Kelas Seliaan Negeri Sarawak: Semakan & Rayuan

kelas seliaan sarawak
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Semakan tawaran ke Kelas Seliaan Negeri (Kolej Sarawak, SABK, KRK dan KAA) Sesi Persekolahan 2026 boleh disemak bermula 18 Disember 2025 (Khamis) di pautan https://bit.ly/semakKSN2026. Proses rayuan ke Kelas Seliaan Negeri Sarawak pula dibuka bermula 26 Disember 2025 hingga 16 Januari 2026.

Bagi calon yang memohon, pastikan anda membuat semakan segera dan calon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan pada tarikh yang dinyatakan di atas.

Rujuk info penuh mengenai semakan dan rayuan ke Kelas Seliaan Negeri Sarawak bagi tahun 2026 di bawah.

Hebahan Semakan Keputusan Kelas Seliaan Negeri Sarawak

Semakan keputusan tawaran ke Tingkatan 1 bagi Kelas Seliaan Negeri (Kolej Sarawak, SABK, KRK dan KAA) Sesi Persekolahan 2026 boleh diakses melalui pautan https://bit.ly/semakKSN2026 pada 18 Disember 2025 (Khamis) bermula jam 2:30 petang.

Catatan:

Calon yang tidak berjaya, boleh membuat rayuan dengan memuat turun Borang Rayuan dalam pautan yang sama. Borang rayuan yang lengkap hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon. Proses rayuan bermula 26 Disember 2025 hingga 16 Januari 2026.

Apa itu Kelas Seliaan Negeri?

Kelas Seliaan Negeri atau KSN merupakan sejenis program yang dikhususkan untuk para pelajar yang cemerlang dari aspek  akademik, pentaksiran aktiviti jasmani dan kokurikulum (PAJSK) serta mempunyai rekod disiplin yang baik. 

Ia merupakan satu program yang ditawarkan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakkan pendidikan yang berkualiti tinggi kepada para pelajar yang mempunyai potensi yang tinggi. 

Untuk pengetahuan anda juga, permohonan bagi program ini hanya boleh dilakukan oleh guru sekolah rendah anak-anak anda sahaja. Hal ini bagi memudahkan proses tapisan pelajar dan dalam masa yang sama dapat memastikan hanya pelajar yang berkelayakan sahaja yang menyertai program ini. 

KSN ini  merangkumi pelbagai jenis kelas yang dirancang termasuk Kelas Rancangan Khas (KRK), Kelas Aliran Agama (KAA), dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Berikut merupakan sedikit penerangan berkenaan kelas-kelas ini.

Jenis Kelas Seliaan Negeri 

Kelas Seliaan Negeri (KSN) terdiri daripada beberapa jenis kelas yang dirancang untuk memenuhi keperluan pendidikan pelajar yang berpotensi tinggi. Berikut adalah penjelasan lebih lanjut mengenai jenis-jenis kelas yang termasuk dalam KSN:

  1. Kelas Rancangan Khas (KRK):
    • KRK adalah kelas yang ditujukan untuk pelajar yang menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang. Kelas ini menawarkan kurikulum yang lebih intensif dan mendalam, serta aktiviti pembelajaran yang dirancang untuk mengembangkan potensi pelajar secara maksimum.
  2. Kelas Aliran Agama (KAA):
    • Kelas ini direka untuk pelajar yang berminat mendalami ilmu agama sambil mengikuti kurikulum akademik yang standard. Dalam KAA, pelajar akan mempelajari subjek-subjek agama seperti Al-Qur’an, Fiqh, dan Tasawuf, di samping subjek-subjek lain yang diperlukan dalam pendidikan formal.
  3. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK):
    • SABK adalah sekolah yang menyediakan pendidikan agama dan akademik secara seimbang. Sekolah-sekolah ini menerima bantuan daripada kerajaan dan menawarkan kurikulum yang mengintegrasikan pendidikan agama dengan pendidikan umum.
  4. Kolej Sarawak:
    • Kolej Sarawak merupakan satu-satunya kelas di bawah KSN yang berlainan dari kelas-kelas yang lain. Hal ini demikian kerana kelas ini hanya terdapat di negeri Sarawak sahaja.
    • Kolej ini menyediakan pelbagai kursus dan program yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang.

