i-Topup KWSP (yang sebelum ini dikenali sebagai Voluntary Excess atau VE) adalah merupakan satu inisiatif caruman sukarela yang membolehkan ahli KWSP mencarum melebihi kadar berkanun bahagian pekerja. Layari portal rasmi KWSP untuk mengetahui kaedah caruman dan siapa yang boleh mencarum i-Topup KWSP di www.kwsp.gov.my/
Sama ada anda, majikan anda, atau kedua-duanya sekali boleh mencarum secara sukarela pada kadar yang melebihi kadar berkanun selagi memenuhi syarat kelayakan.
Rujuk info penuh mengenai i-Topup KWSP di bawah.
Apakah i-Topup KWSP?
i-Topup KWSP juga salah satu produk penjenaaman semula KWSP yang sebelum ini dikenali sebagai Voluntary Excess atau VE.
Ia merupakan satu kemudahan yang membolehkan ahli KWSP atau majikan mencarum melebihi kadar berkanun (kadar standard) yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jika kadar caruman pekerja biasa adalah 11%, melalui i-Topup, anda boleh memilih untuk memotong gaji pada peratusan yang lebih tinggi (contohnya 15%, 20% atau lebih) untuk meningkatkan simpanan persaraan anda.

Kelebihan i-Topup
Berikut adalah kelebihan utama i-Topup:
- Simpanan Automatik: Potongan terus daripada gaji, tidak perlu buat pindahan manual setiap bulan (disiplin simpanan).
- Dividen Konsisten: Menikmati kadar dividen tahunan KWSP yang sama bagi setiap ringgit tambahan yang disimpan.
- Kesan Pengkompaunan: Simpanan bertumbuh lebih cepat dalam jangka masa panjang melalui faedah atas faedah.
- Pelepasan Cukai: Layak mendapat pelepasan cukai pendapatan sehingga RM4,000 (termasuk caruman wajib).
- Tiada Had Maksimum: Anda boleh memilih mana-mana peratusan caruman melebihi kadar berkanun tanpa had jumlah (selagi ada gaji).
- Fleksibel: Kadar caruman boleh diubah atau dibatalkan pada bila-bila masa dengan memaklumkan pihak majikan.

Siapa Yang Boleh Mencarum
Permohonan i-Topup boleh dibuat oleh:
1. Pekerja: Mana-mana individu yang bekerja dan mempunyai majikan boleh memilih untuk menambah kadar caruman syer pekerja mereka.
- Contoh: Jika kadar caruman wajib adalah 11%, anda boleh memohon untuk mencarum pada kadar 15% atau mana-mana peratusan yang lebih tinggi.
- Syarat: Anda perlu mengisi Borang KWSP 17A/18A dan menyerahkannya kepada majikan untuk proses potongan gaji.
2. Majikan: Majikan juga boleh memilih untuk mencarum lebih daripada kadar berkanun yang ditetapkan untuk pekerja mereka sebagai bentuk insentif atau faedah tambahan. ​Tiada borang diperlukan bagi permohonan majikan untuk mencarum melebihi kadar berkanun majikan.
NOTA: Majikan perlu mengunci masuk permohonan i-Topup (Syer Pekerja) dan i-Topup (Syer Majikan) melalui i-Akaun (Majikan)

