Advertisements

15 Pilihan Hadiah Untuk Isteri Yang Baru Bersalin

Advertisements

Anda mesti pernah dengarkan pepatah orang putih, “Happy wife, happy life”?

Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk menggembirakan dan menunjukkan penghargaan kepada isteri anda. 

Selain memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya, menghadiahkan sesuatu yang istimewa juga salah satu cara yang paling ampuh untuk menunjukkan penghargaan kepada isteri. Antara waktu yang paling terbaik, adalah setelah si dia bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda. 

hadiah untuk isteri

Sekiranya anda tidak mempunyai idea dan tidak tahu memilih hadiah untuk isteri anda, usah risau. Pada artikel kali ini kami akan kongsikan beberapa pilihan hadiah untuk isteri yang baru bersalin yang boleh anda jadikan sebagai rujukan ketika mencari hadiah kelak. 

 Jom baca! 

15 Pilihan Hadiah Untuk Isteri

1. Body & Earth Bath Spa Lavender Scent Gift Set

Hadiahkan isteri anda set spa dan penjagaan diri keluaran Body & Earth ini untuk membantu si dia menenangkan diri selepas berhempas pulas menguruskan bayi.

Terdapat pelbagai item yang disertakan sekali dalam set ini bagi membolehkan isteri anda merasa seperti berada di spa walaupun hanya di rumah! 

Body & Earth Bath Spa Lavender Scent Gift Set: https://shopee.com.my/bodyearth.os/10732789827

2. Pengisar Buah

Penjagaan kesihatan selepas melahirkan anak adalah sangat penting. Para ibu yang baru bersalin sangat digalakkan untuk mengambil buah-buahan dalam pemakanan harian.

Salah satu cara yang mudah adalah dengan meminum jus buahan. Dengan adanya pengisar buah, ia akan membantu isteri anda untuk menghasilkan jus buah dengan mudah untuk minum setiap hari. 

Pengisar buah: https://shopee.com.my/cintababy/7355798017

3. Barang Kemas Habib

Selain penjagaan kesihatan,  penjagaan emosi dan kestabilan mental juga adalah penting untuk ibu yang baru bersalin. Salah satu cara yang memang ‘konfem’ boleh menggembirakan isteri anda adalah dengan menghadiahkan si dia barang kemas Habib!

Anda boleh pilih set barang kemas mengikut bajet dan kesukaan isteri anda. Tak perlu bersusah payah, anda boleh melakukan pembelian melalui Shopee (HABIB Official Store). 

Barang kemas Habib: https://shopee.com.my/habib.os/12958136572

4. Gelang Pandora

Salah satu gelang Pandora yang sering menjadi pilihan ramai ialah Pandora Pink & Clear Sparkly Slider Bracelet. Ia juga sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk isteri anda yang tercinta. Selain mempunyai rekaan yang elegan dan menarik, gelang ini juga mempunyai harga yang harga berpatutan dan mampu milik.

Pandora Pink & Clear Sparkly Slider Bracelet: https://shopee.com.my/pandora.os/10000945678

5. Periuk Pressure Cooker Noxxa

Mempunyai teknologi tekanan udara panas yang berupaya untuk membantu menjimatkan masa memasak, periuk pressure cooker ini sememangnya menjadi dambaan para isteri. Antara jenama pilihan periuk pressure cooker yang popular ialah Noxxa. 

Walaupun harganya agak mahal, namun ia sangat berbaloi untuk membantu isteri anda memasak di dapur. Ia mempunyai pelbagai kegunaan. Anda tidak perlu lagi membeli peralatan memasak yang lain. Periuk ini boleh masak macam-macam! 

Periuk Pressure Cooker Noxxa: https://shopee.com.my/cuckoo4you/4444513093

6. Set Pinggan Mangkuk Claytan

Pasti isteri anda tersenyum lebar apabila mendapat hadiah set pinggan mangkuk yang sudah lama diidamkannya. Anda boleh dapatkan set pinggan mangkuk yang diperbuat daripada seramik keluaran Claytan. Set pinggan mangkuk ini sememangnya diakui berkualiti tinggi dan mempunyai corak yang sangat menarik hati. 

