Tawaran Kemasukan GMI Peringkat Diploma Bagi Ambilan Julai 2022

Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke German Malaysian Institute (GMI) kini dibuka untuk sesi kemasukan Julai 2022.

Ditubuhkan sejak tahun 1991, GMI merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menawarkan pengajian berasaskan kejuruteraan kepada pelajar.

Justeru itu, pelajar yang berminat dan memenuhi kelayakan dialu-alukan untuk memohon kemasukan ke GMI bagi peringkat Diploma menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2021.

Baca Juga : Tawaran Kemasukan Ke Kolej Yayasan Felda Ambilan Mei & Jun 2022 Untuk Lepasan SPM

Manfaat Yang Ditawarkan Oleh GMI

Antara kemudahan dan manfaat yang disediakan oleh IPT ini adalah :

  • Tajaan MARA: Bantuan yuran pengajian dan duit poket sebanyak RM630 setiap bulan (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).
  • Diskaun pembayaran balik sehingga 85% (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).
  • Kelengkapan pembelajaran praktikal.
  • Penginapan pelajar dan persekitaran.
  • Pembelajaran 70% praktikal dan 30% teori.
  • Peluang melanjutkan pengajian ke universiti dalam dan luar negara.
  • Kolaborasi bersama 14 pusat teknologi hasil.
GMI

Program Ditawarkan

Program peringkat diploma yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i) Jabatan Kejuruteraan Elektrik

  • Diploma In Engineering Technology (Electronics & Information Technology)
  • Diploma In Engineering Technology (Mechatronics)
  • Diploma In Engineering Technology (Process Instrumentation & Control)
  • Diploma In Network Security
  • Diploma In Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution)
  • Diploma In Autotronics Engineering Technology
  • Diploma in Creative Multimedia
  • Diploma in Software Engineering

ii) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

  • Diploma In Engineering Technology (CNC Precision Technology)
  • Diploma In Engineering Technology (Machine Tools Maintenance)
  • Diploma In Engineering Technology (Industrial Quality Management)
  • Diploma In Engineering Technology (Manufacturing System)
  • Diploma In Engineering Technology (Industrial Design)
  • Diploma In Engineering Technology (Product Design & Manufacturing)

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan yang ditetapkan kepada para pemohon adalah Lulus SPM (atau percubaan SPM) dan memperoleh lebih 3 kredit termasuk:

  • Matematik.
  • Sains/mana-mana subjek dalam kumpulan Sains/Teknikal.
  • Satu subjek lain.
  • Lulus Bahasa Inggeris.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

  • Layari pautan permohonan iaitu https://www.gmi.edu.my/onlineapp.
  • Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Register.’
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  • Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
  • Pilih program pengajian.
  • Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai kemasukan peringkat Diploma di GMI, sila hubungi talian 03-8921 9164.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!