TERKINI: Kerajaan memperkenalkan program i-Saraan Plus dengan padanana caruman sehingga RM600 setahun, maksimum RM6,000 seumur hidup
Tahukah anda, kini melalui i-Saraan Plus KWSP 2026, pemandu e-hailing dan p-hailing boleh mencarum secara sukarela sambil menikmati insentif padanan kerajaan sehingga RM600 setahun dan RM6,000 sepanjang hayat.
Program ini membantu anda menyimpan untuk persaraan dengan lebih terjamin, walaupun tanpa majikan tetap!
Apa itu i-Saraan Plus
i-Saraan Plus ialah inisiatif baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diperkenalkan khas untuk pemandu e-hailing dan p-hailing di Malaysia.
Program ini merupakan penambahbaikan kepada skim asal i-Saraan, yang membolehkan individu bekerja sendiri atau tanpa majikan mencarum secara sukarela ke dalam akaun KWSP mereka.
Tujuan utama i-Saraan Plus ialah untuk menggalakkan pekerja ekonomi gig mempunyai simpanan persaraan yang lebih kukuh serta perlindungan sosial jangka panjang.

Faedah i-Saraan Plus
Di bawah program ini, kerajaan menawarkan insentif padanan yang lebih tinggi berbanding skim i-Saraan biasa iaitu:
- Sehingga RM600 setahun, dan
- Sehingga RM6,000 sepanjang hayat.
Sumbangan i-Saraan
Sumbangan i-Saraan ialah inisiatif KWSP untuk bantu pekerja sendiri dan yang tiada pendapatan tetap membuat simpanan persaraan.
Melalui i-Saraan, pencarum yang menyimpan sehingga RM2,500 setahun akan menerima insentif kerajaan 20%, iaitu maksimum RM500 setahun iaitu duit tambahan percuma dari kerajaan.
Contohnya, simpan RM2,500 setahun bersamaan hanya sekitar RM6.85 sehari. Bagi pemandu Grab atau pekerja gig, asingkan RM10 sehari pun sudah sangat membantu. Caruman ini juga layak pelepasan cukai, jadi manfaatnya berganda.
Program ini mudah didaftarkan, malah ramai mula selepas diberi penerangan oleh pegawai KWSP di pusat komuniti seperti Grab Centre.
Menariknya, pesara berpencen juga masih boleh mencarum i-Saraan. Akaun 3 pula boleh dikeluarkan untuk keperluan tertentu, termasuk dijadikan modal simpanan lain seperti emas.

Siapa Yang Boleh Memohon
Program i-Saraan Plus terbuka kepada individu yang bekerja sendiri dalam sektor e-hailing dan p-hailing seperti pemandu teksi, penghantar makanan, dan penghantar barangan yang tidak mempunyai majikan tetap tetapi ingin mencarum kepada KWSP secara sukarela.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai i-Saraan Plus KWSP boleh disalurkan melalui:
- Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-896226000
- Layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan
- Borang Pertanyaan Online
- Rujuk pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan
Soalan Lazim i-Saraan Plus KWSP
i-Saraan Plus ialah skim caruman sukarela KWSP khas untuk pemandu e-hailing dan p-hailing. Ia membolehkan peserta mencarum ke akaun KWSP sendiri dan menikmati insentif padanan kerajaan sehingga RM600 setahun dan RM6,000 sepanjang hayat.
Semua warganegara Malaysia berumur 16–60 tahun yang bekerja sendiri sebagai pemandu atau penghantar melalui platform e-hailing/p-hailing berdaftar (contohnya Grab, Foodpanda, InDriver, AirAsia Ride, Lalamove dan sebagainya).
Pendaftaran boleh dibuat melalui:
– Platform e-hailing/p-hailing yang bekerjasama dengan KWSP, atau
– Terus di cawangan KWSP berdekatan, dengan memilih kategori i-Saraan Plus semasa pendaftaran.
Peserta boleh menentukan sendiri jumlah caruman, mengikut kemampuan masing-masing. Tiada jumlah minimum tetap, tetapi lebih tinggi caruman, lebih besar potensi simpanan KWSP anda.
– Mendapat insentif padanan kerajaan sehingga RM600 setahun.
– Simpanan disalurkan ke Akaun KWSP (Akaun 1 & Akaun 2) seperti ahli biasa.
– Layak menikmati dividen tahunan KWSP.
– Dapat faedah perlindungan sosial dan persaraan yang lebih stabil.
Anda boleh menyemak status caruman dan insentif melalui:
– Aplikasi KWSP i-Akaun (Mobile)
– Laman web rasmi KWSP: www.kwsp.gov.my
– Cawangan KWSP berdekatan.
Tidak. Ia program sukarela, tetapi sangat digalakkan bagi pekerja ekonomi gig untuk membina simpanan persaraan yang kukuh.
Baca juga:




