Peranakan Jatuh: Jenis, Punca, dan Rawatan Untuk Rahim

Apakah yang dimaksukan dengan peranakan jatuh dan bagaimanakah pula untuk mengenali gejalanya?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah peranakan jatuh yang menjadi ancaman kepada kaum wanita.

Baca juga:

Apa itu peranakan jatuh?

peranakan jatuh

Peranakan jatuh atau juga dikenali sebagai Urogenatil prolapsed adalah masalah di mana rahim, usus, rektum dan organ yang berdekatan beralih turun ke bawah atau tersasar dari tempat asalnya.

Banyak orang beranggapan peranakan adalah berkaitan dengan rahim sahaja. Sedangkan yang tepat adalah peranakan juga termasuk apa-apa organ yang berdekatan dengan rahim (pelvic organ).

Seperti yang anda tahu, kedudukan rahim adalah berdekatan dengan pundi kencing, rektum dan usus yang bersambung antara satu sama lain. Maka jika rahim itu jatuh atau turun ke bawah, rahim akan menarik turun organ-organ yang telah dinyatakan tadi.

Berdasarkan dari kajian yang dijalankan, 9% wanita akan mengalami simptom-simptom peranakan jatuh.

Dan secara keseluruhan, wanita yang akan melalui pembedahan untuk memperbetulkan peranakan yang jatuh hanya sekitar 11-19% sahaja.

Jenis peranakan jatuh

Terdapat enam jenis dalam masalah peranakan jatuh yang perlu anda ketahui. Antaranya adalah seperti:

peranakan jatuh
peranakan jatuh

1. Vaginal vault prolapse

Ini adalah keadaan di mana kawasan atas faraj jatuh ke dalam ruang faraj. Situasi ini biasa berlaku kepada wanita yang pernah melakukan pembedahan untuk membuang rahim.

2. Uterine prolapse

Ini adalah keadaan di mana rahim jatuh ke dalam ruang faraj. Bahkan dalam sesetengah kes anda juga mungkin boleh mengalami pembengkakan dan terkeluar dari bukaan faraj.

3. Cystocele

Ini adalah keadaan di mana punci kencing turun ke dalam ruang faraj. Situasi ini biasa berlaku serentak dengan uethrocele.

4. Urethrocele

Ini adalah keadaan di mana tiub uretra turun ke dalam ruang faraj dan biasanya akan berlaku sekaligus dengan cystocele.

5. Enteocele

Ini adalah keadaan di mana usus kecil membengkak lalu menyebabkan ia melekat pada dinding belakang faraj

6. Rectocele

Ini adalah keadaan di mana rektum membengkak dan termasuk atau terkeluar daripada ruang faraj.

Berikut dikongsikan penjelasan ringkas bagi setiap tahap dari yang biasa sehingga kronik.

TahapPenjelasan
Peringkat 1Rahim jatuh sikit dari kedudukan normal tetapi
masih dalam vagina. Biasanya tidak mengalami apa-apa simptom.
Peringkat 2Sebahagian dari rahim terkeluar dari faraj. Terasa benjolan dibahagian serviks. Mula rasa sakit pinggang, sakit belakang dan kerap kencing
Peringkat 3Keseluruhan rahim berada di luar vagina. Biasanya akan jatuh bersama punci kencing. Boleh ditolak masuk ke dalam apabila pesakit baring.
Peringkat 4Keseluruhan rahim berada di luar vagina. Tidak boleh ditolak masuk ke dalam apabila pesakit baring.

Punca Peranakan Jatuh

Pasti ramai wanita yang tertanya-tanya, apakah punca peranakan jatuh? Antara puncanya adalah :

  • Umur
  • Pernah mengandung dan bersalin
  • Sembelit
  • Batuk kronik atau ketegangan akibat sembelit
  • Merokok
  • Pekerjaan yang mengangkat benda berat
  • Koyakkan ketika bersalin
  • Kongenital (hadir semasa lahir) kelemahan otot lantai pelvis, ligamen dan fascia
  • Obesiti, fibroid besar (pertumbuhan berserabut), tumor atau pembedahan pelvis sebelumnya
  • Mempunyai sejarah keluarga mengalami peranakan jatuh
  • Menopaus, di mana tisu penyokong menjadi lemah dengan usia dan menopaus

Simptom Yang Boleh Dihadapi

  • Kencing tidak lawas
  • Rasa berat di bahagian ari-ari
  • Tidak boleh mengawal kencing khususnya ketika batuk dan bersiin
  • Sakit ketika bersama suami
  • Rasa senak dan tidak selesa di bahagian perut
  • Sakit tumit
  • Sakit pinggang yang berpanjangan
  • Paha dan betis rasa kebas
  • Rasa badan seperti demam terutamanya selepas asar
  • Kesukaran berjalan atau duduk 
  • Pendarahan dan pelepasan faraj (bukan sebahagian daripada kitaran haid)
  • Kesukaran atau ketidakupayaan untuk melakukan hubungan seks, yang boleh menyebabkan kebimbangan atau kemurungan
  • Kesukaran membuang air kecil atau najis

Komplikasi Rahim Jatuh

Secara umum, masalah rahim jatuh bukanlah keadaan yang mengancam nyawa. Walau bagaimanapun, beberapa kes boleh mengakibatkan komplikasi berikut:

  • Kencing malam
  • Kesukaran membuang air kecil
  • Jangkitan saluran kencing
  • Inkontinens kencing atau masalah kawalan pundi kencing
  • Sakit di sekitar vulva dan vestibule pada wanita
  • Hidronefrosis dan kerosakan buah pinggang
  • Keradangan prostat (pada lelaki)
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Kawalan usus
  • Sembelit

Rawatan Moden Yang Sesuai

Rawatan bagi masalah ini adalah bergantung pada tahap seriusnya dan kesesuaian. Pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan atau memerlukan penggunaan “Ring pessary”, pembedahan atau pembuangan rahim.

Namun bagi pencegahan, senaman Kegel ialah senaman menguatkan otot pelvis. Terdapat banyak manfaat senaman ini jika dilakukan secara konsisten.

Kelemahan otot pelvik ini boleh disebabkan oleh melahirkan anak, berat badan berlebihan dan juga pengurangan paras hormon estrogen dalam badan wanita disebabkan peningkatan usia.

Senaman kegel sangat bermanfaat bagi tujuan menguatkan lantai pelvik untuk penjagaan kesihatan rahim wanita.

Kaedah Perubatan Melayu

Bagi masyarakat Melayu, kita diajar untuk menangani masalah rahim jatuh ini dengan menggunakan rawatan mengurut atau bersengkak.

Rawatan ini boleh dikatakan sudah sebati dalam amalan masyarakat Melayu selepas wanita bersalin. Hal ini kerana mengikut pendapat orang zaman dulu, amalan ini boleh membantu dalam menaikkan kembali peranakan yang telah turun selepas bersalin.

Sungguhpun begitu, belum ada lagi kajian yang boleh membuktikan keberkesanan amalan tradisi ini. Hal ini samalah juga dalam isu pengambilan ubat-ubatan tradisional seperti jamu.

Sama ada pengambilan jamu membantu dalam proses menaikkan rahim masih tidak dapat ditentukan. Sebaliknya menurut kajian perubatan, rahim akan mengecut dan kembali ke kedudukan asal dalam tempoh enam minggu selepas bersalin.

Walaupun begitu, tidak salah untuk mencuba pelbagai kaedah sama ada moden atau tradisional demi menyembuhkan setiap masalah kesihatan yang dihidapi kerana kita hanyalah sekadar berikhtiar yang terbaik.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan masalah peranakan jatuh ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. The Major Types of Pelvic Organ Prolapse and Their Differences. Advanced Gynecology
  2. Pelvic Organ Prolapse (POP). Gleneagles Hospital
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!