Berminat membina kerjaya dalam industri harta tanah tetapi masih tercari-cari institusi yang menawarkan laluan profesional?
Institut Penilaian Negara (INSPEN) kini membuka permohonan bagi pengambilan pelajar 2026 untuk beberapa program sijil dalam bidang penilaian, pengurusan dan agensi harta tanah.
Menariknya, tempoh pengajian hanya 1 tahun 6 bulan, dengan yuran serendah RM365 setiap semester, malah pelajar yang layak turut menerima elaun makan RM20 sehari atau RM600 sebulan serta kemudahan penginapan percuma.
Berikut dikongsikan maklumat lengkap mengenai kelebihan INSPEN yang mungkin ramai tak pernah tahu! Kami juga akan kongsikan cara permohonan serta tarikh penting bagi kemasukan sesi 2026/2027 ini.

Apa Itu INSPEN?
Institut Penilaian Negara (INSPEN) ialah institusi latihan di bawah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada tahun 1985.
Pada asalnya, INSPEN diwujudkan bagi melatih pegawai kerajaan dalam bidang penilaian harta tanah. Kini, institusi ini turut menawarkan program pendidikan kepada orang awam yang ingin membina kerjaya profesional dalam industri harta tanah.
Bidang ini juga merupakan profesion yang dikawal selia oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH) di bawah Kementerian Kewangan.

Kelebihan & Program Yang Ditawarkan INSPEN
INSPEN menawarkan empat program utama iaitu:
- Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT)
- Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT)
- Sijil Agensi Harta Tanah (CEA)
- Certified Property Management Programme (CPMP)
Terdapat pelbagai kelebihan bagi pelajar INSPEN, tak kiralah sama ada pelajar mod perdana mahupun mod eksekutif.

Antara keistimewaannya adalah seperti berikut:
Mod Perdana
Pelajar Mod Perdana menikmati pelbagai kemudahan seperti:
- Tempoh pengajian hanya 1.5 tahun
- Yuran hanya RM365 setiap semester
- Elaun makan RM600 sebulan (tertakluk syarat)
- Penginapan percuma
- Dilindungi insurans pelajar
- Kemudahan perpustakaan dan fasiliti sukan
- Peluang menyambung pengajian ke diploma dan ijazah di UiTM, UM, UTM dan UTHM melalui APEL.A
Mod Eksekutif
Bagi mereka yang sudah bekerja, Mod Eksekutif menawarkan kelebihan seperti:
- Pensyarah daripada kalangan profesional industri
- Yuran yang berpatutan
- Layak mendaftar sebagai Probationary Estate Agent atau Probationary Property Manager
- Yuran kursus boleh dituntut melalui HRD Corp, tertakluk kepada terma dan syarat.
Adakah Sijil INSPEN Diiktiraf?
Sudah tentu! Program yang ditawarkan oleh INSPEN diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) iaitu:
Program:
- Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT)
- Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT)
Selain itu, graduan INSPEN juga mempunyai peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma dan ijazah, termasuk melalui laluan APEL.A bagi program tertentu.
Manakala dalam industri harta tanah, program yang ditawarkan oleh INSPEN mendapat pengiktirafan daripada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH) menjadi antara laluan untuk membina kerjaya profesional dalam bidang ini.

Program:
- Sijil Agensi Harta Tanah (CEA)
- Certified Property Management Programme (CPMP)
Graduan yang menamatkan pengajian layak untuk berdaftar sebagai Probationary Estate Agent (PEA) atau Probationary Property Manager (PPM) dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH), tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh lembaga.
Pendaftaran ini merupakan langkah awal sebelum memperoleh kelayakan profesional untuk menjadi ejen harta tanah atau pengurus harta berdaftar, termasuk membuka firma harta tanah sendiri pada masa hadapan.
Untuk memudahkan anda memahami laluan pendidikan graduan INSPEN, sila rujuk infografik di bawah:

Jadi, Graduan INSPEN Boleh Kerja Apa Bila Habis Belajar Nanti?
Bidang harta tanah merupakan salah satu kerjaya profesional di Malaysia, setanding dengan profesion seperti arkitek, jurutera dan akauntan.
Program yang ditawarkan memberi laluan kepada pelajar untuk menjadi:
- Penilai Harta Tanah
- Pengurus Harta
- Ejen Harta Tanah
Graduan dalam bidang ini juga mempunyai peluang kerjaya yang jauh lebih luas termasuk dalam pelbagai sektor, antaranya:
- Sektor Kerajaan – berkhidmat di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), kementerian, agensi kerajaan dan badan berkanun bagi menjalankan kerja-kerja penilaian harta tanah.
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – terlibat dalam penilaian harta bagi tujuan cukai taksiran, caj pemajuan dan urusan berkaitan pentadbiran tempatan.
- Institusi Perbankan dan Kewangan – membantu menentukan nilai pasaran harta tanah bagi tujuan pinjaman, pembiayaan dan pengurusan risiko.
- Syarikat Korporat dan Pemaju Harta Tanah – mengurus aset harta tanah , pelaburan, pembangunan projek serta pengurusan bangunan.
- Firma Penilai dan Agensi Harta Tanah – memberi khidmat profesional dalam urusan jual beli, sewaan, pajakan dan pengurusan Harta tanah.
- Membuka Firma Sendiri – selepas memenuhi syarat profesional yang ditetapkan oleh LPEPH, graduan juga berpeluang menjadi prinsipal dan membuka firma harta tanah sendiri.

Dengan perkembangan pesat sektor harta tanah di Malaysia, prospek kerjaya dalam bidang ini kekal cerah, sama ada di sektor awam, swasta mahupun sebagai usahawan.
Salah satu faktor yang menjadikan INSPEN pilihan ialah kadar kebolehpasaran graduan melebihi 95%.
Ini disokong oleh:
- kerjasama dengan lebih 400 firma harta tanah
- peluang latihan industri
- permintaan tinggi daripada industri
- peluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi
Saya Berminat! Bagaimana Nak Mohon?
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi INSPEN : https://icms.inspen.gov.my/
Selain itu, calon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan melalui brosur digital INSPEN atau menghubungi pihak institusi secara terus.
- Telefon: 03-8911 8800
- WhatsApp: 011-2139 7232 (Pusat Akademik)

Tarikh Penting Permohonan INSPEN 2026
Oh ya, bagi yang berminat, jangan lupa simpan tarikh penting ini untuk memudahkan anda merancang. Pastikan anda tidak terlepas tarikh tutup permohonan dan pendaftaran nanti ya!
Tarikh Tutup Permohonan
- SPHT / SPGT / CEA (Mod Perdana): 30 September 2026
- CEA (Mod Eksekutif): 16 Oktober 2026
- CPMP: 16 Oktober 2026
Tarikh Pendaftaran Pelajar Baharu
- SPHT / SPGT / CEA (Mod Perdana): 2 November 2026
- CEA (Mod Eksekutif): 10 Disember 2026
- CPMP: 10 Disember 2026

Soalan Lazim Tentang INSPEN
Program Mod Perdana dibuka kepada lepasan SPM yang berumur 17-21 tahun yang memenuhi syarat kemasukan, manakala Mod Eksekutif sesuai untuk individu yang ingin meningkatkan kelayakan profesional dalam bidang harta tanah (berumur 17-65 tahun).
Yuran bagi Mod Perdana serendah RM365 setiap semester.
Ya. Pelajar yang layak boleh menerima elaun makan RM600 sebulan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Tempoh pengajian Mod Perdana ialah 1 tahun 6 bulan.
Ya. INSPEN memaklumkan kadar kebolehpasaran graduannya melebihi 95% hasil kerjasama dengan lebih 400 firma harta tanah dan permintaan tinggi dalam industri.
Institut Penilaian Negara (INSPEN) merupakan institusi latihan awam di bawah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada tahun 1985. INSPEN berperanan meningkatkan kompetensi modal insan dalam bidang penilaian dan perkhidmatan harta melalui latihan, penyelidikan dan pendidikan. Program-program latihan dan pendidikan yang ditawarkan terbuka kepada pengamal industri harta tanah dari sektor awam dan swasta.




