Permohonan Insentif Haji Muassasah Selangor 2026

insentif haji muassasah
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan Insentif Haji Muassasah 1447H / 2026M yang akan memberikan bantuan wang tunai kepada 6,000 bakal jemaah haji muassasah tahun ini.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai insentif ini.

Apakah Insentif Haji Muassasah Selangor?

Insentif Haji Muassasah merupakan bantuan ibadah haji khusus buat para muslimin dan muslimah di Selangor yang layak yang menawarkan bantuan sumbangan kepada bakal jemaah haji.

Sejak mula dilaksanakan pada tahun 2022 oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI, insentif ini telah memanfaatkan seramai 18,000 jemaah haji muassasah dari Selangor, iaitu 3,000 jemaah masing-masing pada tahun 2022 dan 2023, dan 6,000 jemaah masing-masing pada tahun 2024 dan 2025.

Pelaksanaan insentif ini telah diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2026 dengan peruntukan RM9 juta.

insentif haji selangor muassasah

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan insentif dibuka mulai 23 Februari 2026 (Isnin) sehingga 15 Julai 2026 (Rabu).

insentif haji selangor muassasah

Jumlah Insentif

Bakal jemaah haji yang layak akan menerima insentif sebanyak RM1,500, peningkatan sebanyak RM500 iaitu dari RM1,000 pada tahun 2025.

insentif haji selangor muassasah

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon insentif ini adalah seperti berikut:

1- Pemohon merupakan jemaah haji muassasah daripada Kumpulan B40, M40 dan T20 yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji dan tertera Kod Pakej : MUAS pada jadual penerbangan jemaah bagi tahun 1447H/2026M. Kos haji muassasah yang dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji pada tahun ni adalah berjumlah RM33,300.00 seorang. Bayaran haji bagi seorang jemaah muassasah mengikut kumpulan adalah seperti berikut : –

insentif haji selangor muassasah

2- Pemohon adalah pengundi di negeri Selangor sahaja.

Cara Memohon Insentif Haji Muassasah Selangor

Bakal jemaah haji hanya perlu membawa 2 dokumen salinan bercetak ke Pusat Khidmat Masyarakat ataupun Pejabat Penyelaras DUN terdekat iaitu:

1- Jadual Penerbangan Haji Muassasah Tahun 2026 dengan paparan KOD MUAS

insentif haji selangor muassasah
2- Salinan bercetak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tertera nama pemohon adalah pengundi di Selangor.
insentif haji selangor muassasah

Pihak Pusat Khidmat Masyarakat ataupun Pejabat Penyelaras DUN kemudiannya akan menyelaraskan permohonan tersebut kepada Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).

Soalan Lazim Insentif Haji Muassasah Selangor

Apakah yang dimaksudkan Insentif Haji Muassasah ini?

Insentif ini ialah bantuan ibadah haji oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada bakal jemaah haji di Selangor yang layak dengan menawarkan bantuan sumbangan kepada mereka.

Bilakah tarikh permohonan dibuka?

Tarikh permohonan dibuka mulai 23 Februari 2026 (Isnin) sehingga 15 Julai 2026 (Rabu).

Berapakah jumlah insentif yang bakal diterima?

Untuk tahun 2026, jumlah insentif yang bakal diterima adalah sebanyak RM1,500.

Apakah syarat kelayakan yang perlu untuk memohon insentif ini?

– Pemohon merupakan jemaah haji muassasah yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji pada tahun 2026.
– Pemohon adalah pengundi di negeri Selangor.

Bagaimanakah cara untuk saya memohon?

Pemohon boleh memohon di Pusat Khidmat Masyarakat ataupun Pejabat Penyelaras DUN terdekat dengan membawa jadual penerbangan Haji Muassasah tahun 2026 dengan paparan KOD MUAS dan salinan bercetak SPR yang tertera nama pemohon adalah pengundi di Selangor.

Info Lanjut Insentif Haji Selangor

Untuk info lanjut mengenai insentif ini, sila berhubung dengan Pusat Khidmat Masyarakat ataupun Pejabat Penyelaras DUN yang boleh dirujuk menerusi pautan https://dewan.selangor.gov.my/direktori-pusat-khidmat-adun/.

Baca juga: Bayaran Dam Pra-Syarat Visa Haji : Jumlah & Cara Bayaran

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut