Istighfar (اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ) : Maksud Astaghfirullahaladzim & Kelebihan

Istighfar Boleh Menarik Rezeki? – Ini Kelebihan Rajin Mengucapkan Astaghfirullahaladzim!

Sebagai hamba Allah yang penuh dengan kelemahan, kita seringkali melakukan dosa sama ada secara sengaja atau tidak disebabkan oleh kelalaian dan kealpaan diri sendiri.

Baiknya Allah, sebanyak mana pun dosa yang kita lakukan, dengan sifatnya yang Maha Pengampun Dia pasti mengampuninya sekiranya kita bertaubat dan memohon keampunan dengan beristighfar. 

Tahukah anda, Nabi Muhammad SAW sentiasa melazimi istighfar walaupun Allah SWT telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang. 

Di dalam sebuah hadith, diceritakan bahawa Nabi SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam al-Bukhari:

 Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. [Riwayat al-Bukhari (6307)]

Bagaimana pula dengan kita?

Maksud Istighfar

Apakah itu istighfar?

Istighfar bermaksud memohon keampunan dengan Allah atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan dengan menundukkan hati, jiwa dan fikiran. 

Firman Allah yang bermaksud:

Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Merahmati. – Surah al-Muzammil ayat 20

BACA JUGA: Doa Syifa, Selawat Syifa & Ayat-Ayat Syifa Dalam Alquran

Lafaz Istighfar

Berikut ialah antara lafaz-lafaz istighfar yang anda boleh amalkan:

Istighfar astaghfirullah

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ

Astaghfirullahaladzim

Maksud: Aku memohon keampunan daripada Allah yang maha agung. 


Istighfar astaghfirullah

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه

Astaghfirullahaladzim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih

Maksud: Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada tuhan selain Dia, yang hidup dan berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya


سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

‘SubhanakaAllahumma wa bihamdika, ash-hadu an la ilaha ilia Anta, astaghfiruka wa atubu ilaika 

Maksud: Maha Suci Engkau, ya Allah dan puja puji untuk-Mu. Aku naik saksi tiada tuhan selain Engkau. Aku memohon keampunan daripada-Mu dan bertaubat kepada-Mu.

NOTA: Bacaan istighfar ini biasanya dibaca selepas majlis (apabila majlis hendak bersurai). Ia juga dikenali sebagai tasbih kaffarah.



اللّٰهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِيْ، فَاغْفِرْ لِيْ، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلَّاأَنْتَ۔

Allahumma anta rabbi la ilaha illa anta, khalaqtani wa-ana ‘abduk, wa-ana ‘ala ‘ahdika wawa‘dika mas-tata‘t, a‘uudzu bika min sharri ma sana‘t, abuu-u laka bini‘matika ‘alay, wa-abuu-u bidzanbee, faghfir lii fa-innahu la yaghfiru-dzunuuba illa ant

Maksud: Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan yang disembah melainkan Engkau. Engkau telah menjadikan aku, dan aku ialah hamba Mu, aku tetap atas amanah-Mu dan janji-Mu sekadar kesanggupan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui kepada-Mu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah aku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampuni dosa-dosaku selain Engkau.

NOTA: Ini adalah Sayyidul Istighfar (penghulu segala istighfar)


Maksud: Ya Allah, aku memohon ampun kepada-Mu daripada segala dosa yang aku telah bertaubat kepada-Mu kemudian aku ulanginya. Aku memohon kepada-Mu daripada segala perkara yang telah aku berjanji kepada-Mu daripada diriku yang tidak aku tunaikannya kepada-Mu. Aku memohon ampun kepada-Mu daripada segala amalan yang ingin aku lakukan kerana wajah-Mu, lalu ia bercampur aduk dengan selain daripada-Mu. Aku memohon keampunan-Mu daripada segala nikmat yang Engkau telah beri kepadaku lalu aku menggunakannya untuk mengerjakan maksiat terhadapMu. Aku memohon keampunan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nyata daripada segala dosa yang aku kerjakannya di cahaya siang dan kegelapan malam, di khalayak ramai, bersendirian, secara rahsia dan terang-terangan, wahai Tuhan Yang Maha Penyantun.


VIDEO : ZIKIR MUNAJAT ASTAGHFIRULLAHALAZIM

Astaghfirullahaladzim, Astaghfirullahaladzim, Astaghfirullahaladzim, Tubna ilallah, wa raja’na ilallah, wa nadimna ‘alaa maa fa’alnaa

Maksud: Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung (3 kali). Kami telah bertaubat kepada Allah, kami telah kembali kepada Allah, kami telah menyesal atas apa yang telah kami lakukan, dan kami berazam untuk tidak lagi mengulangi dosa selama-lamanya.

NOTA: Bacaan istighfar ini boleh diamalkan untuk menenangkan hati dan menyesali dosa-dosa yang dilakukan. 


رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى

Maksud: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, kasihilah aku, tutupilah aibku, tinggikanlah darjatku, berikanlah aku rezeki, tunjukkanlah aku, sejahterakanlah aku dan maafkanlah aku.

NOTA: Ini adalah bacaan semasa duduk antara dua sujud. 


astaghfirullahaladzim

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي، وَوَسِّعْ لِي فِي دَارِي، وَبَارِكْ لِي فِي رِزْقِي

Maksud: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, lapangkanlah rumah tanggaku dan berkatkanlah rezekiku.

NOTA: Ini adalah bacaan semasa permulaan wuduk atau di pertengahannya.  

ISTIGHFAR 100 KALI

Dari Abdullah ibnu Umar RA:

Kami pernah menghitung (istighfar) Rasulullah SAW dalam suatu majlis sebanyak 100 kali:

رَبِّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ علي إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

“Wahai Tuhanku! Ampunilah aku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengampun.” (Hadith Riwayat Abu Daud)

istighfar astaghfirullahaladzim

Marilah sama-sama kita amalkan setiap hari. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita.

ISTIGHFAR SELEPAS SOLAT

Daripada Tsauban RA, beliau berkata:
Apabila Rasulullah SAW selesai daripada solatnya, baginda akan memohon keampunan sebanyak tiga kali. Baginda juga akan menyebut:

اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
(Ya Allah, Engkaulah yang Maha Sejahtera, daripada Engkaulah kesejahteraan. Engkau yang penuh keberkatan yang memiliki keagungan dan kemuliaan.)

Al-Walid bertanya kepada Al-Awzai’e: Bagaimanakah cara beristighfar? Beliau menjawab: Engkau sebutlah:

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ
(Aku memohon keampunan Allah, aku memohon keampunan Allah).

astaghfirullahaladzim

Jom kita amalkan.


Hikmah Mengamalkan Istighfar

  1. Mendapatkan keampunan Allah. 
  2. Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.
  3. Mendekatkan diri kepada Allah.
  4. Meningkatkan ketakwaan diri.
  5. Dikurniakan rezeki yang melimpah. 
  6. Dipermudahkan segala urusan yang sulit. 
  7. Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah SWT dalam hidup dunia dan akhirat.
istighfar astaghfirullah astaghfirullahaladzim

Bila Masa Sesuai Beristighfar?

Antara masa-masa yang digalakkan untuk beristighfar adalah:

  • Sepanjang hari dan malam.
  • Sesudah melakukan dosa.
  • Ketika hendak tidur.
  • Ketika hendak bersahur.
  • Setelah selesai berwuduk.
  • Ketika duduk antara dua sujud.
  • Sesudah membaca tahiyat (tasyahud akhir).
  • Ketika hendak meninggalkan sesuatu majlis.

Penutup

Terdapat banyak kelebihan beristighfar untuk sesiapa yang sering mengamalkannya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa melazimi istighfar serta menggolongkan kita dalam kalangan penghuni syurga.

RUJUKAN: https://www.muftiwp.gov.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!