ADTEC JTM (ILP/ADTEC, JMTI) – Permohonan & Senarai Kursus

ilp adtec jmti
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

ILP/ADTEC, dan JMTI merupakan institusi latihan di bawah Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM), dahulunya dikenali sebagai Institusi Latihan Tenaga Manusia (ILJTM).

Ia dikawal selia oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Institusi ini ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.

Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mempelawa kepada semua pelajar lepasan SPM & SKM/ST yang ingin melanjutkan pengajian ke Program TVET peringkat Sijil & Diploma di institusi ADTEC JTM 2026.

Permohonan ADTEC JTM (ILP/ADTEC dan JMTI) untuk SESI 2/2026 boleh dilakukan melalui UP_TVET Perdana di https://mohon.tvet.gov.my/ ATAU https://application.jims.jtm.gov.my bermula 1 APRIL 2026 SEHINGGA 8 MEI 2026.

Anda juga boleh layari portal rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM) untuk mengetahui info terkini mengenai ILP, ADTEC, dan JMTI.

Rujuk cara permohonan, syarat kelayakan, senarai kursus, kelebihan setiap program dan tarikh pengambilan ADTEC JTM 2026 di bawah.

RINGKASAN ILP/ADTEC, JMTI 2026

ILP/ADTEC, dan JMTI ialah rangkaian institusi latihan teknikal di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang dahulunya dikenali sebagai ILJTM, kini dijenamakan semula di bawah ADTEC JTM.

Institusi ini merupakan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang memfokuskan kepada latihan TVET untuk memenuhi permintaan industri.

KOMPONEN ADTEC JTM:

  • JMTI (Institut Teknikal Jepun-Malaysia): Menawarkan diploma dan diploma lanjutan.
  • Institut Teknologi Automotif Termaju PROTON (PROTON Institute) [ADTEC Melaka]: Menawarkan Diploma, Diploma utama (DKM Tahap 4) & Diploma Eksekutif Proton
  • ADTEC (Pusat Latihan Teknologi Tinggi): Menawarkan sijil, diploma dan diploma lanjutan. (ILP sebahagian daripada ADTEC JTM)

Apa Itu ILP/ADTEC, dan JMTI?

ILP, ADTEC, dan JMTI merupakan rangkaian institusi latihan di bawah Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM), yang dahulunya dikenali sebagai ILJTM.

Berdasarkan Portal Jabatan Tenaga Manusia, ADTEC JTM kini terdiri daripada:

  • Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) – 1
  • Institut Teknologi Automotif Termaju PROTON (PROTON Institute) [ADTEC Melaka] – 1
  • ADTEC JTM – 31

Jadi secara keseluruhannya, terdapat 31 buah institusi di bawah ADTEC JTM. Ini juga bermakna ILP (Institusi Latihan Perindustrian) juga kini dikenali sebagai ADTEC JTM.

Objektif utama institusi ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

    KOMPOSISI LATIHAN

    SIJILDIPLOMADIPLOMA LANJUTAN
    Teori: 30%
    Amali: 70%
    Teori: 40%
    Amali: 60%
    Teori: 50%
    Amali: 50%

    1. Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)

    JMTI menawarkan program pengajian teknikal bagi memenuhi keperluan tenaga mahir negara yang mensasarkan 35% tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang tahun 2030.

    Program-program yang ditawarkan adalah selaras dengan keperluan industri semasa dan menggunakan peralatan serta kemudahan bengkel berteknologi tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Laman Web: https://www.jmti.gov.my/

    Program Ditawarkan:

    DIPLOMA TEKNOLOGI (AMBILAN SPM)

    DIPLOMA TEKNOLOGI / DKM TAHAP (ambilan SKM Tahap 3

    Kursus Jangka Pendek: https://www.jmti.gov.my/index.php/senarai-kjp

    2. Institut Teknologi Automotif Termaju PROTON (PROTON Institute) [ADTEC Melaka]

    ADTEC Melaka dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK7), di bawah Jabatan Sumber Manusia untuk memenuhi permintaan pekerja mahir dalam sektor industri negara ini.

