Permohonan bagi penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi Ambilan Tahun 2025, telah dibuka oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara membuat permohonan lengkap, syarat-kelayakan dan maklumat lanjut mengenainya.
Baca juga:
- PPBU Bank Rakyat : Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah 2024
- Semakan Permohonan Dermasiswa B40 JPA 2024 (DB40)
- PIDN JPA: Semakan Keputusan Tajaan Biasiswa 2024
Apa itu Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)?
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) adalah satu insentif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memberikan peluang kepada penjawat awam melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di peringkat Sarjana (Master) atau Doktor Falsafah (PhD).
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi, pengetahun, dan kemahiran penjawat awam agar dapat menyumbang dengan lebih efektif kepada pembangunan negara.
Bidang Pengajian Yang Ditawarkan
Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan telah diwar-warkan dalam SENARAI BIDANG PROGRAM HLP, JPA PERKHIDMATAN GUNASAMA seperti berikut: HLP2025 – BIDANG YANG DITAWARKAN
Syarat Kelayakan
Pegawai Perkhidmatan Gunasama bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Skim perkhidmatan yang terlibat ialah Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai Latihan Vokasional, Pegawai Psikologi dan Guru Bahasa (INTAN).
SYARAT-SYARAT UMUM
Calon-calon yang ingin memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) ini mestilah memenuhi syarat-syarat di bawah bagi membolehkan permohonan anda dipertimbangkan.
- Pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan (kecuali badan berkanun yang telah diasingkan sistem saraannya sama ada dibebaskan atau tidak dibebaskan);
- telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan.
- mencapai purata markah minimum Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% bagi tempoh tiga tahun terakhir berturut-turut (sebelum tahun penawaran) dalam skim perkhidmatan terkini. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
- pegawai berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran dan 50 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana pada 1 Januari 2025;
- tempoh perkhidmatan minimum pegawai dalam kumpulan P&P pada 1 Januari 2025 adalah seperti berikut:
- Ijazah Sarjana – 8 tahun ke atas
- Ijazah Kedoktoran – 9 tahun ke atas
- mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus seperti berikut:
- Tempoh kursus lebih daripada 12 bulan – tempoh menunggu 2 tahun
- Tempoh kursus lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan – tempoh menunggu 1 tahun
- permohonan disokong oleh Ketua Jabatan dan diperakui oleh Ketua Perkhidmatan / Pegawai Pengawal melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) masing-masing;
- bebas daripada sebarang pertuduhan / tindakan tatatertib / dakwaan mahkamah;
- tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA;
- telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini; dan
- bebas daripada sebarang penyakit kronik (senarai penyakit kronik adalah seperti di Lampiran 1);
*Ahli keluarga pemohon yang dibawa bersama (pengajian luar negara) perlu bebas daripada sebarang penyakit kronik. Sekiranya laporan perubatan mengesahkan pegawai atau ahli keluarga yang dibawa bersama (pengajian luar negara) menghidap penyakit kronik seperti di Lampiran 1, penawaran HLP pegawai akan dibatalkan.
Cara Memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Ambilan 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2025 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D) secara sepenuh masa telah dibuka.
Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 19 Disember 2024 (Khamis, jam 10 pagi) sehingga 20 Januari 2025 (Isnin, jam 5.00 petang).
Urusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan April 2025.
Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan berhasrat untuk memohon bagi program HLP/CBBP TB/HLPS ini, tuan/puan disarankan untuk membuat persediaan awal dan merujuk portal rasmi KPM dari semasa ke semasa bagi sebarang pemakluman terkini.
*PERHATIAN : Calon yang berminat dikehendaki untuk mengemaskini maklumat terkini dalam sistem eOperasi sebelum membuat permohonan.
Lampiran A – Syarat- Syarat Permohonan
Lampiran B – Tatacara Permohonan
Lampiran 1 – Senarai Penyakit Kronik
Lampiran 2 – Senarai Bidang Pengajian
Lampiran 3 – Panduan Menulis Kertas Cadangan Penyelidikan/ Pengajian
Lampiran 4 – Panduan Menulis Penyataan Ringkas Berhubung Sumbangan Pegawai Kepada Organisasi
Lampiran 5 – Panduan Penyusunan Dokumen Permohonan
Borang PPSM (Lampiran B- JPA(L)LDP 1A96)
Sila klik di sini untuk memohon
Permohonan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan, mengandungi maklumat yang tidak benar, tidak lengkap, dokumen sokongan yang tidak disahkan atau borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk urusan temuduga
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan umum berkaitan program, sila hubungi :
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251
Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Selangor
(u.p: Cawangan Penawaran)
No. Telefon : 03-8321 7144 / 7154 / 7071 / 7136
E-mel : [email protected]
Untuk masalah teknikal borang permohonan, sila hubungi:
E-mel : [email protected]
[mohon dikemukakan bersama-sama e-mel tangkap layar (screenshoot) masalah teknikal permohonan yang dihadapi].
