Induce Bersalin: Proses, Risiko, Sebab dan Persediaan Bakal Ibu

Selain kaedah bersalin normal dan pembedahan, ada juga kaedah yang dipanggil sebagai induce bersalin.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan induce bersalin dan perbezaannya dengan kaedah kelahiran bayi yang lain.

Baca juga:

Apakah itu induce bersalin?

induce bersalin

Induce bersalin adalah satu kaedah yang digunakan oleh para doktor kepada ibu hamil yang sudah melepasi 41 minggu kehamilan dan tidak mempunyai tanda-tanda bukaan rahim dalam tempoh tersebut.

Doktor akan membuka jalan rahim ibu hamil secara paksa menggunakan beberapa cara.

Jenis induce bersalin

Terdapat empat jenis induce bersalin yang perlu anda tahu. Berikut adalah antaranya:

  • Induce belon: sejenis alat seperti belon dimasukkan untuk menolak pintu rahim
  • Induce ubat: pil hormon synthetic/tiruan (prostin) dimasukkan dalam faraj untuk melembutkan dan buka pintu rahim
  • Induce drip: drip dimasukkan ke dalam salur darah di tangan. Hormon oxyticin dimasukkan bagi merangsang sel-sel otot rahim untuk mengalami kontraksi
  • Menggunakan amniohook atau coccus: alat runcing ini digunakan untuk memecahkan air ketuban bagi membantu kontraksi semula jadi terjadi

Proses induce bersalin

Beza induce bersalin dengan kelahiran normal

Menurut pengalaman ibu-ibu hamil sebelum ini, induce bersalin adalah lebih sukar berbanding bersalin normal.

Dalam proses bersalin normal, kontraksi terbentuk dengan perlahan, tetapi sebaliknya dalam kelahiran induce boleh bermula dengan lebih cepat dan kuat.

Punca ibu hamil perlu induce

Anda akan dinasihatkan untuk melakukan induce untuk bersalin bila mana berlaku faktor seperti berikut:

  • tempoh bersalin melebihi pada terikh yang sepatutnya (41 – 42 minggu mengandung)
  • berlakunya kebimbangan bahawa plasenta tidak berfungsi sebagainya yang sepatutnya
  • anda mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, masalah buah pinggang, tekanan darah tinggi, atau pra-eklampsia
  • bayi anda tidak bergerak atau kurang bergerak, menunjukkan perubahan dalam kadar denyutan jantungnya atau tidak membesar dengan baik
  • air ketuban telah pecah tetapi kontraksi belum bermula secaa semula jadi

Risiko kepada ibu hamil

Pada umumnya, induce tidak memberi risiko yang teruk kepada ibu. Ia hanya kaedah untuk mempercepatkan proses bersalin.

Dilaporkan hanya sekitar 25% ibu terpaksa melakukan C-section secara emergency kerana gagal untuk induce.

Antara lain komplikasi atau risiko induce adalah seperti:

  • Kadar degupan jantung menurun dan bekalan oksigen dalam badan juga berkurang
  • Uterus terkoyak kerana pembedahan c-Section yang lepas
  • Jangkitan pada bayi dan ibu di mana membran terpaksa dipecahkan
  • Berlaku pendarahan berlebihan berpunca dari otot uterin tidak dapat mengecut dengan betul selepas bersalin 

Cara mudah untuk cepat bersalin

induce bersalin

Terdapat beberapa cara mudah untuk cepat bersalin yang boleh anda lakukan. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Bersenam

Ibu hamil yang bersenam seperti berjalan kaki atau aerobik ringan boleh meningkatkan kadar denyutan jantung. Walaupun tidaklah 100% cara ini membantu, tetapi setidaknya ia boleh menghilangkan tekanan dan memastikan badan anda bertenaga untuk melakukan aktiviti lain.

Kajian juga ada mengesyorkan saranan untuk berjalan selama 30 minit sejauh 4km selama tiga kali seminggu dari minggu ke-38 kehamilan boleh mempercepatkan proses kelahiran.

2. Melakukan seks

Aktiviti seksual akan memacu kepada proses orgasme yang membebaskan oksitosin bagi melancarkan pengecutan rahim.

Bagi ibu hamil yang melakukan hubungan seks dengan pasangannya, hormon prostaglandin dalam air mani nanti mungkin akan membantu mematangkan serviks.

3. Ransangan puting

Meransang puting denga cara mengurut, mengigit, menghisap, dan sebagainya boleh merangsang pengeluaran oksitosin.

Oksitosin inilah nantinya yang akan menyebabkan rahim mengecut dan payudara mengeluarkan susu.

4. Akupuntur

Akupuntur adalah rawatan yang memerlukan beberapa jarum halus dimasukkan pada titik tertentu pada badan sehingga menembusi kulit.

Ia dipercayai dapat mengimbangi chi atau tenaga penting dalam badan. Dalam masa yang sama merangsang perubahan dalam hormon atau dalam sistem saraf.

5. Akupresur

Akupresur adalah rawatan terapi tanpa jarum yang melibatkan tekanan manual biasanya dengan hujung jari ke titik-titik tertentu badan.

Walaupun tidak terdapat kajian yang mengesahkan manfaat ini, tetapi akupresur tetap merupakan cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan semasa bersalin.

6. Makan kurma

Kurma sangat dikenali dengan khasiatnya yang tinggi serat, tinggi potassium, rendah garam, tinggi besi, dan bekalan glukosa.

Kajian mendapati kurma yang dimakan oleh ibu hamil pada minggu-minggu akhi kelahiran boleh meningkatkan kematangan serviks dan pembesaran serviks pada permulaan bersalin

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan induce bersalin dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Pregnancy Labor and Delivery. Johns Hopkins Medicine
  2. What Does Inducing Labor Mean? Nemours Kids Health
  3. Natural Ways to Induce Labor. Healthline
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!