Permohonan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor 2022 (WBS)

PERMOHONAN BIASISWA WANITA BERDAYA SELANGOR 2022 KINI DIBUKA!

Kaum wanita warga Selangor yang ingin melanjutkan pelajaran dalam peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana dijemput menghantar permohonan secara atas talian di laman web Wanita Berdaya Selangor (WBS) untuk ambilan Mei 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang biasiswa ini bagi calon yang berminat.

Apakah Biasiswa Wanita Berdaya Selangor?

Biasiswa Wanita Berdaya Selangor atau dikenali sebagai Biasiswa WBS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha melaksanakan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH).

PPSH telah dilancarkan pada tahun 2021 oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Selangor melalui Wanita Berdaya Selangor (WBS) sebagai agensi pelaksana.

PPSH bermatlamat untuk menyediakan wanita yang berilmu pengetahuan dan berkompetensi tinggi menerusi pendidikan yang berterusan, senada dengan aspirasi Dasar Wanita Selangor dalam Titik Tumpuan 3- Kepimpinan & Perwakilan.

biasiswa wanita berdaya selangor

Syarat Permohonan

Kategori Orang Awam

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun dan merupakan pengundi di Selangor.
  • Wanita berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
  • Minat dan aktif dalam kerja kemasyarakatan.
  • Memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web Open University Malaysia)*

Kategori Alumni Akademi Kepimpinan Wanita (AKW)

  • Mengikuti program AKW sehingga tamat pengajian.
  • Berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
  • Menamatkan pengajian di AKW dan telah bergraduasi.
  • Memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web Open University Malaysia)*

*Pengkhususan kepada kursus-kursus Sains Sosial, Gender, Sumber Manusia, Perniagaan, dan Sains Politik. 

Baca juga:

Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Diploma
– Diploma in Management
– Diploma in Human Resources Management
Degree
– Bachelor of Marketing with Honours
– Bachelor of Business Administration with Honours
– Bachelor of Management with Honours
– Bachelor of Human Resource Management with Honours
– Bachelor Of Political Science With Honours
– Bachelor Of Liberal Studies With Honours
Master
– Master of Project Management
– Master of Management
– Master of Business Administration
– Master of Human Resource Management

Tarikh Permohonan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor 2022

Tarikh Tutup: 15 Mac 2022
Ambilan Kemasukan Mei 2022

Cara Permohonan

Permohonan Biasiswa WBS 2022 boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan berikut: wbselangor.com.my

https://forms.office.com/pages/responsepage.aspx?id=5zN8UZ-mt06ZkpPRuVH_N8HQj2YDanNEt03fJTehJKZUMk5TNE1CQTJYN0dINFI2QU44WjRETTJHNC4u

Maklumat Lanjut

Biasiswa WBS merupakan satu lagi usaha pendayaupayaan wanita anjuran bersama:
Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor dan Wanita Berdaya Selangor

Wanita Berdaya Selangor Sdn. Bhd.
Lot G30, Tingkat Bawah, IDCC Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, , Shah Alam, Malaysia

[email protected]

wbselangor.com.my

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!