    PROTON Institute (ADTEC Melaka) terletak di Alor Gajah, Melaka, hanya 3 km dari plaza tol simpang ampat, Alor Gajah, Melaka.

    Laman web: https://www.adtecmlk.gov.my/v5/

    Program Ditawarkan:

    SEPENUH MASA

    • DTAS34 DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF SERVIS
    • DFPD34 DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN (PERKAKASAN-DAI)
    • DEME34 DIPLOMA TEKNOLOGI MEKATRONIK
    • G01 DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTER (SISTEM)
    • L03 DIPLOMA TEKNOLOGI TELEKOMUNIKASI
    • PERMOHONAN PENGAMBILAN PELAJAR PROTON
    • PERMOHONAN PENGAMBILAN PELAJAR DK

    JANGKA PENDEK

    • KURSUS JANGKA PENDEK
    • DUAL VOCATIONAL TRAINING MUEHLBAUER
    • JTM-DAIKIN ACCT

    3. ADTEC JTM

    Terdapat 31 buah ADTEC JTM (ILP/ADTEC) seluruh Malaysia.  Ia menawarkan kursus peringkat Sijil dan Diploma.

    Objektif utama ADTEC JTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

    Kursus yang ditawarkan adalah berbeza mengikut lokasi. Rujuk portal Jabatan Tenaga Manusia untuk info lanjut.

    Syarat Am Kemasukan

    Berikut ialah syarat am kemasukan ke ADTEC JTM:

    LEPASAN SPMLEPASAN SKM /ST
    Warganegara Malaysia;

    Berumur 17 hingga 35 tahun;
    Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM);

    Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja); dan

    Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
    Warganegara Malaysia;

    Berumur 17 hingga 35 tahun;
    Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM/ST);

    Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan ; dan

    Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

    Cara Permohonan ADTEC JTM 2026

    Permohonan ADTEC JTM (ILP, ADTEC, dan JMTI) boleh dilakukan melalui:

    1. Portal UP_TVET Perdana: https://mohon.tvet.gov.my/
    2. Portal JiMS: https://application.jims.jtm.gov.my/

    Pautan akan dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan/ apabila permohonan dibuka kelak.

    Tarikh Pengambilan Pelajar

    Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu:

    • Sesi 1: Kemasukan Januari
    • Sesi 2: Kemasukan Julai – KINI DIBUKA

    Pengambilan Sesi Kedua untuk kemasukan Julai akan dibuka pada 1 APRIL 2026 sehingga 8 MEI 2026.

    Rujuk maklumat ambilan siri perdana TVET (termasuk ILP/ADTEC, JMTI) sesi 2/2026 di bawah

    PerkaraTarikh MulaTarikh Tamat
    Permohonan01/04/202608/05/2026
    Temuduga (Jika ada)04/05/202608/05/2026
    Tawaran Institusi Kepada Calon11/05/202622/05/2026
    Calon Setuju Terima Tawaran25/05/202607/06/2026
    Rayuan08/06/202630/06/2026
    Sumber: UP_TVET

    Pengambilan adalah melalui pautan https://mohon.tvet.gov.my/ ATAU https://application.jims.jtm.gov.my/

    • Permohonan yang tidak mendapat jawapan dua (2) bulan daripada tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya dan tiada surat-menyurat secara manual dikeluarkan. Sila rujuk carta Alir Permohonan Kemasukan di bawah untuk maklumat lanjut.
    • Semua maklumat mengenai tarikh & sesi temuduga dan keputusan permohonan hanya dipaparkan secara online di laman web JTM. Tiada surat menyurat manual dikeluarkan.
    • Calon perlu merujuk kepada Jadual & Tarikh keputusan permohonan yang dinyatakan dalam sistem untuk maklumat mengenai status permohonan.

