan kesihatan seperti:

1. Jangkitan Saluran Kencing (UTI)

UTI adalah keadaan biasa yang boleh menjejaskan kekerapan anda membuang air kecil.

Sesiapa sahaja boleh menghidapi UTI, walaupun ia biasa menjangkiti golongan wanita. Mereka yang terkena UTI akan mengalami rasa terdesak untuk membuang air kecil walaupun baru lepas kencing.

Anda juga mungkin akan merasakan sensasi terbakar apabila anda membuang air kecil.

2. Diabetes

Jika anda menghidapai diabetes jenis 1 dan jenis 2, anda mungkin akan membuang air kecil dengan lebih kerap daripada biasa.

Hal ini kerana kandungan glukosa yang tinggi dalam darah menyebabkan peningkatan jumlah urin.

3. Makan makanan tertentu

Sesetengah makanan secara semula jadi boleh meningkatkan jumlah cecair yang dikeluarkan oleh badan. Antara makanan yang dimaksudkan adalah seperti:

  • kafein
  • teh hijau dan teh hitam
  • parsli
  • bunga raya
  • buah tembikai
  • buah anggur
  • beri
  • saderi

4. Pembesaran prostat

Bagi golongan lelaki yang sudah berusia, masalah selalu kencing boleh disebabkan pembesaran prostat.

Hal ini kerana, prostat yang membesar akan menekan uretra dan mengganggu aliran urin.

5. Ketegangan saraf

Beberapa keadaan seperti gangguan saraf pada kandung air kencing atau stres kronik dapat menyebabkan peningkatan frekuensi buang air kecil.

6. Kehamilan

Pada wanita hamil, tekanan dari janin yang berkembang di dalam rahim dan perubahan hormon dapat menyebabkan anda sering buang air kecil.

7. Pengambilan ubat-ubatan tertentu

Selain makanan, ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan anda lebih kerap membuang air kecil. Antara ubat yang dimaksudkan adalah seperti:

  • chlorothiazide (Diuril)
  • chlorthalidone (Thalitone)
  • hydrochlorothiazide (Microzide)
  • indapamide
  • metolazon
  • bumetanide (Bumex)
  • furosemid (Lasix)
  • torsemide (Demadex)
  • amilorida (Midamor)
  • eplerenone (Inspra)
  • spironolactone (Aldactone)
  • triamterena (Dyrenium)

Rawatan yang boleh dilakukan

Bagi mengatasi masalah ini bertambah teruk dan menyukarkan aktiviti harian anda.

Berikut adalah beberapa cara rawatan umum kerap kencing yang dicadangkan sendiri oleh doktor:

1. Pengubatan Jangkitan Saluran Kencing (UTI)

Jika kerap kencing disebabkan oleh UTI, doktor akan memberikan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.

Penting untuk anda mengikuti arahan dan saranan doktor dengan menghabiskan ubat dan antibiotik yang diberikan meskipun gejalanya mulai membaik.

2. Pengurusan diabetes

Jika kerap kencing disebabkan oleh diabetes, penting untuk mengelola kadar glukosa darah dengan baik.

Ini biasanya melibatkan penggunaan ubat-ubatan tertendu, diet sihat, olahraga teratur, dan mengawal kadar glukosa darah secara teratur.

3. Menghindari minuman berkafein dan beralkohol

Minuman berkafein dan beralkohol dapat meningkatkan produksi urin dan memburukkan lagi gejala kerap kencing.

Mengurangkan pengambilan minuman ini atau menghindarinya sepenuhnya boleh membantu mengurangi frekuensi buang air kecil.

4. Senaman kagel

Senaman kagel adalah senaman untuk menguatkan otot pelvis yang mengendalikan aliran urin.

Manfaat senaman ini dapat membantu anda mengurangi masalah terkucil dan kebocoran urin.

5. Elak minum sebelum tidur

Elak pengambilan air beberapa jam sebelum tidur dapat membantu mengurangi keperluan untuk buang air kecil pada waktu malam.

6. Rawatan masalah pembesaran prostat

Jika pembesaran prostat menjadi penyebab kerap kencing pada kaum lelaki, doktor akan memberikan ubat-ubatan tertentu di samping anda perlu menjalani prosuder perubatan tertentu seperti Transurethral Resection of the Prostate (TURP).

7. Kaunseling atau terapi psikologi

Jika kerap kencing disebabkan oleh stres emosional atau kecemasan, kaunseling atau terapi psikologi dapat membantu mengelola masalah ini.

Bila perlu jumpa doktor

Medical News Today

Sekiranya anda merasakan masalah ini menjejaskan kualiti hidup anda, berbincanglah dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Anda juga perlu berjumpa dengan doktor jika mengalami gejala seperti demam dan sakit belakang, ada darah dalam air kencing, air kencing berubah warna, atau bau yang kuat serta tidak normal pada air kencing.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan masalah kerap kencing dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Why Am I Peeing So Much and How Often Should I Pee? Healthline
  2. Simple Home Remedies for Frequent Urination. PharmEasy
  3. Punca Kerap Kencing Ramai Tak Sedar. Bidadari.my
  4. Kerap Kencing di Kalangan Warga Emas. Kementerian Kesihatan Malaysia
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!