i-Sinar Kategori 1: Syarat, Cara Mohon & Amaun Yang Boleh Dikeluarkan

Seperti yang dimaklumkan oleh KWSP, permohonan i-Sinar Kategori 1 telah dibuka mulai 21 Disember untuk ahli yang layak.

i-Sinar merupakan kemudahan pengeluaran Akaun 1 untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info untuk anda mengetahui lebih lanjut tentang i-Sinar Kategori 1 termasuklah syarat kelayakan, cara permohonan dan amaun yang boleh dikeluarkan dari Akaun 1 KWSP.

Syarat Kelayakan i-Sinar

Syarat kelayakan permohonan i-Sinar Kategori 1 adalah:

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:

  • Anda sudah lama tidak mencarum
  • Anda seorang suri rumah
  • Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
  • Anda hilang pekerjaan
  • Anda diberi cuti tanpa gaji
  • Anda hilang sumber pendapatan

Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:

  • Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  • Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.

Baca juga: Jadual Gaji Penjawat Awam 2021 (Satu Tarikh Gaji Untuk Semua Negeri)

Cara Permohonan i-Sinar Kategori 1 (Mulai 21 Disember)

Bagi memudahkan ahli membuat permohonan dalam tempoh pandemik ini, KWSP menyediakan kemudahan permohonan HANYA secara dalam talian (online).

Cara Permohonan i-Sinar Kategori 1 online adalah seperti berikut:

  1. Layari isinar.kwsp.gov.my
  2. Isikan No IC dan No Tel Bimbit
  3. Tekan TERUSKAN
  4. Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP atau JAWAB SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan.
  5. Tetapkan Amaun Pilihan
  6. Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKAN
  7. Lengkapkan Maklumat Pemohon yang WAJIB diisi
  8. Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan TERUSKAN
  9. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan sebelum tekan HANTAR
  10. Permohonan telah diterima dan akan diproses
i-sinar kategori 1

Nota:

  • Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  • Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
    • Masih aktif
    • Milik anda
    • Bukan akaun bersama (Joint Account)
  • Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
  • KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.

Baca juga: Semakan Penyata KWSP Online Melalui i-Akaun & Cara Pendaftarannya

Tempoh Permohonan i-Sinar Kategori 1

Tempoh permohonan bagi Kategori 1 akan dibuka selama 6 bulan mulai 21 Disember.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan i-Sinar Kategori 1, layari laman web i-Sinar KWSP atau FAQ (Soalan Lazim.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian HOTLINE i-Sinar di 03-8922 4848

Waktu panggilan: 8.00 pagi-8.00 malam (Setiap Isnin-Jumaat)

i-sinar kategori 1
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!