Hot FM: Frekuensi Radio, Senarai DJ & Segmen Mingguan

Hot FM merupakan sebuah stesen radio berbahasa Melayu yang cukup popular di Malaysia, bersaing rapat dengan ERA FM dan Sinar.

Stesen radio popular ini juga sejak dari awal penubuhannya turut dibarisi dengan nama-nama besar penyampai radio tanah air.

Stesen radio ini dimiliki oleh Synchrosound Studio Sdn Bhd, anak syarikat Media Prima. Siaran yang dipancarkan dari dari Sri Pentas di Bandar Utama.

Artikel berkaitan: ERA FM: Senarai DJ, Program dan Frekuensi Siaran

Sejarah Penubuhan Hot FM

Hot FM sebelum ini beroperasi sebagai WOW FM, kemudian WaFM, yang dimiliki oleh penerbit dan pelakon Tiara Jacquelina.

Media Prima telah mengambil alih stesen radio ini tidak lama kemudian dan memulakan ujian penyiaran dari 15 Januari 2006 hingga 6 Februari 2006, di mana stesen Hot FM secara rasmi memulakan operasi yang diketuai oleh Sathiaseelan a/l Paul Thurai, yang merupakan bekas penyampai Era FM.

Pada tahun 2009, stesen radio ini mencatat sejarah kerana buat pertama kalinya ia berada di tangga teratas di kalangan stesen radio lain di Malaysia dengan 3.8 juta pendengar mingguan, mendahului saingan tradisionalnya Era FM yang hanya mencapai 3.76 juta pendengar dalam satu minggu.

Frekuensi Siaran Radio Hot FM

Hot FM boleh didengari oleh rakyat Malaysia dari semua negeri di Malaysia dengan menukaran frekuensi anda kepada frekuesni yang berikut:

Frekuensi Lokasi / NegeriPemancar
97.6 MHzLembah KlangGunung Ulu Kali
88.2 MHzPerlis,, Kedah, Pulau PinangGunung Jerai
90.5 MHzTaiping, PerakBukit Larut
104.5 MHzIpoh, PerakGunung Kledang
99.5 MHzSeremban, Negeri SembilanGunung Telapak Buruk
104.3 MHzMelaka, Utara JohorGunung Ledang
90.1 MHzJohor Bahru, Johor dan SingapuraGunung Pulai
90.1 MHzBatam, IndonesiaGunung Pulai
92.4 MHzKuantan, PahangBukit Pelindung
105.0 MHzKuala Terengganu, TerengganuBukit Jerung
88.6 MHzKota Bharu, KelantanPeringat
94.3 MHzKuching, SarawakGunung Sapi
87.7 MHzKota Kinabalu, SabahBukit Karatong

Selain itu, anda juga boleh mendengar siaran Hot FM secara langsung terus dengan strim daripada laman web mereka di https://www.hotfm.audio/

Senarai penyampai radio / DJ

Berikut merupakan senarai terkini penyampai radio dan DJ di HotFM :

  1. Johan
  2. Fara Fauzana
  3. AG
  4. Keymi
  5. Fizi Ali
  6. Aisha
  7. Imran Aqil
  8. Ayu

Segmen / Program

HotFM sentiasa membawa sesuatu yang hangat dan info terkini dalam setiap segmennya.

Antara segmen yang terdapat di stesen radio popular ini adalah:

  1. Bekpes Hot
  2. FYP @ Hot
  3. Hot Squad
  4. Hot Flix
  5. Hot Padu 40
  6. Hot FM HMO
  7. Carta Muzik Muzik 37 Hot FM
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!