Kadar Caruman
Majikan atau pekerja, atau kedua-duanya boleh memilih untuk mencarum melebihi kadar yang ditetapkan di bawah Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.
Sekiranya majikan ingin membayar caruman sebanyak 5% melebihi kadar yang ditetapkan untuk syer majikan, pengiraan adalah seperti berikut:
| Gaji | Pekerja A | Majikan Kadar Berkanun (i) | i-Topup Majikan (ii) | Caruman Majikan (i)+(ii)=B | Caruman Yang Perlu Dibayar | |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Pekerja berumur kurang dari 60 tahun dan gaji kurang dari RM5,000 | RM1,000 | 11%=RM110 | 13% | 5% | 18%XRM1,000=RM180 | RM290 |
| Pekerja berumur kurang dari 60 tahun dan gaji melebihi dari RM5,000 | RM6,250 | 11%=RM693 | 12% | 5% | 17%XRM6,250=RM1,062.50 | RM1,755.50=RM1,756 (dibundarkan kepada ringgit berikutnya) |
| Pekerja berumur lebih atau sama dengan 60 tahun dan gaji kurang dari RM5,000 | RM1,000 | 0%=RM0 | 4% | 5% | 9%XRM1,000=RM90 | RM90 |
| Perkerja berumur lebih atau sama dengan 60 tahun dan gaji melebihi RM5,000 | RM6,250 | 0%= RM0 | 4% | 5% | 9%XRM6,250=RM562.50 | RM562.50=RM563 (dibundarkan kepada ringgit berikutnya) |
Contoh ahli yang memilih untuk mencarum 5% lebih daripada kadar syer ahli:
| Gaji | Pekerja Kadar Berkanun (i) | i-Topup Ahli (ii) | Pekerja Caruman Pekerja (i)+(ii)=A | Majikan B | Caruman Yang Perlu Dibayar A+B | |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Pekerja berumur kurang dari 60 tahun dan gaji kurang dari RM5,000 | RM1,000 | 11% | 5% | 16%XRM1,000=RM160 | 13%=RM130 | RM290 |
| Pekerja berumur kurang dari 60 tahun dan gaji melebihi RM5,0000 | RM6,250 | 11% | 5% | 16%XRM6,250=RM1,000 | 12%=RM750 | RM1750.00 |
| Pekerja berumur lebih atau sama dengan 60 tahun dan gaji kurang dari RM5,000 | RM1,000 | 0% | 5% | 5%XRM1,000=RM50 | 4%= RM40 | RM90 |
| Pekerja berumur lebih atau sama dengan 60 tahun dan gaji melebihi RM5,000 | RM6,250 | 0% | 5% | 5% X RM6,250=RM312.50 | 4%=RM252 | RM562.50=RM563 (dibundarkan kepada ringgit berikutnya) |
Kaedah Caruman i-Topup
Kaedah mencarum untuk i-Topup sedikit berbeza dengan caruman biasa kerana ia melibatkan persetujuan rasmi antara anda (pekerja) dan majikan untuk mengubah peratusan potongan gaji.
1. Bagi Pekerja (Menambah Syer Pekerja)
Jika anda ingin memotong gaji lebih daripada kadar standard (contoh: naik dari 11% ke 15%):
- Muat turun Borang KWSP 17A/18A (AHL)
- Isi maklumat peribadi dan nyatakan kadar peratusan baru yang anda inginkan.
- Serahkan borang tersebut kepada Majikan (Unit HR/Gaji) anda.
- Majikan akan memproses permohonan tersebut dan membuat potongan gaji baru pada bulan berikutnya. Majikan bertanggungjawab menghantar maklumat ini kepada KWSP.
2. Bagi Majikan (Menambah Syer Majikan)
Jika syarikat ingin memberikan caruman lebih tinggi kepada pekerja sebagai insentif:
- Majikan perlu mengisi Borang KWSP 17A/18A (AHL)
- Borang ini disimpan oleh majikan sebagai rekod (tidak perlu dihantar ke kaunter KWSP kecuali diminta).
- Majikan mengemaskini nilai caruman baru dalam sistem penggajian dan membayar terus melalui portal i-Akaun (Majikan).
Perbezaan i-Topup vs Caruman Sukarela (i-Simpan)
Ramai yang keliru antara i-Simpan dan i-Topup, berikut adalah perbezaan ringkasnya:
| Ciri-ciri | i-Topup (Voluntary Excess) | i-Simpan (Self-Contribution) |
| Kaedah Bayaran | Melalui potongan gaji oleh majikan. | Melalui FPX/Online Banking sendiri. |
| Pihak Mencarum | Pekerja, Majikan, atau kedua-duanya. | Individu sendiri. |
| Fleksibiliti | Tetap setiap bulan mengikut peratusan gaji. | Fleksibel (ikut kemampuan, bila-bila masa). |
| Prosedur | Perlu isi borang KWSP 17A/18A (AHL). | Terus melalui aplikasi i-Akaun. |
Panduan Mencarum i-Topup (PDF)
Muat turun panduan bergambar cara untuk mencarum melebihi kadar berkanun melalui i-Akaun majikan dalam bentuk PDF di bawah:
Pembatalan Caruman
Untuk membatalkan pilihan mencarum melebihi kadar berkanun, ahli hendaklah melengkapkan Borang KWSP 17A/18A (AHL) dan mengemukakan kepada majikan.
Majikan perlu mengunci masuk permohonan i-Topup (Syer Pekerja) dan i-Topup (Syer Majikan) melalui i-Akaun (Majikan).
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai i-Simpan KWSP, sila rujuk Portal rasmi KWSP atau terus pergi ke pejabat KWSP berdekatan anda.
Anda juga boleh membuat pertanyaan melalui pautan berikut: www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami
Soalan Lazim i-Topup KWSP
i-Topup ialah skim untuk pekerja bergaji tambah caruman KWSP melebihi kadar wajib melalui potongan gaji.
Pekerja & majikan
Ya, anda layak pelepasan cukai sehingga RM4,000-RM7,000 setahun bergantung akaun, sama seperti caruman sukarela lain.
i-Topup: Dilakukan melalui potongan gaji oleh majikan. Anda perlu mengisi borang untuk menetapkan peratusan caruman yang lebih tinggi setiap bulan.
Caruman Sukarela: Anda bayar sendiri secara manual/online (FPX) melalui i-Akaun bila-bila masa anda mahu.
Tiada had peratusan tertentu. Anda boleh memilih untuk menambah seberapa banyak peratusan daripada gaji anda (contoh: tambah 2%, 5%, atau sehingga 100% daripada gaji) selagi ia dipersetujui oleh majikan.
Boleh. Jika anda ingin kembali ke kadar asal (11%) atau ingin mengubah semula peratusan tambahan, anda hanya perlu mengisi borang yang sama dan menyerahkannya semula kepada majikan untuk dikemaskini.
Bagi i-Topup (yang melalui potongan gaji), ia tertakluk kepada jumlah gaji anda. Namun, perlu diingat bahawa jumlah keseluruhan caruman sukarela (termasuk i-Saraan dan i-Sayang) dihadkan kepada RM100,000 setahun.
Walaupun ia adalah hak pekerja untuk menambah simpanan, proses ini melibatkan penyelarasan sistem gaji majikan. Kebanyakan majikan menyokongnya, tetapi anda perlu berbincang dengan unit HR/Gaji terlebih dahulu.




