Cara Buat Tuntutan Khairat Kematian ASB

Ramai yang tidak tahu bahawa pihak ASNB menyediakan khairat kematian ASB bagi setiap pendoposit yang melabur dalam saham terbitan PNB seperti ASB, ASN, ASW dan lain-lain lagi.

Malangnya, ramai waris si mati tidak tahu atau tidak cakna akan perkara ini dan ini sudah tentulah satu kerugian bagi para waris pendeposit.

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan antara dana unit amanah yang cukup popular bagi golongan Bumiputera di Malaysia dan waris pendeposit layak mendapat khairat kematian sehingga RM2,000.

Kadar khairat kematian

khairat kematian ASB

Pihak PNB menyediakan bantuan khairat kematian ini dengan kadar berlainan bagi setiap individu yang mempunyai kadar simpanan yang berlainan dalam unit amanah mereka.

Berikut adalah julat simpanan dan kadar khairat kematian yang ditetapkan:

  1. RM10 – RM4,999: Khairat kematian RM200 + bantuan RM800 bagi keluarga kurang berkemampuan
  2. RM5,000 – RM10,000: Khairat kematian RM1,000
  3. RM10,000 – Khairat kematian RM2,000

Walau bagaimanapun, nilai ini boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut budi bicara dan prestasi kewangan PNB.

UPDATE: Dari laman ASNB, terdapat perubahan struktur baru khairat kematian seperti yang berikut:

  • Bawah 1,000.00 unit – RM200
  • 1,000.00 unit dan ke atas – RM500

Proses permohonan

Tuntutan kematian ini mestilah dibuat dalam tempoh 6 bulan kematian pendeposit.

Jika tidak dituntut dalam tempoh 6 bulan ini, bantuan khairat kematian ini dikira hangus dan waris tidak lagi layak mendapatkannya.

Proses memohon bantuan khairat kematian ini adalah seperti yang berikut:

  1. Sila hadir ke kaunter ASNB berdekatan
  2. Bawa bersama dokumen penting seperti sijil kematian pendeposit atau pemegang akaun

Selain itu, bagi pemegang akaun yang mempunyai simpanan kuranng daripada RM5,000 waris boleh membuat pengeluaran wang simpanan.

Sekiranya jumlah simpanan adalah melebihh RM5,000, kes ini mestilah dirujuk di Amanah Raya Berhad dimana proses pembahagian harta pusaka ini akan dibuat mengikut wasiat dan faraid.

Berapa lamakah proses permohonan bantuan khairat kematian ini?

Biasanya ianya mengambil masa 3 minggu hingga sebulan setengah. Tempoh ini mungkin agak lama tetapi sebagai waris, tuntutlah hak anda ini.

Bagi mengelakkan sebarang kelewatan memproses bantuan ini, pastikan anda menyediakan segala dokumen dan maklumat yang diminta.

Untuk sebarang persoalan atau perubahan terkini (jika ada) mengenai khairat kematian ini, boleh rujuk di laman rasmi ASNB di pautan yang berikut https://www.asnb.com.my/asnbv2_5faq.php#khairat

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!