Kelonggaran SOP Sekolah & Institusi Pendidikan KPM Mulai 1 Mei 2022

Kelonggaran SOP Sekolah & Institusi Pendidikan KPM Terkini Mulai 1 Mei 2022

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin telah mengadakan sidang media khas berkaitan kelonggaran pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bermula 1 Mei ini selaras pelonggaran SOP yang diumumkan KKM semalam.

Secara umumnya sesi persekolahan kini kembali beroperasi sebagaimana sebelum datangnya pandemik COVID-19 dua tahun lalu.

Antara SOP yang masih dikekalkan adalah pemakaian pelitup muka namun, hanya diwajibkan ketika berada di ruangan tertutup di dalam kawasan sekolah.

Berikut dikongsikan infografik berhubung kelonggaran dan garis panduan terkini pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM untuk tindakan murid, guru, pihak sekolah dan ibu bapa.

Ayuh, kongsikan maklumat ini untuk manfaat bersama!

Kelonggaran SOP Sekolah & Institusi Pendidikan KPM Terkini Mulai 1 Mei 2022

Sumber: Sidang Media Khas Dr Radzi Jidin, Khamis 28 April 2022

IMBASAN KOD QR MYSEJAHTERA

Tidak diwajibkan apabila memasuki premis institusi pendidikan.

PELITUP MUKA

Wajib dipakai ketika berada di ruangan tertutup dalam premis sekolah.

Kelonggaran diberikan jika:

  1. Bersendirian
  2. Semasa mengajar di hadapan kelas
  3. Semasa aktiviti sukan dan rekreasi termasuk aktiviti pendidikan jasmani
  4. Kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah
  5. Individu berkeperluan khas
  6. Individu mempunyai masalah pernafasan (Perlu mengemukakan laporan perubatan)

Digalakkan memakai pelitup muka jika:

  1. Berada di luar bangunan dan kawasan terbuka di dalam premis sekolah
  2. Sedang melakukan aktiviti secara berkumpulan

PENJARAKAN FIZIKAL

Tiada lagi penjarakan fizikal, namun digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka.

UJIAN KENDIRI COVID-19

Dilaksanakan jika bergejala.

kelonggaran sop sekolah

PENGURUSAN MURID BERGEJALA DAN POSITIF COVID-19

Mengasingkan murid di bilik isolasi.

Manjalankan ujian kendiri:

  • Jika negatif, murid boleh mengikuti pembelajaran tetapi perlu memakai pelitup muka
  • Jika positif, guru perlu menghubungi ibu bapa untuk menjemput anak mereka dari institusi pendidikan masing-masing

KEHADIRAN GURU, PEGAWAI PENGURUSAN DAN AKP

kelonggaran sop sekolah

KEHADIRAN MURID

kelonggaran sop sekolah

MAKAN DI KANTIN / KAFETERIA

Guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan dibenarkan makan di kantin / kafeteria.

Waktu rehat berperingkat boleh dilaksanakan sekiranya perlu.

sop sekolah

AKTIVITI SUKAN & KOKURIKULUM

Semua aktiviti sukan dan kokurikulum termasuk penganjuran pertandingan / kejohanan di dalam / luar sekolah dibenarkan.

Murid / guru / jurulatih yang bergejala tidak dibenarkan sertai aktiviti sukan / kokurikulum.

sop sekolah

PENGURUSAN SURAU / MASJID

sop sekolah

KEBENARAN MASUK KE INSTITUSI PENDIDIKAN

sop sekolah kelonggaran

PENGURUSAN ASRAMA

Hanya murid yang sihat / tidak bergejala sahaja dibenarkan kembali ke asrama.

Murid yang bergejala dibenarkan mendaftar namun perlu menjalani ujian kendiri COVID-19.

kelonggaran sop sekolah

MELAWAT ANAK DI ASRAMA

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Maklumat lanjut: Facebook Dr Radzi Jidin, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!