Tonton.Com.My : Cara Daftar & Tonton TV3 Live Streaming

Tonton merupakan sebuah perkhidmatan penstriman yang telah merevolusi dunia penyiaran di Malaysia.

Dengan kemajuan internet di Malaysia, sememangnya ramai rakyat Malaysia yang gemar menonton pelbagai program atau rancangan kegemaran mereka secara dalam talian sahaja.

Malah, Tonton.com.my juga merupakan satu-satunya pilihan untuk menonton siaran televisyen milik Media Prima bagi rumah yang tidak mempunyai siaran dengan sambungan kabel televisyen.

Ingin tonton Buletin Utama? Anugerah Juara Lagu?

Platform ini juga menyediakan pelbagai saluran dan program televisyen seperti TV3, TV9, 8TV, DidikTV, ABPBH, AJL, ADS, Melodi, Nona, DramaSangat, drama dan filem.

Sejarah & Revolusi Tonton.Com.My

Bagi yang tidak tahu, Tonton ialah perkhidmatan penstriman video tempatan yang pertama dan terbesar di Malaysia.

Pada Ogos 2010, Alt Media Sdn Bhd melancarkan Tonton sebagai perkhidmatan penstriman video dalam talian yang pertama di Malaysia.

Ia bermula sebagai satu cara untuk rakyat Malaysia menstrim saluran TV ikonik Malaysia, bersama-sama dengan perkhidmatan “Catch Up TV” yang membolehkan rakyat Malaysia menonton rancangan kegemaran mereka pada bila-bila masa.

Pada tahun 2016, Tonton telah diberikan nafas baru untuk mencerminkan tapak web berasaskan kandungan baharu dengan lebih baik dan mengeluarkan aplikasi penstriman videonya pada semua peranti utama.

Tonton mula mempamerkan acara LANGSUNG dalam HD dan mempamerkan kandungan baharu eksklusif untuk platform.

Pada 2021, Sistem Televisyen Malaysia Berhad dan REV Media Group melancarkan Tonton CINEMA, perkhidmatan penstriman berbayar yang menyediakan filem Malaysia dan asing berkualiti tinggi secara berterusan.

Sokongan Peranti

Anda boleh menonton Tonton melalui mana-mana peranti yang disambungkan ke internet.

Tonton boleh ditonton melalui pelayar internet atau melalui aplikasi Tonton yang tersedia untuk peranti mudah alih, tablet, TV pintar, pemain media penstriman, set-top box dan banyak lagi.

tonton ajl

Cara Daftar & Log Masuk Akaun

Untuk menikmati segala siaran dan program yang ditayangkan, anda perlulah mendaftarkan akaun dan ianya adalah percuma.

Platform ini boleh dinikmati secara percuma kerana ianya memaparkan iklan, sama seperti siaran percuma di televisyen yang bergantung kepada pengiklanan untuk menampung kos operasi.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftarkan akaun anda:

  1. Layari www.tonton.com.my
  2. Buat akaun dengan memasukkan nombor telefon anda, alamat e-mel dan membuat kata laluan
  3. Semak telefon anda untuk nombor digit TAC yang dihantar melalui SMS.
  4. Masukkan nombor digit TAC anda yang diterima melalui SMS untuk melengkapkan pendaftaran anda

Setelah mendaftarkan akaun anda, anda boleh terus log masuk untuk menikmati segala kandungan yang dipaparkan dalam platform ini.

Kandungan yang dipaparkan di platform ini sentiasa berubah tetapi akan sentiasa menjadi platform untuk semua rancangan Media Prima.

Anda boleh menonton pelbagai jenis rancangan daripada drama tempatan yang hebat, filem blockbuster antarabangsa dan banyak lagi.

Maklumat lanjut, layari :

https://linktr.ee/tv3malaysia

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!