Klik pautan di bawah untuk download:
- DOWNLOAD – Contoh Proposal PhD
- DOWNLOAD – Contoh Slaid Pembentangan Proposal Phd
- DOWNLOAD – Skema Permarkahan Temuduga HLP
- DOWNLOAD – Nota Persediaan HLP
Soalan Lazim (FAQ)
1. Siapa yang layak memohon untuk tawaran program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia?
- Pelawaan ini hanya meliputi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang berada di bawah kumpulan Pengurusan dan Profesional, Gred 41 dan ke atas yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
2. Saya amat berminat untuk memohon, namun saya berkhidmat dalam kumpulan sokongan
- Program HLP ini ditawarkan kepada PPPT gred 41 dan ke atas untuk melanjutkan di peringkat Sarjana dan Ph.D. Bagi pegawai dibawah kumpulan sokongan, program yang ditawarkan paa masa ini adalah tawaran Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) Tanpa Biasiswa.
3. Antara syarat untuk memohon adalah sekurang-kurangnya telah berkhidmat selama 3 tahun pada tarikh tutup permohonan. Bolehkah tarikh lantikan dikira daripada jawatan/gred/skim lain sebelum jawatan sekarang?
- Syarat 3 tahun berkhidmat tidak termasuk jawatan/gred/skim perkhidmatan terdahulu termasuk jawatan kontrak. Selain itu, tempoh perkhidmatan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional sahaja yang akan diambil kira.
4. Bolehkah memohon tempat pengajian di Universiti selepas mendapat tawaran HLP?
- Boleh. Calon-calon masih boleh mendapatkan tempat pengajian semasa dalam tempoh sah tawaran sementara.
5. Sekiranya telah ditawarkan HLP, bolehkah bidang pengajian ditukar?
- TIDAK DIBENARKAN. Penentuan bidang pengajian adalah berdasarkan keperluan KPM.
6. Adakah calon wajib lulus terlebih dahulu TOEFL atau IELTS sebelum memohon HLP?
- Calon tidak wajib menduduki ujian TOEFL atau IELTS lagi ketika permohonan program HLP ini tetapi calon hendaklah lulus ujian Bahasa Inggeris dengan skor minimum sama ada TOEFL 580 (Paper-Based) atau 230 (Computer-Based) atau 88 (Internet-Based) atau IELTS 6.5 sebelum memulakan pengajian kelak.
7. Adakah ujian TOEFLS dan IELTS perlu dipohon sendiri oleh pemohon? Di mana?
- Ya. Pemohon boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada MACEE (Malaysian American Commission on Educational Exchange) (http://www.macee.org.my) atau BRITISH COUNCIL (http://britishcouncil.org/malaysia). Semua kos yang terlibat adalah dibawah tanggungan calon sendiri.
8. Apakah kemudahan elaun-elauan yang disediakan melalui HLP ini?
- Kadar elaun & kemudahan akan dimaklumkan di dalam surat tawaran kepada calon yang berjaya.
9. Berapakah tempoh penajaan bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana?
- Pegawai dikehendaki berkhidmat dengan KPM berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan sebagaimana dalam Perjanjian yang telah ditandatangani. Keengganan pelajar untuk berkhidmat dengan KPM boleh menyebabkan tuntutan gantirugi dikenakan mengikut jumlah yang ditetapkan dalam Perjanjian.
10. Adakah terdapat sebarang ikatan kontrak sekiranya berjaya ditawarkan HLP?
- Ya. Tempoh ikatan kontrak tertakluk kepada terma perjanjian yang akan ditandatangani.
11. Adakah pegawai dikehendaki berkhidmat dengan KPM selepas tamat tempoh pengajian?
- Pegawai dikehendaki berkhidmat dengan KPM berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan sebagaimana dalam Perjanjian yang telah ditandatangani. Keengganan pelajar untuk berkhidmat dengan KPM boleh menyebabkan tuntutan gantirugi dikenakan mengikut jumlah yang ditetapkan dalam Perjanjian.
12. Apakah kesan sekiranya saya menolak tawaran sementara HLP?
- Sekiranya tuan/puan menarik diri atau menolak tawaran selepas tempoh yang dibenarkan, tindakan/penalti akan dikenakan.
13. Bilakah bulan-bulan pembayaran elaun bagi biasiswa HLP?
- Elaun dibawah program HLP akan dibayar secara pukal empat bulan sekali iaitu pada bulan Februari, Jun dan Oktober setiap tahun.