Insentif Pendidikan Kelahiran Baru Anak Veteran ATM 2022

Insentif Pendidikan Kelahiran Baru Anak Veteran ATM

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Veteran ATM (YVATM) kini menawarkan satu insentif pendidikan khas untuk anak-anak Veteran ATM yang lahir pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.

Insentif ini diwujudkan bagi menyediakan satu simpanan pendidikan khas kepada anak-anak Veteran ATM untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi pada masa akan datang.

Simpanan yang ditawarkan adalah berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional Prime (SSPN Prime) iaitu produk simpanan patuh syariah untuk perancangan kewangan bagi pendidikan tinggi.

Untuk makluman, bantuan ini ditawarkan kepada 1,000 pemohon pertama yang berkelayakan.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai bantuan yang ditawarkan secara lebih lanjut.

Baca Juga : Permohonan Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM

Insentif Pendidikan Kelahiran Baru

Apakah Insentif Pendidikan Kelahiran Baru Anak Veteran ATM?

Insentif Pendidikan Kelahiran Baru Anak Veteran ATM adalah sumbangan RM1000 berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional Prime (SSPN Prime) yang terbuka kepada 1000 orang anak-anak veteran ATM.

Simpanan ini hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

Tarikh Permohonan

Ibu bapa yang berminat boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 31 Mac 2023.

Kelebihan Insentif Pendidikan Kelahiran Baru Anak Veteran ATM 2022

Tidak hanya berfungsi sebagai simpanan masa depan, malah insentif Pendidikan Kelahiran Baru untuk anak-anak veteren ini menawarkan pelbagai kelebihan seperti :

  • Pemberian dividen setiap tahun.
  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000.00.
  • Pemberian geran sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga.
  • Perlindungan takaful percuma.
  • Khairat kematian.

Syarat Permohonan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Terbuka kepada anak-anak Veteran ATM beragama Islam yang lahir pada 1 Januari 2022 hingga 31 Disimber 2022.
  2. Permohonan yang berjaya akan menerima insentif RM1,000.00 berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional Prime (SSPN Prime).
  3. Permohonan terbuka kepada 1,000 orang anak-anak Veteran ATM sahaja.
  4. Simpanan hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

Kaedah Permohonan

Anda boleh ikuti kaedah permohonan seperti berikut :

  1. Layari pautan https://yvatm.my/#/insentif-pendidikan.
  2. Klik butang ‘Klik Butang Mendaftar.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Hantar.’

Pemohon juga diminta untuk muat naik dokumen seperti berikut :

  1. Kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)
  2. Kad pengenalan anak (depan dan belakang)

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Insentif Pendidikan Kelahiran Baru bagi anak-anak veteran ATM, sila layari pautan berikut :

https://yvatm.my/#/insentif-pendidikan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!