Set Pinggan Mangkuk Claytan: https://shopee.com.my/claytantablewareofficialstore/16938220754

7. Seterika Wap

Dengan wujudnya teknologi seperti seterika wap amat membantu dalam mengenakan urusan kerja rumah isteri. Oleh itu, anda boleh pertimbangkan untuk memberikan seterika wap sebagai hadiah untuk isteri anda. Ia berupaya untuk membantu menjimatkan masa menyeterika baju dan sangat mudah digunakan. 

Seterika wap: https://shopee.com.my/adx_store/15333176358

8. Tudung

Walaupun sudah memiliki berpuluh koleksi tudung, namun sekiranya anda memberikan isteri anda tudung sebagai hadiah, si dia pasti tetap akan menyukainya. Anda boleh perhatikan jenis tudung yang digemarinya dan juga warna tudung yang belum dimilikinya. 

Tudung bawal Immalis: https://shopee.com.my/sarahusna_store/14000017730

9. Kerongsang

Kerongsang adalah merupakan salah satu item yang sering diperlukan namun juga sering hilang daripada penglihatan isteri anda. 10 kali beli, 10 kali jugalah hilang!

Apa kata, kali ini hadiahkan isteri anda set kerongsang yang mempunyai 30 hingga ke 100 buah untuk satu set. Jadi, tidak ada lagi masalah kerongsang tak jumpa apabila hendak digunakan. 

Kerongsang: https://shopee.com.my/beautonkorea/13915038809

10. Beg Tangan 

Inilah masanya untuk anda hadiahkan sebuah beg tangan berjenama mewah kepada isteri anda. Selain menjadi pelengkap aksesori diri,  anda boleh hadiahkan beg tangan yang bersaiz sederhana besar untuk isteri anda meletakkan kelengkapan bayi dan juga dirinya sendiri apabila berjalan-jalan di luar kelak. 

Kalau tak mampu beli yang mahal-mahal, cukuplah anda membeli beg tangan mengikut citarasa isteri anda. Sudah pasti si dia akan tersenyum gembira!

Beg tangan: https://shopee.com.my/ifashion168.com/21909884362

11. Lipstick

Walaupun sudah bergelar ibu, tidak semestinya isteri anda perlu tampil selekeh. Bantu isteri anda untuk tampil menarik lagi seperti dirinya yang dahulu dengan menghadiahkan set lipstick kegemarannya. Anda boleh tanya terus kepada si dia ataupun beli senyap-senyap dekat Shopee dan berikan sebagai kejutan untuknya!

Lipstick: https://shopee.com.my/wardahshops.my/17073326557

12. Smart Watch

Smart watch mempunyai pelbagai fungsi yang boleh membantu isteri anda untuk memantau kesihatannya dan juga beberapa ciri menarik yang lain. Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, anda boleh mempertimbangkan untuk memberikan hadiah smart watch kepada isteri anda. 

Apple watch: https://shopee.com.my/switch_os/12896866521

13. Kasut

Hadiahkan sebuah kasut yang selesa untuk digunakan semasa berjalan-jalan terutamanya apabila perlu berulang-alik ke hospital untuk melakukan pemeriksaan untuk bayi dan isteri anda. Pemilihan kasut yang selesa dan amat penting untuk memastikan keselamatan dan juga mengelakkan kaki isteri anda sakit.

Kasut Dr Cardin: https://shopee.com.my/drcardin.os/7956219045

14. Baju Tidur

Apabila sudah memiliki anak, kebanyakan masa tidur isteri anda menjadi tidak teratur. Sepasang baju tidur yang baru mungkin boleh membantu isteri anda untuk tidur lebih lena dan mendapat rehat secukupnya. 

Baju tidur: https://shopee.com.my/dahliamelatistore/9593942807

15. Patung (Quby Plush Bear)

Walaupun kelihatan simple, namun ia pasti tetap bermakna untuk isteri anda. Dengan bajet kurang daripada RM100, anda sudah mampu memberikan kegembiraan untuk isteri anda yang tercinta. Jarang-jarang ada wanita yang tak sukakan patung tau, lebih-lebih apabila patung comel seperti Quby Plush Bear ini!

Quby Plush Bear: https://shopee.com.my/kaitoonscollection19/12012165528

Apapun, semoga isteri anda menyukai hadiah yang anda berikan!

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 5 / 5. Vote count: 1

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment