Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Selari dengan perubahan ke Sistem Saraan Penjawat Awam (SSPA) bermula , maka terdapat juga beberapa perubahan dalam urusan kenaikan pangkat secara one-off.

Selari dengan perubahan ini, kerajaan telah bersetuju dengan pelaksanaan kenaikan pangkat secara one-off kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang kenaikan pangkatnya hanya tertakluk kepada kekosongan jawatan sahaja.

Pengenalan Kenaikan Pangkat One-Off Bagi Gred 9, 10, 11 SSPA

Seperti yang sedia maklum, selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024, Kerajaan telah bersetuju dengan pelaksanaan kenaikan pangkat secara 𝘰𝘯𝘦-𝘰𝘧𝘧 kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang kenaikan pangkatnya hanya tertakluk kepada kekosongan jawatan sahaja.

Syarat Kelayakan

Pihak Kementerian/ Jabatan/ Agensi hendaklah melaksanakan urusan kenaikan pangkat secara one-off ini bagi pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

1. Menerima tawaran opsyen SSPA
– Atikel berkaitan: SSM vs SSPA: Perbezaan, Kelebihan & Soalan Lazim (FAQ)

2. Disahkan dalam perkhidmatan;

3. Telah berada di suatu gred lantikan / kenaikan jawatan sebelum atau pada 30 November 2024 mengikut tempoh yang ditetapkan seperti di Jadual di bawah:

Jadual: Tempoh Minimum Perkhidmatan Melayakkan

GRED PERJAWATAN*TEMPOH MINIMUM
SSMSSPA
Gred 41/42 ke Gred 44Gred 9 ke Gred 108 tahun8 tahun
Gred 44 ke Gred 48Gred 10 ke Gred 128 tahun16 tahun
Gred 48 ke Gred 52Gred 12 ke Gred 136 tahun22 tahun

Nota: Tempoh yang menyebabkan pegawai hilang kekananan tidak boleh diambil kira sebagai tempoh sandangan gred semasa dan tempoh perkhidmatan keseluruhan.

4. (d) memperoleh markah prestasi 85% dan ke atas bagi tiga (3) tahun terkini berdasarkan wajaran yang ditetapkan serta markah prestasi tahun terakhir hendaklah sekurang-kurangnya 85%;

5. Diperaku oleh Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan;

6. Bebas daripada hukuman tatatertib pada 30 November 2024 dan semasa perakuan dibawa kepada Lembaga Kenaikan Pangkat;

7. Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan;

8. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

9. Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar oleh institusi pinjaman pendidikan; dan

10. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat seperti temu duga dan kriteria penilaian berdasarkan skim perkhidmatan masing-masing.

Pegawai yang dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat secara one-off ini perlu menjalani tempoh pemangkuan selama satu (1) tahun dan akan dipertimbangkan kenaikan jawatan setelah memenuhi syarat-syarat kenaikan jawatan berdasarkan peraturan-peraturan dan pekeliling perkhidmatan yang berkuat kuasa.

Kenaikan Pangkat One-Off
Kenaikan Pangkat One-Off
Kenaikan Pangkat One-Off
Kenaikan Pangkat One-Off

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terkini, rujuk Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sumber: Surat edaran JPA di https://www.jpa.gov.my/perkhidmatan/surat-edaran/surat-edaran-pelaksanaan-kenaikan-pangkat-secara-one-off-melibatkan-pegawai-kumpulan-pengurusan-dan-profesional-gred-9,-gred-10-dan-gred-12-di-bawah-sistem-saraan-perkhidmatan-awam

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS
Affan ada penulis di eCentral yang berkongsi artikel berkaitan kewangan, bantuan kerajaan, pendidikan, kerjaya dan isu semasa dengan penyampaian yang ringkas, jelas dan mudah difahami.