i-Sinar KWSP: Semakan Status Pengeluaran RM10,000 (Kategori 1)

Pengeluaran Akaun 1 KWSP kini boleh dimohon melalui i-Sinar KWSP.

Semakan status akan dibuka mulai 4 Januari 2021 nanti.

Permohonan terbuka kepada semua ahli KWSP yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.

Had pengeluaran i-Sinar dari RM4,000 sehingga maksimum RM60,000 bergantung kepada jumlah baki akaun 1 anda.

Terkini, seramai 8 juta ahli yang terkesan boleh mengeluaran RM10,000 dari akaun 1.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000, membabitkan peruntukan RM70 bilion.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Berikut adalah perincian serta syarat kelayakan bagi memohon pengeluaran akaun 1 KWSP ini.

Baca juga: Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Pengeluaran KWSP i-Sinar

Permohonan boleh dibuat mulai Disember 2020.

Ahli yang terjejas boleh memohon melalui sistem rasmi i-Sinar (link akses akan dikemaskini nanti).

Bayaran akan dibuat pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.

Bayaran pertama i Sinar akan dibuat bulan Januari 2021 selama tempoh 6 bulan dari tarikh pertama pengkreditan.

Syarat Kelayakan

Berbeza dengan i-Lestari yang membolehkan ahli mengeluarkan RM500 sebulan dari akaun 2, i-Sinar membolehkan ahli mengeluarkan 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Manakala ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000.

Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%.

Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000.

Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

Sebagai contoh:

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan.

Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula.

Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Proses Pengeluaran Akaun 1

Untuk maklumat lanjut dan proses permohonan pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1 KWSP, sila rujuk portal rasmi di https://isinar.kwsp.gov.my

Semakan Status Pengeluaran

Semakan status pengeluaran iSinar boleh dibuat mulai 4 Januari 2021.

Kami akan kemaskini info lanjut tentang status pengeluaran dari semasa ke semasa.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran pertama iSinar akan dibuat pertengahan Januari 2021.

Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.

Pembayaran akan dibuat melalui direct credit ke akaun bank yang telah didaftarkan semasa proses permohonan.

Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Soalan Lazim

Bilakah pengeluaran i-Sinar boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat mulai Disember 2020.

Berapakah had pengeluaran Akaun 1 KWSP?

Bergantung kepada jumlah baki akaun 1 ahli. Had maksimum adalah RM60,000 sahaja.

Adakah saya layak memohon?

Sekiranya memenuhi syarat kelayakan KWSP i-Sinar, maka anda layak membuat pengeluaran Akaun 1.

Bilakah wang akan dikreditkan ke akaun saya?

Pembayaran pertama akan dibuat mulai Januari 2021.

Permohonan i-Lestari saya sudah pun lulus, bolehkan saya memohon i-Sinar?

Boleh.

Kenapa tidak semua ahli layak memohon iSinar?

Kerana ianya hanya untuk mereka yang betul-betul memerlukan sahaja.

Kenapa kena kekalkan bagi RM100 dalam akaun?

Kerana RM100 adalah amaun minimum yang diperlukan untuk kekalkan keahlian anda dalam KWSP.

Bilakah semakan status pengeluaran boleh dibuat?

Mulai 4 Januari 2021.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!