i-Bita Penang 2022: Semakan & Permohonan Bantuan IPT

Perhatian bagi bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA, IPTS atau Politeknik di seluruh Malaysia, anda boleh memohon bantuan i-Bita oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

iBita adalah sebuah sistem atas talian Sistem Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

BANTUAN I-BITA PENANG: PENDAFTARAN PELAJAR KE IPT BAGI TAHUN 2022

Permohonan atas talian Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBita) dibuka mulai 1 September 2022 sehingga 30 September 2022 bagi sesi kemasukan Diploma atau Ijazah

Surat tawaran ke IPT (Jan – September 2022)

Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang

Pendapatan isi rumah (ibu/bapa/penjaga) tidak melebihi RM8,000.00

Permohonan hanya boleh diproses selepas dokumen & bukti lengkap diterima (hardcopy) 

i-bita penang

Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian (ONLINE).

Syarat-syarat Permohonan Bantuan Pelajar Ke IPT

Syarat-syarat permohonan Bantuan Pelajar ke IPT oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang (iBita) adalah seperti berikut:

  1. Pendapatan isi rumah (gaji pokok termasuk elaun tetap) tidak melebihi RM8,000.00.
  2. Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mesti merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
  3. Pelajar yang ditawarkan ke Program Sepenuh Masa sahaja yang layak memohon.
  4. Pelajar yang ditawarkan Program Luar Kampus, Program Pendidikan Jarak Jauh, Program Kejururawatan dan Program Asasi / Matrikulasi adalah tidak layak memohon.

Senarai Nama IPT / Kolej Yang Boleh Memohon

i. Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

  1. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM)
  2. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
  3. UNIVERSITI MALAYA (UM)
  4. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
  5. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
  6. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
  7. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
  8. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
  9. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
  10. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
  11. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
  12. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
  13. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
  14. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
  15. UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
  16. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM)
  17. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
  18. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
  19. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
  20. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

ii. Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

  1. UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)
  2. UNIVERSITI TERBUKA WAWASAN (WOU)
  3. UNIVERSITI AIMST (AIMST)
  4. KOLEJ UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (KTAR)
  5. KOLEJ UNIVERSITI KOMUNIKASI HAN CHIANG (KUKHC)
  6. MSU COLLEGE PENANG

iii. Politeknik

  1. POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR (PMKL)
  2. POLITEKNIK METRO KUANTAN (PMKU)
  3. POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU (PMJB)
  4. POLITEKNIK METRO BETONG (PMBS)
  5. POLITEKNIK METRO TASEK GELUGOR (PMTG)
  6. POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)
  7. POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)
  8. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS)
  9. POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)
  10. POLITEKNIK TUN SYED NASIR ISMAIL (PTSN)
  11. POLITEKNIK BESUT (PBT)
  12. POLITEKNIK BAGAN DATUK (PBD)
  13. POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD)
  14. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)
  15. POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)
  16. POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)
  17. POLITEKNIK MELAKA (PMK)
  18. POLITEKNIK KUALA TERENGGANU (PKT)
  19. POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
  20. POLITEKNIK MERLIMAU (PMM)
  21. POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
  22. POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (PTSB)
  23. POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)
  24. POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)
  25. POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS)
  26. POLITEKNIK BALIK PULAU (PBU)
  27. POLITEKNIK JELI (PJK)
  28. POLITEKNIK NILAI (PNS)
  29. POLITEKNIK BANTING (PBS)
  30. POLITEKNIK MERSING (PMJ)
  31. POLITEKNIK HULU TERENGGANU (PHT)
  32. POLITEKNIK TAWAU (PTS)
  33. POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK)
  34. POLITEKNIK SANDAKAN (PSS)
  35. POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)
  36. POLITEKNIK MUKAH SARAWAK (PMU)
ibita
ibita

Jumlah Bantuan i-BITA Penang

Jumlah bantuan (berbentuk cek) akan diterima oleh pemohon adalah seperti nilai yang berikut:

  • Universiti di Semenanjung = RM1,000.00 ;
  • Universiti Sabah dan Sarawak = RM1,200.00
  • Politeknik Malaysia = RM300.00

Cara Permohonan Bantuan iBita

Berikut adalah langkah untuk membuat permohonan Bantuan iBita.

1. Layari Laman Web i-Bita

Layari laman web berikut:

https://ibita.penang.gov.my/

2. Lengkapkan Borang Permohonan / Pendaftaran Online

Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian.

3. Hantar Borang Manual & Dokumen Sokongan Ke PDT

Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga atau wakil boleh menghantar borang ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) yang berhampiran untuk memproses borang permohonan.

4. Dokumen Yang Diperlukan

Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal i-BITA :

  • Salinan surat tawaran ke IPT.
  • Slip bayaran yuran pendaftaran IPT.
  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga.
  • Salinan Penyata Gaji terbaru/ Kad Persara/ borang pengesahan pendapatan Ibu/ Bapa/Penjaga. Ibu/Bapa/ Penjaga yang tiada pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. (Bagi pesara, penyata pencen wajib dikemukakan).
  • Salinan borang EA (penyata gaji tahunan) sekiranya bekerja sendiri.

*Semua dokumen sokongan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Daerah / Guru Besar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan / Pensyarah / Profesor / Pendaftar Universiti / Jaksa Pendamai / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu-Penghulu Kerajaan sahaja.

NOTA:

  • Kegagalan menghantar dokumen sokongan selepas tarikh tutup penghantaran borang akan ditolak.
  • Permohonan bantuan ini hanya diberikan sekali seumur hidup sama ada permohonan dibuat bagi Pengajian Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja. Sekiranya pelajar telah diluluskan bantuan bagi Pengajian Peringkat Diploma, pelajar adalah tidak layak lagi memohon bantuan jika menyambung pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda.
  • Pemohon boleh terdiri daripada pelajar, ibu, bapa, penjaga.
  • Keputusan pemberian bantuan adalah muktamad.
  • Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  • Hanya 20 buah IPTA, 6 buah IPTS dan 36 buah Politeknik Malaysia seperti yang disenaraikan di atas sahaja yang layak memohon.

5. Semakan Status Permohonan

Pemohon boleh memuat turun Perkhidmatan Aplikasi Mudah Alih PgGOV iBITA di Google Playstore atau IOS.

Semakan status permohonan adalah selama satu bulan selepas tarikh permohonan ditutup.

Kemukakan nombor kad pengenalan pemohon untuk membuat semakan atau kemaskini maklumat butiran mengenai permohonan tersebut.

MANUAL SEMAKAN STATUS I-BITA

Baca juga: Bantuan JKM 2022: Daftar & Semak Status Pembayaran Online

Maklumat Lanjut

Pemohon boleh menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah yang memproses borang permohonan mengikut daerah masing-masing di portal I-BITA:

Kemukakan nombor kad pengenalan atau menghubungi Pentadbiran di talian berikut :

Bahagian/ DaerahDBDDTLSPUSPSSPT
Nama Pegawai1.Noor Mahdini Izzatie binti Mohd Sabri
2.Nor Haslina binti Ishak
3.Mohd Idris bin Ismal Dennie
4.Nurul Syahirah binti Mohd Sakir
1. Siti Mariam
2.Nur Syahira binti Badri
3.Najiha Nabila Binti Yusree
1.Nor Zurina binti Abdullah
2.Haslyn Binti Hassan
3.Noor Faezah binti Adenan
1.Aida Sofiah Bt Rusmahini
2.Rozaid bin Ali
1.Nur Amira binti Azmi
2.Hilmi bin Mohd Yusof
No Tel04-8689428/429
04-8689431/432
04-6505528
04-6505533
04-5776505
04-5776515
04-5776500
04-585780004-5488818
04-5488814
AlamatPejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut Pulau Pinang
Tingkat 50 & 51 KOMTAR,
10000 Pulau Pinang
Pejabat Daerah Dan Seberang Perai Utara,
Bertam, Kepala Batas,
Seberang Perai Utara, 13200, Pulau Pinang
Pejabat Daerah & Tanah,Seberang Perai Selatan, 14200,
Sungai Jawi,
Pulau Pinang.
Pejabat Daerah dan Tanah
Seberang Perai Tengah
Jalan Betek, Sg Rambai
14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang
Masa Untuk Dihubungi9.30 pagi – 12.30 tengah hari
2.30 petang – 4.30 petang
9.30 pagi – 12.30 tengah hari
2.30 petang – 4.30 petang
9.30 pagi – 12.30 tengah hari
2.30 petang – 4.30 petang
9.30 pagi – 12.30 tengah hari
2.30 petang – 4.30 petang
9.30 pagi – 12.30 tengah hari
2.30 petang – 4.30 petang

Masa Untuk Dihubungi:
9.30 pagi – 12.30 tengah hari
2.30 petang – 4.30 petang

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!