TERKINI : Kadar Dividen Tabung Haji 2023 & Semakan Agihan TH
HIBAH / DIVIDEN TABUNG HAJI (TH) 2023: AGIHAN KEUNTUNGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 & CARA SEMAKAN MELALUI THIJARI
Dijadualkan sedikit lambat berbanding biasa bagi tahun 2023 ini, ramai yang tertanya-tanya, bilakah pula pengumuman dividen / hibah Tabung Haji (TH) 2022 akan diumumkan.
Di sini dikongsikan info lanjut tentang tarikh pengumuman agihan pendapatan TH 2022 / 2023 serta kadar yang diperolehi pada tahun 2021 dan sebelumnya.
Kriteria Kelayakan Pendeposit Menerima Agihan Keuntungan Tabung Haji 2023
Pastikan semua kriteria ini dipenuhi bagi melayakkan pendeposit menerima Agihan Keuntungan / dividen TH 2023:
- Telah membuka akaun sebelum / pada 5 hb Disember bagi tahun kewangan terlibat
- Akaun mestilah berstatus aktif pada 31 Disember dan kekal aktif sehingga tarikh kredit agihan keuntungan dibuat
- Pendeposit yang membuat penutupan akaun sebelum tarikh pengkreditan agihan keuntungan tidak layak menerima agihan keuntungan bagi tahun kewangan terlibat.
Kadar Dividen TH 2023 (Bagi Tahun Kewangan 2022)
TH telah mengumumkan kadar Agihan Keuntungan TH bagi tahun 2022 sebanyak 3.10% setelah zakat dilunaskan bagi pihak pendeposit.
Kadar keuntungan TH berbanding deposit tetap adalah seperti dalam infografik di bawah:
Agihan keuntungan TH tahun 2022 ini boleh disemak bermula jam 12.00 tengah hari, Sabtu, 29 April 2023 melalui saluran berikut:
- Semakan dividen TH melalui THiJARI
- Kaunter-kaunter Tabung Haji
- Saluran elektronik
Bagi yang ingin membuat semakan melalui THijARI, anda boleh merujuk caranya dalam artikel ini.
Sila skrol ke bawah lagi ya.
Sejarah Dividen Tabung Haji Terdahulu (1994-2021)
Berikut adalah sorotan pembahagian hibah / dividen Tabung Haji yang diumumkan pada tahun 2022 dan tahun-tahun sebelum ini.
- 1994 : 9.5%
- 1995 : 9.5%
- 1996 : 9.5%
- 1997 : 9.5%
- 1998 : 8.0%
- 1999 : 8.0%
- 2000 : 5.5%
- 2001 : 3.25%
- 2002 : 3.5%
- 2003 : 4.0%
- 2004 : 4.3%
- 2005 : 4.5%
- 2006 : 4.75%
- 2007 : 5.0% + 2.0% Bonus
- 2008 : 5.0%
- 2009 : 5.0%
- 2010 : 5.5%
- 2011 : 6.0%
- 2012 : 6.5% + 1.5% Bonus
- 2013 : 6.0% + 2.0% Bonus
- 2014 : 6.25% + 2% Bonus
- 2015 : 5% + 3% Bonus
- 2016 : 4.25% + 1.50% Bonus
- 2017 : 4.25% + 1.75%
- 2018 : 1.25%
- 2019 : 3.05%
- 2020 : 3.10%
- 2021 : 3.10%
Tarikh Semakan Dividen TH 2023
Tarikh pengumuman dividen Tabung Haji biasanya dibuat pada bulan Februari / Mac tahun kewangan berikutnya.
Namun bagi tahun ini, Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkannya pada 28 April 2023.
Ia selepas kedudukan kewangannya selesai diaudit dan diluluskan.
Sebelum ini, agihan keuntungan dilaksanakan pada suku pertama tahunan berdasarkan kedudukan kewangan awal.
Keputusan itu mengambil kira saranan penambahbaikan serta maklumbalas awal Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI).
Pendeposit boleh menyemak pengkreditan Agihan Keuntungan TH 2021 bermula pada 29 April 2023, bermula pada jam 12.00 tengah hari.
Semakan dividen Tabung Haji ini boleh dibuat melalui
- Portal Internet : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB & Ambank
- THiJARI
- ATM : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB
Cara Semakan Dividen (Hibah) & Bonus Tabung Haji 2023
Di sini dikongsikan cara membuat semakan dividen Tabung Haji 2021 / 2022 secara online melalui portal THiJARI:
- Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di www.thijari.com.my.
- Masukkan login ID yang telah didaftarkan.
- Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI.
- Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan.
- Anda boleh semak pada ‘Penyata Akaun’ > Bulan Februari 2022 atau ‘Transaksi Terkini’.
Jumlah dividen yang dikreditkan akan ditulis sebagai AGIHAN KEUNTUNGAN 2021 (seperti dalam gambar di bawah).
NOTA:
Bagi yang belum mendaftar akaun Tabung Haji Online di THiJARI, sila rujuk langkahnya di sini: THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online
Kadar Agihan Keuntungan Tabung Haji Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2021
Untuk makluman, bagi tahun lalu, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan (hibah / dividen) sebanyak 3.10% selepas jumlah yang dizakatkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
- Agihan keuntungan 2021 adalah lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan (iaitu, 2.36 peratus) dan zakat juga telah diambil kira untuk dilunaskan bagi pihak pendeposit.
- TH memperuntukkan RM107 juta untuk melunaskan zakat bagi pihak pendeposit bagi tahun 2021.
- Kedudukan kewangan TH terus kekal kukuh dengan aset berjumlah RM88.73 bilion melebihi liabiliti berjumlah RM85.51 bilion pada 31 Disember 2021.
- Jumlah Aset pada RM88.73 bilion dan jumlah Deposit pada RM83.33 bilion merupakan yang tertinggi di dalam sejarah THselama 59 tahun.
Pendeposit Tidak Perlu Bayar Zakat Lagi Setelah Menerima Dividen Tabung Haji
Pada masa sama, TH turut melunaskan pembayaran zakat sebanyak RM106.2 juta bagi tahun 2020 berbanding RM86 juta pada 2019.
“Oleh itu, para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka.
“Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara,” kata TH.
Cara Pengiraan Dividen TH
Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2022 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2022 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, contohnya 3.10% bagi tahun 2022.
Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:
Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2022 / Bilangan Bulan) x 3.10% |
Maklumat Lanjut
Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : [email protected]
SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50
Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)
Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di Facebook Official : Lembaga Tabung Haji
Rujuk : Sidang Media Pengumuman Agihan Keuntungan 2022 TH
Soalan Lazim : https://www.tabunghaji.gov.my/ms