Hasbunallah Wanikmal Wakil (‏حسبنا الله ونعم الوكيل) : Maksud Zikir / Doa

Hasbunallah Wanikmal Wakil : Maksud Zikir & Doa Ketika Ditimpa Ujian

Umumnya kita tahu betapa susahnya mereka melalui bedilan demi bedilan, kesakitan, dan kekejaman Zionis. Bahkan, kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa serta tak kurang ramai pemuda yang syahid hari demi hari.

Dalam video-video yang viral di media sosial, tentu kita perasan betapa ramai yang terharu dan kagum dengan penduduk Palestin yang sentiasa melazimi zikir ini ketika diuji dengan cukup hebat.

Di bibir mereka tidak putus dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ dan ‘Hasbunallah Wanikmal Wakiil’ – sedikitpun mereka tidak kecewa dan berputus harap dengan bantuan Allah.

Dalam artikel ini, ayuh kita singkap kelebihan kalimah ini dan asal-usulnya dalam al-Quran.

hasbunallah wanikmal wakil

Pengenalan

Berikut adalah asal usul atau tempat di mana frasa ini disebutkan di dalam Al-Quran, serta kisah di sebaliknya.

SURAH ALI-IMRAN AYAT 173

Ayat ini mengisahkan peristiwa Nabi Ibrahim yang berdoa kepada Allah ketika Baginda dicampak ke dalam api yang besar.

Ungkapan ‘Hasbunallah wani’mal wakil’ diungkapkan oleh Baginda

Zikir Hasbunallah Wanikmal Wakil terdapat dalam surah Ali Imran Ayat 173, yang berbunyi :

ٱلَّذِينَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَٱخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَٰنًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ

Maksudnya: Orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang ketika ada orang-orang mengatakan kepadanya, “Orang-orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka,” ternyata (ucapan) itu menambah (kuat) iman mereka dan mereka menjawab, “Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.

SURAH AL-ANFAL AYAT 40

Manakala Zikir Nikmal Maula Wanikman Nasir terdapat dalam surah Al Anfal ayat 40, yang berbunyi :

وَاِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمُوْٓا اَنَّ اللّٰهَ مَوْلٰىكُمْ ۗنِعْمَ الْمَوْلٰى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

Ertinya: Dan jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawasanya Allah Pelindungmu. Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Ketika ini, kaum Muslimin ditakutkan dengan berita bahawa Musyrikin Mekah sedang mengumpul senjata dan tentera untuk menyerang Madinah semula. Namun, kaum Muslimin tidak gentar dan mengucapkan ungkapan tersebut.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Kelebihan Membaca Zikir & Doa Hasbunallah Wanikmal Wakil

Berikut adalah antara kelebihan bagi mereka yang mengamalkan zikir atau doa ini.

1. Memberi Ketenteraman Hati

Membaca zikir ini dapat membuat hati kita menjadi tenteram.

Hati yang bersedih dan kerisauan yang melampau akan terkikis kerana kita menzahirkan rasa tawakal dan yakin dengan pertolongan Allah, meletakkan seluruh harapan kita hanya kepada Allah.

2. Meningkatkan Keimanan

Iman adalah keyakinan dan kepercayaan yang utuh terhadap Allah, Malaikat, Nabi, Rasul, Kitab, Hari Kiamat dan Qada’ & Qadar. Dengan membaca doa ini, ia akan meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.

3. Meningkatkan Ketaqwaan

Dengan membaca doa ini secara konsisten, ketaqwaan seseorang akan bertambah kerana kita mengakui bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa ke atas segala makhluk di bumi ini dan hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa memberi pertolongan kepada kita,

4. Dikurniakan Kelapangan & Rasa Rendah Hati

Seperti yang kita lihat dalam perkongsian video penduduk di Palestin, mereka bersyukur dalam setiap keadaan – seolah-olah mereka tiada masalah! Inilah yang dikatakan kelapangan hati dan rasa syukur dalam apa jua keadaan.

Mereka berlapang dada dan menerima takdir ketentuan Allah kerana menyerahkan diri mereka sebulat-bulatnya kepada Allah.

Menurut mereka, apa sahaja yang Allah kurniakan, memang berhak untuk Allah ambil semula – mereka hanya menunggu sebaik-baik pembalasan di akhirat kelak. Masha Allah!

5. Dikurniakan Sifat Kental & Berani

Tawakal adalah bentuk penyerahan diri secara seluruhnya kepada Allah SWT.

Dengan membaca zikir hasbunallah wanikmal wakil sebanyak-banyaknya, maka kita akan berpegang bahawa satu-satunya tempat bergantung yang tidak lain adalah Allah SWT.

Dengan sifat tawakal ini, maka seseorang tidak mudah mengeluh apabila diuji dengan apa jua musibah termasuk masalah rezeki. Segala bentuk ujian ini diserahkan kepada Allah SWT semata-mata, bukan kepada yang lain, apatah lagi kepada diri sendiri.

Mari sama-sama kita doakan untuk keselamatan dan kesejahteraan umat Islam yang berada di Palestin. Antara ribuan dan jutaan doa pasti salah satunya Allah kabulkan.
Silakan share jika bermanfaat.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!