KEJORA Bakti Siswa 2022: Insentif Pengajian IPT Untuk B40 / Miskin

PERMOHONAN INSENTIF KEJORA BAKTI SISWA KINI DIBUKA BAGI TAHUN 2022

Terdapat pelbagai bantuan dan insentif yang disediakan bagi pelajar B40 atau dari keluarga miskin, menjelang kemasukan ke IPT tak lama lagi.

Antaranya ialah bantuan Insentif KEJORA Bakti Siswa 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang insentif ini untuk makluman bersama.

Apakah KEJORA Bakti Siswa?

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menyediakan insentif kecemerlangan kepada anak-anak daripada keluarga miskin tegar / miskin / B40 dalam Wilayah KEJORA bagi lepasan SPM atau STPM yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan melalui Program KEJORA Bakti Siswa.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Penduduk Wilayah KEJORA, pemohon yang menetap di luar Wilayah KEJORA adalah tidak dibenarkan.
  • Keutamaan bagi keluarga yang disahkan sebagai miskin tegar / miskin / berpendapatan rendah (B40).
  • Pemohon lepasan SPM atau STPM tahun semasa atau sekurang-kurangnya satu tahun sebelumnya
  • Berjaya dan bersetuju melanjutkan pengajian di IPT Awam atau Swasta yang ditawarkan sama ada peringkat diploma atau ijazah sarjana muda pada tahun semasa permohonan.
  • Had umur pemohon semasa permohonan dibuat :
    • i. Peringkat Diploma : 18 hingga 20 tahun.
    • ii. Peringkat Ijazah Sarjana Muda : 20 hingga 25 tahun.

Kadar Insentif KEJORA BAKTI SISWA

  • Diploma : RM 500.00
  • Ijazah Sarjana Muda : RM 1,000.00

NOTA:

PERINGKAT DIPLOMA
Permohonan dibuka untuk lepasan SPM / SPMV. Tempoh sah laku adalah setahun dari tarikh keputusan dikeluarkan.

PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA
Permohonan dibuka untuk lepasan STPM / STAM atau Diploma dan merupakan pelajar tahun pertama yang melanjutkan pengajian di IPTA / IPTS (menerima surat tawaran melanjutkan pengajian).

Cara Permohonan

Secara dalam talian melalui platform ‘Google Form’: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSckO3YFeQ_y5MM4kfXwiS-RYrIEpQgrgn8xt1jaAms8s1fQmw/viewform?fbclid=IwAR3ybG8UFPP1h9UmwkYyGM5e5eL-GqZT9gdhAjARkt4UZCk_AsVJWFmBSnk

Pemohon juga boleh hadir ke Pejabat KEJORA bagi mendapatkan Borang Permohonan KEJORA Bakti Siswa.

Tarikh Permohonan

1 Julai 2022- 31 Disember 2022

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

  • Encik Amir Hafizal – 07 882 3086
  • Cik Norniza – 07 882 3085
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!