    Senarai Kursus & Bidang Ditawarkan

    Bidang yang ditawarkan di seluruh ADTEC JTM (ILJTM) merangkumi:

    1.  Kimpalan
    2.  Pengangkutan
    3.  Perkhidmatan Kejuruteraan
    4.  Pembuatan
    5.  Penyenggaraan Elektrik
    6.  Elektronik
    7.  Percetakan
    8.  Sivil
    9.  ICT
    10.  Pengeluaran Produk

    Rujuk senarai kursus untuk setiap kategori di bawah:

    Kategori TeknologiKodNama KursusTahap
    Teknologi KimpalanA08Sijil Teknologi KimpalanSijil
    A09Sijil Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas)Sijil
    A10Sijil Teknologi Pemasangan Paip dan GasSijil
    K01Diploma Teknologi KimpalanDiploma
    K12Diploma Teknologi Pemasangan Paip Minyak Dan GasDiploma
    K14Diploma Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas)Diploma
    Teknologi PembuatanA02Sijil Teknologi Pembuatan PemesinanSijil
    A04Sijil Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die)Sijil
    A12Sijil Teknologi Reka Bentuk Produk IndustriSijil
    A15Sijil Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan)Sijil
    A17Sijil Teknologi Minyak & Gas (Lukisan Perpaipan)Sijil
    A21Sijil Teknologi Pembuatan (Perkakasan – Plastic Mould)Sijil
    J15Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan JituDiploma
    K02Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan – Mould)Diploma
    K03Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan)Diploma
    K09Diploma Teknologi Reka Bentuk Produk IndustriDiploma
    K15Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan – Die)Diploma
    K18Diploma Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan)Diploma
    VJ14Diploma Teknologi PembuatanDiploma
    LPFE45Diploma Lanjutan Teknologi PembuatanDiploma Lanjutan
    Teknologi PengangkutanSTAS02/23/03Sijil Teknologi Automotif ServisSijil
    A14Sijil Teknologi Kenderaan Perdagangan BeratSijil
    A22Sijil Teknologi Pembaikan Struktur Pesawat – Kepingan LogamSijil
    DTAS34Diploma Teknologi Pengeluaran AutomotifDiploma
    VK13Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal TerbangDiploma
    EK15Diploma Teknologi Pengeluaran AutomotifDiploma
    Perkhidmatan KejuruteraanA01Sijil Teknologi Penyelenggaraan MekanikalSijil
    A18Sijil Teknologi Minyak & Gas (Mechanical Plant Downstream)Sijil
    K11Diploma Teknologi Penyelenggaraan MekanikalDiploma
    VK04Diploma Teknologi Jaminan KualitiDiploma
    Teknologi ElektronikB04Sijil Teknologi Instrumen PerindustrianSijil
    B05Sijil Teknologi Elektronik IndustriSijil
    B06Sijil Teknologi TelekomunikasiSijil
    SEME03Sijil Teknologi MekatronikSijil
    B13Sijil Teknologi Instrumen (Kawalan Proses)Sijil
    L02 / VL02Diploma Teknologi ElektronikDiploma
    L03 / VL03Diploma Teknologi TelekomunikasiDiploma
    DEME34/04/VL08Diploma Teknologi MekatronikDiploma
    VJ13Diploma Teknologi ElektronikDiploma
    LEME45Diploma Lanjutan Teknologi MekatronikDiploma Lanjutan
    LEE145Diploma Lanjutan Teknologi Elektronik IndustriDiploma Lanjutan
    Penyelenggaraan ElektrikB01Sijil Teknologi Elektrik (Persijilan PW2)Sijil
    B19Sijil Teknologi Elektrik (Persijilan PW4)Sijil
    B02Sijil Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan UdaraSijil
    B17Sijil Teknologi Minyak & Gas (Instrumentation Plant Downstream)Sijil
    L01Diploma Teknologi Elektrik (Kuasa)Diploma
    L05Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan UdaraDiploma
    Teknologi PercetakanD01Sijil Teknologi Reka Bentuk GrafikSijil
    D03Sijil Teknologi Litografik OfsetSijil
    D04Sijil Teknologi Percetakan DigitalSijil
    P01Diploma Teknologi PercetakanDiploma
    Teknologi SivilC01Sijil Teknologi CADD-SenibinaSijil
    C02Sijil Teknologi Binaan (Berasaskan Kayu)Sijil
    C03Sijil Teknologi Binaan (Bangunan)Sijil
    C04Sijil Teknologi Binaan (Paip dan Sanitari)Sijil
    C05Sijil Teknologi Reka Bentuk Pengeluaran PerabotSijil
    C06Sijil Teknologi Binaan (Sivil & Struktur)Sijil
    C07Sijil Teknologi Penyelenggaraan Bangunan & FasilitiSijil
    M01Diploma Teknologi Binaan (Sivil & Struktur)Diploma
    M02 / VM02Diploma Teknologi Penyelenggaraan Bangunan & FasilitiDiploma
    M03Diploma Teknologi CADD SenibinaDiploma
    Teknologi ICTF01Sijil Teknologi Komputer (Sistem)Sijil
    F02Sijil Teknologi Komputer (Rangkaian)Sijil
    F04Sijil Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web)Sijil
    F05Sijil Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif)Sijil
    G01 / VJ12Diploma Teknologi Komputer (Sistem)Diploma
    G02Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian)Diploma
    G04Diploma Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web)Diploma
    G05Diploma Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif)Diploma
    LIKS45Diploma Lanjutan Teknologi Komputer SistemDiploma Lanjutan
    Pengeluaran ProdukA06Sijil Teknologi FoundriSijil
    E01Sijil Teknologi PlastikSijil
    E02Sijil Teknologi SeramikSijil
    K07Diploma Teknologi Polimer (Plastik)Diploma
    K19Diploma Teknologi FoundriDiploma
    K21Diploma Teknologi Seramik KrafDiploma
    VK06Diploma Teknologi KompositDiploma
    DPMP04Diploma Teknologi Mekanikal (Pemprosesan Bahan)Diploma

    Pemohon boleh menyemak syarat kelayakan mengikut kursus yang ditawarkan di Katalog Kursus TVET (https://mohon.tvet.gov.my/awam-kursus/katalog)

    Senarai Kursus Jangka Pendek

    Selain daripada menawarkan program-program latihan secara sepenuh masa, ADTEC JTM juga menawarkan pelbagai kursus jangka pendek secara separuh masa.

    Rujuk senarai bidang kursus yang ditawarkan di bawah:

    Layari: https://www.jtm.gov.my untuk mengetahui senarai penuh, syarat dan permohonan.

    Laluan Akademik & Kemahiran

    Berikut ialah laluan akademuk dan kemahiran

    Yuran

    Berikut ialah butiran yuran yang dikenakan untuk pelajar yang memohon ILP, ADTEC, JMTI:

    1. Sijil: Percuma, kecuali pelajar tajaan.
    2. Diploma: RM3000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)
    3. Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM700-RM850 tertakluk kepada institut).

    Fasiliti

    ADTEC JTM menyediakan pelbagai kemudahan seperti:

    • Asrama
    • Dewan kuliah, makmal komputer & bengkel latihan
    • Kemudahan sukan & riadah
    • Kantin / Kafeteria
    • Perpustakaan

    Kelebihan

    Antara kelebihan program di ILP, ADTEC dan JMTI adalah:

    1. PERCUMA Yuran Pengajian (program Sijil)
    2. PERCUMA Penginapan asrama (program Sijil sahaja)
    3. PERCUMA Makan 3 kali sehari (program Sijil & Diploma)
    4. Elaun sara hidup RM100-RM300/bulan (bergantung program & prestasi)
    5. Elaun praktikal RM200-RM300/bulan (semasa latihan industri sahaja)
    6. Elaun OKU RM300/bulan (untuk pelajar OKU yang layak)
    7. Bantuan Yuran Pengajian PTPK disediakan
    8. Sijil diiktiraf JPK + Sijil Teknologi JTM
    9. Kadar pekerjaan 85% dalam 6 bulan selepas tamat latihan

    Lokasi ILP/ADTEC, JMTI Seluruh Malaysia

    Berikut ialah lokasi ADTEC JTM di seluruh Malaysia:

    Nama KampusSemua Info
    Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)Web: https://www.jmti.gov.my
    Alamat: 59, Lorong Perindustrian Bukit Minyak 15, Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang
    Tel: 04-5087800
    Faks: 04-5087809
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus Shah AlamWeb: https://www.adtecsa.gov.my
    Alamat: No.5934-1, Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor
    Tel: 03-5167 5888
    Faks: 03-5167 5887
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus Batu PahatWeb: https://www.adtecbp.gov.my
    Alamat: KM8 Jalan Tanjung Laboh, 83000 Batu Pahat, Johor
    Tel: 07-4287722 / 07-4287733
    Faks: 07-4285290 / 07-4285298
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus KulimWeb: https://www.adteckulim.gov.my
    Alamat: Lot 635, Jalan Mahang, 09700 Karangan, Kulim, Kedah
    Tel: 04-4042975
    Faks: 04-4042971 / 04-4042972
    Emel: [email protected]
    Institut Teknologi Automotif Termaju Proton (ADTEC Melaka)Web: https://www.adtecmlk.gov.my
    Alamat: Bandar Vendor Taboh Naning, 78000 Alor Gajah, Melaka
    Tel: 06-5527227
    Faks: 06-5527231
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus KemamanWeb: https://www.adteckmn.gov.my
    Alamat: Payoh, 24210 Kemasik, Terengganu
    Tel: 09-8664000
    Faks: 09-8671020
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus TaipingWeb: https://www.adtectaiping.gov.my
    Alamat: PT 15643 Kamunting Raya, Mukim Asam Kumbang, 34600 Kamunting, Taiping, Perak
    Tel: 05-8012601
    Faks: 05-8012602 / 05-8012608
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus BintuluWeb: https://www.adtecbintulu.my
    Alamat: Lot 903, PL957, Blok 37, Jalan Bintulu–Sibu, 97000 Bintulu, Sarawak
    Tel: 086-310111
    Faks: 086-338484
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus JerantutWeb: https://www.adtecjerantut.gov.my/v5/
    Alamat: KM 9, Jalan Jerantut Temerloh, 27000 Jerantut, Pahang
    Tel: 09-2663391
    Faks: 09-2662490
    Emel: [email protected] / [email protected]
    ADTEC JTM Kampus SerianWeb: https://adtecserian.gov.my
    Alamat: Lot 2262, Off Jalan Rahun Debak, 94700 Serian, Sarawak
    Tel: 082-874000
    Faks:
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus Kuala LumpurWeb: https://www.ilpkl.gov.my
    Alamat: Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur
    Tel: 03-79817495 / 03-79817496
    Faks: 03-79832987
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus Kota BharuWeb: https://www.ilpkb.gov.my
    Alamat: Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan
    Tel: 09-7742448
    Faks: 09-7741445 / 09-7742444
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus Kuala TerengganuWeb: https://www.ilpkt.gov.my
    Alamat: Kawasan Perindustrian Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
    Tel: 09-6652100
    Faks:
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus KuantanWeb: https://www.ilpkuantan.gov.my
    Alamat: Lot 10 Kawasan Perindustrian Gebeng, 26080 Kuantan
    Tel: 09-5861660
    Faks: 09-5861720 / 09-5861721
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus JitraWeb: https://www.ilpjitra.gov.my
    Alamat: Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah
    Tel: 04-9161926
    Faks: 04-9162367
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus IpohWeb: https://www.ilpipoh.gov.my
    Alamat: Kawasan Perindustrian Taman Meru, 30020 Ipoh, Perak
    Tel: 05-5277777 / 05-5265476 / 05-5265477 / 05-5275597
    Faks: 05-5270702
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus Bukit KatilWeb: https://www.ilpmelaka.gov.my
    Alamat: Lot 4345, Jalan Tun Telani, Mukim Bukit Katil, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
    Tel: 06-2320600
    Faks: 06-2329600
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus Pasir GudangWeb: https://www.ilppg.gov.my
    Alamat: Jalan Gangsa, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor
    Tel: 07-2544170
    Faks: 07-2511910
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus KangarWeb: https://www.ilpkangar.gov.my
    Alamat: Padang Behor Mukim Sena, 01000 Kangar, Perlis
    Tel: 04-9777400
    Faks: 04-9777663
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus PedasWeb: https://www.ilppedas.gov.my
    Alamat: Jalan Pedas Linggi, 71400 Pedas, Negeri Sembilan
    Tel: 06-6853854 / 57 / 58
    Faks:Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus TangkakWeb: https://www.ilptangkak.gov.my
    Alamat: KM 43, Jalan Segamat, Sagil, 84900 Tangkak, Johor
    Tel: 06-9773800
    Faks: 06-9773799
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus LabuanWeb: https://www.ilplabuan.gov.my
    Alamat: Jalan Mohd Salleh, P.O Box 80849, 87018 W.P. Labuan
    Tel: 087-414911 / 087-417745
    Faks: 087-422500
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus Kota KinabaluWeb: https://www.ilpkk.gov.my
    Alamat: Jalan 3 KKIP Selatan, 88460 Kota Kinabalu, Sabah
    Tel: 088-499825
    Faks:
    Emel: [email protected]
    ADTEC JTM Kampus Kota SamarahanWeb: https://www.ilpks.gov.my
    Alamat: Lot 249 Blok 14 Sarawak Natural Resource Park, 94300 Kota Samarahan, Sarawak
    Tel: 082-465100
    Faks: 082-465114
    Emel: [email protected]

    Semak lokasi ILP/ADTEC, JMTI seluruh Malaysia di pautan berikut: https://www.jtm.gov.my/2015v3/peta-iljtm

    Maklumat Lanjut

    Untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut, sila layari/hubungi:

    1. Portal Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
    2. Portal JiMS
    3. Portal UP_TVET
    4. Facebook: Jabatan Tenaga Manusia
    5. Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 241

    Rujuk juga panduan PDF di bawah:

    Soalan Lazim ILP/ADTEC, JMTI

    Apakah perbezaan antara ILP/ADTEC, dan JMTI?

    – ILP (Institut Latihan Perindustrian): Fokus kepada kursus peringkat Sijil (SKM Tahap 2 & 3) dan beberapa program Diploma. Sesuai untuk lepasan SPM.
    – ADTEC (Advanced Technology College): Fokus kepada kursus peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan dalam teknologi termaju. Sesuai untuk lepasan SPM atau pemegang Sijil SKM.
    – JMTi (Japan-Malaysia Technical Institute): Menawarkan kursus peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan dengan silibus dan kepakaran teknologi dari Jepun.

    Apakah syarat kelayakan masuk secara umum?

    LEPASAN SPM
    – Warganegara Malaysia;
    – Berumur 17 hingga 35 tahun;
    – Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM);
    – Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja); dan
    – Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

    LEPASAN SKM/ST
    – Warganegara Malaysia;
    – Berumur 17 hingga 35 tahun;
    – Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM/ST);
    – Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan ; dan
    – Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

    Berapakah yuran pengajian ADTEC JTM?

    – Sijil: Percuma, kecuali pelajar tajaan.
    – Diploma: RM3000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)
    – Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM700-RM850 tertakluk kepada institut).

    Adakah elaun saku disediakan?

    Ya, disediakan.

    Bagaimana dengan kemudahan asrama dan makan?

    Ya, disediakan.

    Bilakah pengambilan pelajarILP, ADTEC, JMTI dijalankan?

    Terdapat dua (2) pengambilan utama setahun:
    Sesi Januari: Permohonan biasanya dibuka sekitar bulan Ogos – Oktober tahun sebelumnya.
    Sesi Julai: Permohonan dibuka bulan April – Mei (melalui portal UP_TVET).

    Adakah ILP/ADTEC/JMTI institusi pengajian awam?

    Ya, di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), KSM.

    Apakah kelebihan program di ILP, ADTEC dan JMTI?

    PERCUMA Yuran Pengajian (program Sijil)
    PERCUMA Penginapan asrama (program Sijil sahaja)
    PERCUMA Makan 3 kali sehari (program Sijil & Diploma)
    Elaun sara hidup RM100-RM300/bulan (bergantung program & prestasi)
    Elaun praktikal RM200-RM300/bulan (semasa latihan industri sahaja)
    Elaun OKU RM300/bulan (untuk pelajar OKU yang layak)
    Bantuan Yuran Pengajian PTPK disediakan
    Sijil diiktiraf JPK + Sijil Teknologi JTM
    Kadar pekerjaan 85% dalam 6 bulan selepas tamat latihan

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut