I Can See Your Voice Malaysia: Kembali Untuk Musim Keenam

I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) merupakan sebuah rancangan televisyen berbahasa Melayu di Malaysia yang menggunapakai format dan konsep dan sama dengan rancangan asal dari Korea yang menggunakan nama yang sama.

Sejak tayangan perdana pada 4 Ogos 2018, ia telah menyiarkan enam musim di dua rangkaian berbeza – NTV7 (pada 2018) dan TV3 (dari 2019 hingga 2023).

Bagi tahun 2023, I Can See Your Voice Malaysia kmbali lagi bagi musim ke 6 yang terdiri daripada 11 episod.

Sejak diperkenalkan, ICSYVMY berjaya mencipta fenomena tersendiri yang membuatkan sesi uji bakat untuk setiap musim mendapat sambutan luar biasa.

Sesi uji bakat musim baharu di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, selama tiga hari mulai 17 Mac lalu, menerima lebih daripada 700 penyertaan.

Masa & tarikh tayangan

I Can See Your Voice Malaysia musim keenam ini dtayangkan setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran TV3.

Episod pertama akan ditayangkan pada 4 Jun 2023.

Panel penyiasat

Musim lalu program bercorak muzik misteri ini menampilkan tiga ahli panel penyiasat.

Namun, bagi I Can See Your Voice Malaysia musim terbaru ini, seorang lagi ahli panel ditambah yang pasti menjanjikan kemeriahan di studio.

Panel penyiasat tetap adalah pelakon, penyanyi dan pelawak iaitu Jihan Muse, Khir Rahman, Baby Shima dan Ropie.

Panel penyiasat memerlukan kesepakatan untuk mengenal pasti dan membuat keputusan dalam mencari penyamar. Setiap penyiasat tetap dibantu penyiasat undangan yang berlainan pada setiap episod.

Antara penyiasat undangan yang akan menghangatkan suasana adalah Maryam Younarae, Cik B, Joey Daud, Sweet Qismina, Bell Ngasri, Mek Yun, Fizi Ali, Roy Azman dan ramai lagi.

Format pertandingan

I Can See Your Voice Malaysia

Di setiap episod, seorang artis jemputan bertanggungjawab untuk menyingkirkan penyanyi misteri yang mereka mengesyaki sebagai penyamar bersuara sumbang melalui empat pusingan dengan bantuan barisan penyiasat. 

Setiap penyanyi misteri yang disingkir akan ke pentas penentuan di mana beliau akan mendedahkan suara sebenar.

Seandainya penyanyi misteri terakhir merupakan penyanyi sebenar, penyanyi itu akan dapat menyertai Showcase I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) dan membuat persembahan bersama artis-artis ternama tanah air.

Namun, jika penyanyi misteri terakhir merupakan penyamar, beliau akan membawa pulang hadiah wang tunai.

Tonton siaran langsung

Anda boleh menonnton siaran langsung I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) melalui salah satu medium siaran di bawah:

  • Saluran TV3 di siaran TV anda
  • Youtube TV3
  • Aplikasi Tonton

Artikel berkaitan: Tonton.Com.My : Cara Daftar & Tonton TV3 Live Streaming

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!