Tabung Pendidikan Amanah Negeri Melaka (TAPEM) kini menawarkan Dermasiswa Pengajian Islam Dalam dan Luar Negara yang boleh dipohon menerusi https://tapemonline.melaka.gov.my.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai dermasiswa ini.

Mengenai Dermasiswa Pengajian Islam
Dermasiswa Pengajian Islam ini merupakan bantuan pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar daripada bidang Pengajian Islam yang melanjutkan pengajian di IPT sama ada dalam atau luar negara.
Bantuan pendidikan ini diwujudkan oleh TAPEM, iaitu tabung yang berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 10 yang mana pengerusinya adalah YAB Ketua Menteri Melaka.
Menerusi dermasiswa ini, ini akan menggalakkan lebih ramai pelajar daripada negeri Melaka untuk menyambung pengajian di bidang itu.
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 1 JANUARI – 30 JUN 2026.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Pemohon lahir di Negeri Melaka.
- Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Melaka.
- Bermastautin di Negeri Melaka.
- Pengundi di Negeri Melaka.
- Pemohon mesti mengikuti pengajian di IPT yang tersenarai di bawah tajaan TAPEM dan IPT tersebut mesti mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (PT) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Mendapat kepujian Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM.
- Mendapat sekurang – kurangnya (A) dalam 1 mata pelajaran Bidang Pengajian Islam di peringkat SPM.
- Pihak pengurusan TAPE berhak memutuskan permohonan yang difikirkan layak.
- Pemohon yang ahli keluarganya peminjam TAPE yang mempunyai tunggakan tidak layak memohon.
Syarat Khusus
Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus iaitu:
1- Dalam Negara Ijazah
- Memperolehi Jayyid Jiddan atau Mumtaz di peringkat STAM atau GPA: 3.00 di peringkat Diploma / STPM / Asasi
- Calon memperolehi keputusan Jayyid di peringkat STAM atau GPA: bawah 3.00 di peringkat Diploma / STPM / Asasi boleh memohon dengan syarat keputusan tahun 1 peringkat ijazahnya Jayyid Jiddan atau CGPA: 3.00 keatas
2- Luar Negara Ijazah (STAM/Diploma)
- Memperolehi Jayyid Jiddan tau Mumtaz di peringkat STAM atau CGPA: 3.00 di peringkat Diploma / STPM / Asasi
- Calon memperolehi keputusan Javvid di peringkat STAM atau CGPA: bawah 3.00 di peringkat Diploma / STPM / Asasi boleh memohon dengan syarat keputusan tahun
1 peringkat ijazahnya Jayyid Jiddan atas atau CGPA: 3.00 keatas. - Lulus Imtihan Tahdid Mustawa (uiian penentuan tahap penguasaan Bahasa Arab) layak naik tahun 1.
3- Luar Negara Ijazah (SPM)
- Mendapat sekurang-kurangnya (B) dalam matapelajaran wajib (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik) dan
- Lulus latihan Tahdid Mustawa (ujian penentuan tahap penguasaan Bahasa Arab) layak naik tahun.
Cara Memohon
Permohonan bolah dibuat menerusi laman web TAPEM iaitu https://tapemonline.melaka.gov.my.
Soalan Lazim
Tarikh permohonan dibuka mulai 1 Januari sehingga 30 Jun 2026.
Tidak. Ibu atau bapa pemohon mestilah lahir daripada Negeri Melaka.
Ya. Dermasiswa ini hanya untuk pemohon yang lahir di Negeri Melaka sahaja.
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://tapemonline.melaka.gov.my.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Dermasiswa Pengajian Islam, sila layari laman web https://tapem.melaka.gov.my/.
Baca juga: PIDN JPA: Permohonan Progam Ijazah Dalam Negara 2026




