Permohonan Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa 2026

inisiatif makmur pahang kluster siswa
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Mahasiswa anak Negeri Pahang yang sedang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi adalah dialu-alukan untuk memohon Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa 2026.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai inisiatif ini.

Mengenai Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa

Inisiatif Makmur Pahang atau I.M. Pahang merupakan penjenamaan semula bantuan daripada Kerajaan Negeri Pahang iaitu Bantuan Prihatin Pahang dan Program Pahang Makmur.

Pengenalan inisiatif ini sebagai satu usaha kerajaan negeri dalam menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada semua lapisan masyarakat daripada yang baru lahir sehinggalah ke peringkat warga emas.

Menerusi inisiatif ini, terdapat 5 kluster iaitu :

  • Kluster Pelajar
  • Kluster Agama
  • Kluster B40
  • Kluster Siswa
  • Kluster Umum

Bagi kluster siswa, Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa ialah bantuan dan sokongan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Pahang khusus untuk mahasiswa anak Pahang, bag meringankan beban kewangan serta menyokong kebajikan dan pembangunan pendidikan anak-anak negeri Pahang.

Untuk tahun 2026, sebanyak RM9 juta bagi pemberian bantuan ini yang akan melibatkan sebanyak 20,000 mahasiswa anak Pahang yang layak.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka sehingga 30 Jun 2026.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diberikan menerusi bantuan ini adalah sebanyak RM400.

Bantuan ini ditambah baik secara berperingkat sejak 2022 bermula RM200, dinaikkan kepada RM300 pada 2023, dan RM400 sejak 2025.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Rakyat Pahang dan pemilih berdaftar di Negeri Pahang yang boleh disemak menerusi pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan.
  2. IPTA & IPTS yang terpilih mestilah berdaftar dengan Negeri Pahang.
  3. Pemohon mestilah Tahun 2 dan ke atas serta mod pengajian sepenuh masa (Diploma/Degree/Master/PhD).

Cara Memohon

Setiap pemohon membuat permohonan baru e-Siswa 2026 menerusi pautan https://esiswa.pahang.gov.my walaupun telah mendaftar pada tahun-tahun sebelumnya.

Selepas selesai memohon, pemohon boleh membuat semakan status permohonan di “Semakan Jenis Aghan IMP Siswa 2026” di laman web yang sama.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa?

Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa merupakan bantuan dan sokongan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Pahang khusus untuk mahasiswa anak Pahang, bag meringankan beban kewangan serta menyokong kebajikan dan pembangunan pendidikan anak-anak negeri Pahang.

Jika saya ingin mendapatkan bantuan ini, adakah saya perlu untuk memohon?

Ya, Anda perlu mengemukakan permohonan melalui saluran https://esiswa.pahang.gov.my/.

Bagaimanakah saya boleh mengetahui status kelulusan permohonan?

Anda boleh menyemak status kelulusan melalui sistem E-Siswa di bahagian “Semakan Jenis Agihan IMP Siswa.”

Adakah pelajar dari semua peringkat pengajian layak untuk memohon?

Terbuka kepada pelajar tahun 2 dan ke atas semasa permohonan online dibuka bag peringkat diploma, jazah sarjana muda, jjazah sarjana dan ijazah kedoktoran.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak urusetia di talian 09-5133435 atau melalui emel [email protected].

Baca juga: TAPEM: Dermasiswa Pengajian Islam Dalam & Luar Negara

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut