iKAFALAH: Bantuan Khairat Kematian Negeri Kedah

iKAFALAH merupakan bantuan khairat kematian bagi penduduk di negeri Kedah.

Bantuan berjumlah RM500 ini dibuat melalui pengumuman Bajet Negeri Kedah 2023 di mana kerajaan negeri Kedah telah menyediakan RM3 juta bagi tujuan bantuan khairat kematian ini.

Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris sama ada hendak menggunakannya untuk dibuat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik.

Apa itu Khairat Kematian iKAFALAH?

Khairat berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang memberi maksud kebajikan di mana ia turut merangkumi derma, sedekah dan sebagainya. Sedekah atau derma ialah sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain.

Menurut Kamus Dewan, derma bermaksud sebagai bantuan yang berupa wang (kepada perkumpulan dan lain-lain), pemberian yang ikhlas dan sedekah (kepada orang miskin dan lain-lain). Sedekah pula bermaksud pemberian kepada fakir miskin dan lain-lain (dengan ikhlas). Manakala khairat diertikan sebagai kebajikan, derma atau sedekah.

Penggunaan istilah pungutan khairat ini telah diguna pakai sejak sekian lama di Malaysia, contohnya dalam Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 1952 dan Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam (Negeri Perak) 1965.

Khairat kematian pada kebiasaannya ialah wang yang dikumpul daripada pencarum yang tinggal di sesuatu kawasan (ahli dan anak kariah) pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.

Melalui bantuan iKAFALAH ini, waris si mati akan menerima bantuan RM500 daripada kerajaan negeri Kedah.

Artikel berkaitan: Cara Buat Tuntutan Khairat Kematian ASB

Cara memohon iKAFALAH

Permohonan bagi bantuan khairat kematian iKAFALAH ini boleh dibuat oleh waris atau ahli keluarga si mati.

Permohonan boleh dibuat di Pusat Khidmat Wakli Rakyat atau Pejabat Penyelaras Dun masing-masing dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Untuk tujuan pengesahan, ahli keluarga atau waris yang memohon bantuan iKAFALAH ini hendaklah membawa bersama-sama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Waris yang memohon.
  • Salinan Sijil Kematian / Salinan Permit Mengubur.
  • Nama Waris dan Nombor Kad Pengenalan
  • Alamat Waris
  • Nombor Telefon

Pertanyaan dan Soalan Lazim

Sebarang pertanyaan dan soalan mengenai bantuan iKAFALAH boleh dikemukakan kepada Pusat Khidmat Wakli Rakyat atau Pejabat Penyelaras Dun anda.

Khidmat / Penyelaras DUNLokasi
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri KedahPejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri KedahAras 5, Blok EWisma Darul Aman05503 ALOR SETARKEDAH DARUL AMAN
ADUN Ayer HangatPusat Khidmat DUN Ayer HangatNo. 51, Lot 2073, Padang GaongUlu Melaka07000 LANGKAWIKEDAH DARUL AMAN
ADUN Ayer HitamPusat Khidmat Wakil Rakyat Ayer HitamPida 5 Jerlun06150 AYER HITAMKEDAH DARUL AMAN
ADUN Kuala NerangPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang38, Jalan SemeliangPekan Baru06300 KUALA NERANGKEDAH DARUL AMAN
ADUN PeduPusat Khidmat Wakil Rakyat PeduHadapan Sek Men Keb Naka06350 NAKAKEDAH DARUL AMAN
ADUN Bukit LadaPusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN LadaBangunan MPD Bukit Lada06400 POKOK SENAKEDAH DARUL AMAN
ADUN Sungai LimauPusat Khidmat Wakil Rakyat Sungai LimauNo.18 Batu 15, Padang Lumat08800 GUAR CHEMPEDAKKEDAH DARUL AMAN
ADUN BelantekPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN BelantekBangunan MTD Pekan Sik08200 SIKKEDAH DARUL AMAN
ADUN Tanjung DawaiPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tanjung DawaiPusat Tarbiyah Islamiyah Pas Merbok (PUTIM)08400 MERBOKKEDAH DARUL AMAN
ADUN Pantai MerdekaPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka111, Jalan Butterworth08600 Tikam BatuSUNGAI PETANIKEDAH DARUL AMAN
ADUN BayuPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN BayuV4, Lorong Syed Sheh 4Pekan Baru Baling09100 BALINGKEDAH DARUL AMAN
ADUN Kuala KetilPusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Kuala KetilPusat Tarbiah Islam Kuala Ketil (Putik Kuala Ketil)Kg Bukit Pak Kuning09300 KUALA KETILKEDAH DARUL AMAN
ADUN Bandar BaharuPusat Khidmat ADUN Bandar BaharuNo. 5, Wisma UMNO, Jalan Raya09800 SERDANGKEDAH DARUL AMAN

Nota Tambahan : Lain-lain Senarai Khairat Kematian yang boleh dituntut

Selain iKAFALAH, tidak ramai yang tahu waris atau ahli keluarga si mati juga boleh memohon untuk mendapatka khairat kematian berikut:

  • Khairat Kematian ASB
  • Khairat Kematian Pencen
  • Khairat Kematian Takaful
  • Khairat Kematian KWSP
  • Khairat Kematian Bank Rakyat
  • Khairat Kematian PERKESO
  • Khairat Kematian Penjawat Awam (JPA)
  • Khairat Kematian BSH
  • Khairat Kematian Pembayar Zakat

Maklumat Lanjut : Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!