Apakah yang dimaksudkan dengan Kad UNHCR Rohingnya? Apakah pula keistimewaannya kepada status pelarian, hak perlindungan antarabangsa dan isu imigresen?
Sejak akhir-akhir ini memang banyak isu berkaitan Rohingya dibangkitkan terutamanya dari bibir masyarakat Malaysia sendiri yang seakan-akan sudah muak dengan kebanjiran pelarian etnik ini saban tahun.
Ramai mungkin masih keliru dengan kewujudan Kad UNHCR Rohingnya. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda maksud Kad UNHCR Rohingya, kegunaannya, serta beberapa fakta penting yang perlu diketahui oleh masyarakat.
Pengenalan Kad UNHCR Rohingya
Kad UNHCR Rohingya adalah dokumen pengenalan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kepada individu Rohingnya yang telah didaftarkan sebagai pelarian.
Fungsi kad ini menjadi bukti bahawa individu tersebut telah berada di bawah perlindungan UNHCR.
Namun yang pasti, ini bukan Kad UNHCR Rohingya bukan kad pengenalan atau dokumen kewarganegaraan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan sesebuah negara. Mana-mana pemegang Kad UNHCR yang berada di Malaysia, akan tertakluk kepada undang-undang imigresen negara.
CONTOH KAD UNHCR ROHINGNYA

Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) Mekanisme Tunggal Menguruskan Pelarian Mulai 1 Januari 2026
Berkuat kuasa 1 JANUARI 2026, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperkenalkan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) sebagai mekanisme tunggal dan rasmi kerajaan dalam menguruskan pelarian di Malaysia. Langkah ini memastikan keselamatan negara terus terjamin melalui sistem data yang lebih tersusun, sahih dan bersepadu.
Tahukah anda, Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967. Justeru, negara ini tidak terikat dengan obligasi antarabangsa untuk memperuntukkan status, hak dan perlindungan pelarian seperti yang termaktub dalam konvensyen tersebut.
Walau bagaimanapun, Malaysia kekal mengambil pendekatan berperikemanusiaan dengan membenarkan pelarian tinggal sementara sebagai negara transit, sama ada sehingga keadaan di negara asal kembali selamat atau melalui proses penempatan semula ke negara ketiga.
Fungsi Kad UNHCR pada awalnya diberikan kepada pelarian oleh wakil-wakil UNHCR, di mana ia hanya sebagai:
- Pengenalan Diri : Bukti identiti sah seorang pelarian. Kad ini dikeluarkan oleh UNHCR.
- Perlindungan Asas : Mendapat perlindungan antarabangsa dari dihantar pulang ke negara asal secara paksa.
- Akses Kesihatan : Mendapat bantuan rawatan tertentu dengan kos yang lebih rendah.
- Bantuan Kemanusiaan : Membolehkan UNHCR mengesan dan membantu mereka dari segi kebajikan, pendidikan, atau bantuan kemanusiaan.
PENTING UNTUK FAHAM BAHAWA KAD INI membuktikan bahawa individu tersebut berada di bawah perlindungan UNHCR. Tetapi, ia bukanlah permit kerja atau pasport seperti mana pekerja asing yang datang secara sah ke Malaysia.
Sebaliknya, dokumentasi identiti UNHCR tidak mempunyai nilai undang-undang formal di Malaysia. Namun, ia mungkin mengurangkan risiko penangkapan, dan membenarkan akses terhad kepada perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan sokongan penting lain daripada UNHCR.
Dengan pelaksanaan DPP, kerajaan menggantikan sistem pendaftaran unilateral UNHCR bagi memastikan kawal selia yang lebih teratur dan sah.

DPP Bukan Jaminan Pelarian Kekal Bermastautin Di Malaysia
Bagi memastikan tadbir urus yang lebih tersusun serta menjaga keselamatan negara, Kerajaan telah melaksanakan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 23 Tahun 2023, termasuk pengenalan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) sebagai dokumen tunggal rasmi di bawah sistem Kerajaan.
Pelaksanaan Program DPP turut mengambil pendekatan kemanusiaan secara terkawal tanpa menjejaskan undang-undang negara, di samping memastikan setiap proses pengurusan dilaksanakan secara lebih berkesan, telus dan profesional.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bukan jaminan kepada pelarian dan pemohon suaka untuk kekal bermastautin di Malaysia, tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut laporan terkini oleh Buletin TV3, beliau berkata, pengurusan akhir di bawah program itu hanya melibatkan tiga ketetapan utama iaitu penghantaran pulang ke negara asal apabila keadaan mengizinkan, penempatan ke negara ketiga melalui kerjasama agensi antarabangsa atau pengusiran sekiranya individu terbabit melanggar undang-undang negara.

Siapa Orang Rohingya?
Menurut Rohingnya Culture Center, Rohingya ialah kumpulan etnik Muslim yang berasal dari wilayah Arakan (kini dikenali sebagai Negeri Rakhine) di Myanmar. Dari segi bahasa, budaya dan identiti, mereka adalah sangat berbeza dari majoriti penduduk Myanmar sendiri.
Berdasarkan rekod sejarah, komuniti Rohingnya ini telah menetap di Arakan selama beberapa generasi sebelum zaman penjajahan British lagi.
Penemuaan ini dicatatkan oleh kajian penulisan oleh Dr. Francis Buchanan-Hamilton, seorang doktor dan ahli geografi British, yang manyatakan bahawa penduduk Muslim yang telah lama menetap di Arakan menggelarkan diri mereka sebagai “Rooinga”, merujuk kepada penduduk asal Arakan.
Sepanjang Sejarah, Rohingnya pernah melalui beberapa siri konflik politik dan etnik. Sehinggalah setelah Myanmar merdeka pada tahun 1948, kerajaan mereka masih tidak mahu untuk mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu etnik rasmi Myanmar.
Dan hari ini, etnik Rohingya menjadi antara satu kumpulan pelarian terbesar di dunia dan melarikan diri ke pelbagai negeri jiran terdekat seperti Bangladesh, Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Kenapa Orang Rohingya Boleh Sampai di Malaysia?
Menurut Tan Pok Suan, penyelidik dari UKM yang menulis tentang Kehidupan Rohingnya di Malaysia: Perjuangan dalam Ketidakpastian Hidup, mendapati bahawa etnik ini telah berada di Malaysia melebihi 15 tahun iaitu sebelum tahun 1988 lagi.
Manakala kajian oleh Ruhanas Harun dalam Jurnal of Public Security and Safety pula, menyatakan etnik Rohingya telah datang ke Malaysia sejak awal 1970 bersama-sama dengan pelarian Kemboja yang melarikan diri semasa konflik Indochina.
Namun, data UNHCR merekodkan pelarian Myanmar ini paling ramai masuk ke Malaysia iaitu sebanyak 141,570 orang adalah pada tahun 2015 melalui jalan laut.
Berapa Orang Rohingya di Malaysia?
Laporan yang dikeluarkan oleh Berita RTM, bertarikh 14 Ogos 2025 mendapati kira-kira 150,000 pelarian Rohingya berada di Malaysia sejak konflik melibatkan etnik tersebut berlaku di Myanmar.
Kenapa Orang Rohingnya Pilih Malaysia?
Berdasarkan kajian Migrasi Rentas Sempadan Etnik Rohingya dan Implikasi Terhadap Malaysia (2016), Malaysia dan Indonesia menjadi negara destinasi pelarian Rohingya atas faktor negara-negara ini mempunyai majoriti penduduk Islam.
Ini memberi keyakinan dan kepercayaan dalam mendapatkan perlindungan kerana mereka juga beragama Islam dan mempunyai ciri-ciri budaya yang sama.
Kesan Kemasukan Etnik Rohingya di Malaysia
Memetik kajian oleh Jurnal Sains Insani (2016) yang diterbitkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia, terdapat beberapa implikasi migrasi rentas sempadan oleh etnik Rohingya terhadap Malaysia, iaitu:
- Menjejaskan imej Malaysia di antarabangsa sehingga telah dilabelkan sebagai negara yang lemah dari aspek kawalan sempadan.
- Meningkatkan isu pemerdagangan manusia.
- Meningkatkan tekanan tanggungjawab sosial dan misi kemanusiaan.
- Meningkatkan isu masalah sosial dalam masyarakat tempatan.
- Meningkatkan kes statistik pemalsuan dokumendokumen perjalanan negara seperti passport, PLKS, IC, surat kelahiran, kad UNHCR dan sijil perkahwinan.
Soalan Lazim Kad UNHCR Rohingya
Kad UNHCR Rohingya ialah dokumen pengenalan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kepada individu Rohingya yang telah didaftarkan sebagai pelarian atau pemohon suaka. Kad ini menunjukkan bahawa pemegangnya berada di bawah perlindungan UNHCR. Namun, berkuatkuasa 1 Januari 2026, kerajaan Malaysia tela menggantikan sistem pendaftaran unilateral UNHCR dengan pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi memastikan kawal selia yang lebih teratur dan sah.
Tidak. Kad UNHCR bukan kad pengenalan kebangsaan, pasport atau dokumen kewarganegaraan yang dikeluarkan oleh kerajaan sesebuah negara. Ia hanya berfungsi sebagai bukti pendaftaran dengan UNHCR. Perlu diingatkan bahawa mulai 1 Januari 2026, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperkenalkan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) sebagai mekanisme tunggal dan rasmi kerajaan dalam menguruskan pelarian di Malaysia, sekaligus menggantikan Sistem UNHCR
Kad ini digunakan untuk mengesahkan status seseorang sebagai pelarian atau pemohon suaka yang berdaftar dengan UNHCR. Ia juga membantu UNHCR mengenal pasti dan memberikan perlindungan serta bantuan kepada individu terbabit. Namun, berkuatkuasa 1 Januari 2026, kerajaan menggantikan sistem pendaftaran unilateral UNHCR dengan pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi memastikan kawal selia yang lebih teratur dan sah.
Tidak. Semua pemegang Kad UNHCR yang berada di Malaysia tetap tertakluk kepada undang-undang negara termasuk undang-undang jenayah dan imigresen.
Ya. Jika mereka melakukan kesalahan jenayah atau melanggar undang-undang imigresen, mereka boleh ditahan, disiasat, didakwa dan dihukum mengikut undang-undang Malaysia.
UNHCR tidak menyediakan bantuan undang-undang bagi kesalahan jenayah yang tidak berkaitan dengan isu imigresen. Pemegang kad tetap perlu melalui proses perundangan seperti individu lain.
Rohingya ialah kumpulan etnik Muslim yang berasal dari wilayah Arakan atau Negeri Rakhine di Myanmar. Mereka mempunyai bahasa, budaya dan identiti yang berbeza daripada majoriti penduduk Myanmar.
Mereka menghadapi konflik, diskriminasi dan tidak diiktiraf sebagai salah satu etnik rasmi Myanmar. Keadaan ini menyebabkan ramai Rohingya melarikan diri ke negara lain untuk mendapatkan perlindungan.
Tidak semestinya. Hanya individu yang telah berjaya didaftarkan dan diiktiraf oleh UNHCR sebagai pelarian atau pemohon suaka akan menerima dokumen pengenalan daripada UNHCR.
Tidak. Kad UNHCR bukan permit kerja dan tidak secara automatik memberikan hak pekerjaan yang diiktiraf di bawah undang-undang Malaysia.
Sumber:




