Cuti Peristiwa Di Johor Sempena Kemenangan Piala FA 2022

Johor Cuti Peristiwa pada 11 Sept 2022 sempena kemenangan JDT merangkul Piala FA – MB Johor

Johor Bahru: Kerajaan Johor mengisytiharkan esok sebagai Cuti Khas Peristiwa, sempena kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi final Piala FA, tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor,Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, pengisytiharan cuti khas itu sekali gus menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar.

“Sempena kejayaan pasukan JDT menjuarai Piala FA 2022, kerajaan Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 11 September atau esok sebagai hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh rakyat negeri.

“Pemberian Cuti Khas Peristiwa ini dibuat sebagai tanda meraikan dan memberikan penghargaan kepada semua penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang telah memberikan sepenuh komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan JDT dalam mengharumkan nama Johor Darul Ta’zim.

“Keputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369],” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Johor cuti piala fa

Sementara itu, Menteri Besar Johor turut berkongsi hantaran terkini untuk mengucapkan tahniah dan mengumumkan cuti khas sempena kemenangan ini di media sosial.

Cuti Peristiwa Di Johor Sempena Kemenangan Piala FA 2022

Syukur Alhamdulillah di atas kejayaan JDT merangkul Piala FA 2022 menentang Terengganu FC, dengan jaringan gol 3 – 1.

Bagi meraikan kemenangan ini, kerajaan negeri berbesar hati mengumumkan hari Ahad, 11 September 2022 sebagai cuti peristiwa untuk Johor.

Ini sebagai tanda penghargaan di atas sokongan padu yang sentiasa diberi oleh penyokong skuad Harimau Selatan. Terima kasih juga kepada mereka yang turut hadir memberikan sokongan kepada JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Luaskan Kuasamu Johor!

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

YAB DATO ONN HAFIZ BIN GHAZI
MENTERI BESAR JOHOR

Sumber: Facebook Onn Hafiz

Baca juga: SOP Terkini Pelitup Muka Di Tempat Awam & Sekolah KPM

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!