BACA JUGA: Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) – Tahun 2026

Cara Memohon

Seperti yang dimaklumkan di bahagian sebelum ini, permohonan ke KSN atau Kelas Seliaan Negeri ini hanya boleh dilakukan oleh para guru sahaja. Permohonan ini boleh dilakukan melalui aplikasi APDM.

Bagi para guru yang bakal melakukan permohonan, anda boleh rujuk dalam slide yang disediakan KPM di bawah:

KLIK SINI: Permohonan ke Kelas Seliaan Negeri

Tarikh Semakan Keputusan

Bagi pelajar yang telah dicalonkan oleh para guru mereka anda boleh mula melakukan semakan keputusan KSN ini bermula 18 Disember 2025 (Khamis) bagi kemasukan ke Kolej Sarawak, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama.

Cara Semak Keputusan KSN (Kolej Sarawak, SABK, KRK dan KAA)

Bagi pelajar yang telah melakukan permohonan, anda boleh melakukan semakan keputusan KSN dengan cara berikut:

  1. Layari pautan berikut: https://bit.ly/semakKSN2026
  2. Sila pilih semakan tawaran yang hendak dilakukan.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan dengan betul dan tekan butang “Enter”.
  4. Sila tangkap layar (screenshot) paparan keputusan sebagai rujukan.

Pengesahan Tawaran

Untuk calon yang memohon SABK dan KAA sahaja:

Calon yang BERJAYA dikehendaki membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh bermula pada 26 DISEMBER 2025 sehingga 2 JANUARI 2026

Calon yang TIDAK MEMBERI MAKLUM BALAS pengesahan penerimaan dianggap MENOLAK tawaran. Sila klik pautan “PENGESAHAN” di dalam halaman yang sama untuk membuat pengesahan tawaran.

Rayuan Ke SABK, KAA, KSN, Kolej Sarawak 2026

    Bagi calon yang tidak berjaya mendapat tawaran, anda boleh membuat rayuan dengan memuat turun Borang Rayuan di pautan: https://bit.ly/semakKSN2026

    Borang rayuan yang lengkap hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon. Proses rayuan bermula 26 Disember 2025 hingga 16 Januari 2026.

    Borang Rayuan

    Bagi calon yang hendak membuat rayuan ke SABK dan KAA, anda boleh muat turun borang rayuan berikut:

    Bagi calon yang hendak membuat rayuan ke KOLEJ SARAWAK & KELAS SELIAAN NEGERI, anda boleh muat turun borang rayuan berikut:

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila rujuk:

    Soalan Lazim Kelas Seliaan Negeri Sarawak

    Apa itu Kelas Seliaan Negeri di Sarawak?

    KSN di Sarawak merangkumi penempatan khas murid Tingkatan 1 ke Kolej Sarawak, SABK, KRK dan KAA yang dikawal selia oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak berdasarkan syarat dan kuota negeri.​ Kemasukan adalah terhad dan bergantung kepada prestasi akademik, PBS, PAJSK, UASA serta dasar semasa JPN Sarawak.

    Bila semakan keputusan penempatan KSN Sarawak sesi 2026?

    JPN Sarawak memaklumkan bahawa semakan keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Kolej Sarawak, SABK, KRK dan KAA sesi persekolahan 2026 dibuka pada 18 Disember 2025

    Di mana semakan tawaran KSN Sarawak dibuat?

    Semakan penempatan KSN Sarawak sesi 2026 boleh dilakukan melalui pautan berikut: https://bit.ly/semakKSN2026.

    Siapa yang layak memohon KSN Sarawak?

    Secara umum, murid yang:
    – Warganegara Malaysia dan bersekolah di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan di Sarawak.​
    – Tamat Tahun 6 dan akan ke Tingkatan 1 sesi akademik 2026.​
    – Mempunyai rekod PBD, PAJSK, UASA/PBS yang baik, aktif kokurikulum dan sihat tubuh badan mengikut syarat JPN.

    Bagaimana proses permohonan dibuat?

    Permohonan dibuat oleh guru kelas Tahun 6 melalui modul Kelas Seliaan Negeri dalam sistem APDM, berdasarkan borang pilihan yang diisi bersama waris.

    Bila rayuan Kelas Seliaan Negeri Sarawak 2026 di buka?

    Proses rayuan bermula 26 Disember 2025 hingga 16 Januari 2026. Calon perlu muat turun Borang rayuan dan dihantar ke sekolah yang dimohon.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut