ERA FM: Frekuensi Radio, Senarai DJ, Program & Siaran

Era FM merupakan sebuah stesen radio popular tanah air, bersaing rapat dengan stesen Hot FM.

Menyasarkan pendengar berbahasa Melayu, stesen radio ini ERA FM merupakan stesen radio milik Astro Radio Sdn Bhd, anak syarikat Astro All Asia Networks yang turut memiliki beberapa lag stesen radio di Malaysia antaranya Gegar, Hitz, Mix, Raaga, Sinar dan banyak lagi.

Baca lagi: THR Gegar: Senarai DJ, Program dan Frekuensi Siaran

Sejarah Penubuhan Era FM

ERA bermula secara rasminya pada 1 Ogos 1998, selepas membuat siaran percubaan selama dua bulan, bermula pada Jun tahun yang sama.

Stesen radio ini menggunakan frekuensi asal stesen radio Classic Rock, yang muncul di gelombang FM Malaysia pada 1 Januari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro.

Stesen radio ini adalah stesen radio swasta pertama bersiaran dalam Bahasa Melayu, dan juga stesen radio pertama yang menggunakan teknologi digital sepenuhnya.

Lagu pertama yang diputarkan ialah dari Zainal Abidin iaitu “Hijau”. Kini ERA fm menyiarkan lagu dalam pelbagai bahasa yang hit.

Pada 1 Januari 2018, Era FM telah dijenamakan semula kepada ERA sebagai langkah oleh Astro Radio untuk mengintegrasikan pelbagai platform di bawah jenama tersebut. Logo baharu turut diperkenalkan dengan penjenamaan semula.

Slogan stesen radio ERA FM juga telah berubah beberapa kali sejak penubuhannya, selari dengan proses penjenamaan popular stesen radio popular ini:

  1. Rentak Muzik Terkini (1998-2009)
  2. Muzik Terkini (2009-2011)
  3. Kini Hanya Memainkan Muzik Hit Yang Terbaik (2011-2012)
  4. Muzik Hit Terbaik (2012-2022)
  5. Muzik Hit Terkini (2022-Kini)

Frekuensi Siaran Radio ERA FM

Bagi anda yang ingin mendengar siaran ERA FM di seluruh Malaysia, anda boleh menukar frekuensi radio anda kepada frekuensi berikut:

Frekuensi Lokasi
103.3 MHz Lembah Klang
103.3 MHz Kota Bharu, Kelantan
103.6 MHz Alor Setar, Kedah dan Perlis
103.6 MHz Pulau Pinang
103.6 MHz Seremban, Negeri Sembilan
90.7 MHz Langkawi, Kedah
95.2 MHz Taiping, Perak
103.7 MHz Ipoh, Perak
90.3 MHz Melaka dan Johor Utara
104.5 MHz Johor Bahru, Johor dan Singapura
104.5 MHz Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
98.0 MHz Kuantan, Pahang
102.8 MHz Kuala Terengganu, Terengganu

Anda juga boleh mendengar siaran stesen radio ini secara dalam talian melalui laman web SYOK di alamat https://era.syok.my/

Senarai penyampai / DJ

Sejak awal penubuhannya, ERA FM sentiasa dibarisi barisan penyampai radio dan DJ yang berkualiti dan popular.

Hal ini sedikit sebanyak telah menarik ramai pendengar baru untuk menjadikan stesen radio ini sebagai pilihan stesen radio pilihan mereka.

Berikut merupakan senarai penyampai dan DJ stesen radio ERA FM:

  • Azad Jasmin
  • Nabil Ahmad
  • Radin Amir Affendy
  • Munaabella
  • Isha Norsham
  • Haniff Hamzah
  • Ray
  • Fazziq Muqris
  • Amira Husna (Era Terengganu)
  • Chris (Kota Kinabalu)
  • Ily (Kota Kinabalu)
  • Beebey (Kota Kinabalu)
  • Lopz Wala (Kota Kinabalu)
  • Kim (Kota Kinabalu)
  • Jay Jay (Kota Kinabalu)
  • Osha (Kuching)
  • Afick (Kuching)
  • Chopie (Kuching)
  • Syaz (Kuching)
  • Fir Affandi (Kuching)
  • Elly Mazlein
  • Zahier Yusoff
  • Munabella
  • Dottie
  • Isha Norsham
  • Fazziq Muqris
  • Namie
  • Hawa Rizwana

Segmen / program

Berikut merupakan senarai segmen harian dan minggu di ERA FM:

Isnin – Jumaat

SegmenPenyampaiMasa
Muzik Hit Terkini00:00 – 06:00
3 Pagi ERAAzad Jasmin, Nabil & Radin06:00 – 10:00
ERAthonMunaabella10:00 – 13:00
Gempak Hit ERAIsha Norsham13:00 – 16:00
101 ERAHaniff & Ray16:00 – 20:00
PM 40 ERAFazziq Muqris20:00 – 00:00

Sabtu

SegmenPenyampaiMasa
Muzik Hit Terkini00:00 – 07:00
Sabtu Pagi ERANamie & Hawa Rizwana07:00 – 10:00
RIM CHART ERAIsha Norsham10:00 – 11:00
Hujung Minggu ERAN/A11:00 – 15:00
Carta ERA 40Elly Mazlein15:00 – 19:00
Terbaik 3 Pagi ERAN/A19:00 – 20:00
Non Stop ERAN/A20:00 – 22:00
Flow ERAZahier22:00 – 23:00
Hallyu ERAMunabella23:00 – 00:00

Ahad

SegmenPenyampaiMasa
Muzik Hit Terkini00:00 – 06:00
Terbaik 3 Pagi ERAN/A06:00 – 08:00
Carta ERA 40 (ulangan)Elly Mazlein08:00 – 12:00
Lagu Baru Nak UpZahier12:00 – 14:00
Hujung Minggu ERAN/A14:00 – 18:00
Ulangan RIM CHART ERAIsha Norsham18:00 – 19:00
Terbaik 101 ERAN/A19:00 – 20:00
Non Stop ERAN/A20:00 – 23:00
Hallyu ERA (ulangan)Munabella23:00 – 00:00
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!